:::

Pembunuhan Berhias : Seni Dalam Konflik Di Pinggir Selatan Thailand

Mengenai Pengarang: Nathaporn Songsawas

Nathaporn Songsawas mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Chulalongkorn, Thailand, dengan major dalam Bahasa Inggeris dan minor dalam Kesusasteraan Bandingan. Beliau kini bekerja sebagai penulis bebas dan pembantu penyelidik hak asasi manusia di Cross Cultural Foundation (CrCF). Cross Cultural Foundation (CrCF) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Thailand yang berdedikasi untuk memastikan keadilan yang sama rata untuk semua orang di Thailand.

Mengenai Pertubuhan: Cross Cultural Foundation (CrCF)

Cross Cultural Foundation (CrCF) ditubuhkan pada tahun 2002, dan merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Thailand yang berdedikasi untuk memastikan keadilan yang sama rata untuk semua orang di Thailand.  CrCF bekerjasama rapat dengan rangkaian hak asasi manusia antarabangsa dan berusaha untuk keterangkuman dan pemerkasaan orang asli dan minoriti. Tugas utama CrCF adalah seperti berikut: menyelia dan menyiasat pelanggaran hak asasi manusia; menyokong dan menggalakkan visi keadilan, iaitu untuk memperkasakan rakyat, membantu mereka memahami dan melaksanakan hak mereka; mencegah penyeksaan; melindungi hak asasi manusia dengan strategi undang-undang; memberikan bantuan guaman percuma dan bantuan tertentu kepada kumpulan yang terdedah di kawasan sempadan Thailand.


“Walau sekuat manapun kita menjerit, mereka tidak peduli”

Rangkaian kata ini adalah salah satu mesej yang ditulis pada kanvas berbentuk wau untuk memastikan suara dari selatan Thailand dapat disebarkan ke kawasan lain. Kanvas ini adalah salah satu karya seni interaktif yang dipamerkan di pameran “Terendam” (Submerged), di Patani,  Thailand dari 10-13 Jun 2022, yang bertujuan untuk menyebarkan berita dan meningkatkan kese- daran tentang pelbagai pelanggaran hak asasi manusia di pinggir selatan Thailand.

Gambar 1: Sekumpulan orang menerobos langit (Fotografi oleh Thalufah)

Gambar 1: Sekumpulan orang menerobos langit (Fotografi oleh Thalufah)

Pattani, Yala, dan Narathiwat ialah tiga wilayah di sempadan selatan Thailand yang selalu berkonflik dengan kerajaan Thailand. 85% daripada penduduk di kawasan-kawasan ini beragama Islam, dan 15% yang selebihnya beragama Buddha. Konflik ini bermula pada tahun 1902, apabila kawasan ini (dahulunya dikenali sebagai Kerajaan Pattani) diserap oleh Siam, yang kini dikenali sebagai Thailand. Sejak itu, konflik telah berterusan di antara kerajaan Thai dengan sekumpulan Melayu-Islam yang cuba memulihkan kemerdekaan dan menubuhkan semula Kerajaan Autonomi Pattani. Pencetusan dan penyebaran konflik ini adalah disebabkan oleh ketidakadilan dan diskriminasi selama beberapa dekad terhadap penduduk Melayu-Islam oleh pegawai kerajaan Thailand, dan ditambah pula dengan kewajipan mereka untuk mematuhi undang-undang Buddha, yang bertentangan dengan adat istiadat Islam.

Konflik ini bermula pada 4 Januari 1932 dengan rompakan senjata api di Kem Tentera Pileng, di mana beratus-ratus senjata api telah dicuri dan empat askar terbunuh. Kemudian, keraja-an Thailand melaksanakan 3 undang-undang khas di 33 wilayah di pinggir selatan di antara 1932 dan 1933, iaitu: Undang-undang Tentera, Ordinan Darurat dan Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri. Undang-undang khas ini membolehkan pegawai negeri memeriksa harta benda, menangkap dan menahan“suspek”tanpa waran mahkamah sehingga 37 hari, manakala insiden penyeksaan terus dilaporkan pada tempoh tersebut.

Menurut penduduk tempatan, pada masa 3 undang-undang keselamatan negara dilaksana-kan, pelanggaran hak asasi manusia di kawasan pinggir selatan adalah sangat serius. Media ditin- das, dan pihak berkuasa boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu di kawasan terpencil dan  luar dari penglihatan. Walau bagaimanapun, kemajuan teknologi kini telah mewujudkan media bebas tempatan dan banyak pertubuhan bukan kerajaan di pinggir selatan, menjadikannya lebih sukar bagi pihak berkuasa untuk menyalahgunakan kuasa tanpa menarik perhatian. Salah satu pertubuhan bukan kerajaan ialah Cross Cultural Foundation (CrCF). Pertubuhan bukan untung ini berpangkalan di Thailand, ditubuhkan pada tahun 2002, secara khususnya untuk memberi tumpuan dan memastikan keterangkuman dan kebajikan awam orang asli dan minoriti. Kerja-kerja CrCF termasuk tindakan advokasi terhadap pelanggaran hak asasi manusia, pemantauan dan penyiasatan pelanggaran hak asasi manusia, dan menyediakan bantuan guaman percuma dan bantuan tertentu kepada kumpulan yang terdedah.

Selama bertahun-tahun, CrCF telah bekerjasama rapat dengan penduduk di kawasan pinggir selatan Thailand,  prihatin terhadap pelanggaran hak asasi manusia di kawasan ini, sambil menyokong pembela hak asasi manusia tempatan dengan memberikan mereka bantuan guaman dan ilmu undang-undang. Walau bagaimanapun, pada tahun ini, seorang sukarelawan CrCF memutuskan untuk melakukan advokasi secara berbeza dengan projek seni yang dipanggil“ Pembunuhan Berhias”.

Nathaporn Songsawas, sukarelawan hak asasi manusia di CrCF dan pencipta bagi “Pembunuhan Berhias”,  menerangkan bahawa projek ini datang daripada semangatnya untuk menyebarkan“kebenaran aneh

Nathaporn menyatakan:“pada tahun pertama semasa saya berkerja sebagai pembantu penguam di CrCF, saya berpeluang berkomunikasi dengan beberapa mangsa penyeksaan dan keluarga mereka, dan memerhatikan prosiding undang-undang mengenai kes penyeksaan. Saya rasa prosi-ding undang-undang, atau rekod mahkamah yang mendakwa merekodkan “fakta”, mengecuali- kan perasaan mangsa. Pada pendapat saya, fakta yang tersembunyi atas nama “perasaan”juga perlu direkodkan dengan betul. Itulah sebabnya saya memulakan projek ini. "

Pada permulaannya, Nathaporn mencipta karya ini dengan memilih perasaan yang mangsa penyeksaan dan keluarga mereka tunjukkan semasa mereka menceritakan kisah mereka. Kemudian beliau menukarkan perasaan itu kepada empat cerpen, dan menuliskan cerpen itu di atas kanvas hijau, dan akhirnya menyembur kod QR pada kanvas dengan cat hitam untuk membimbing pelawat melihat dan membincangkan artikel mengenai fakta dan statistik pelanggaran hak asasi manusia d i pinggir selatan.

Gambar2: 4 cerpen, sebahagiannya tersembunyi di dalam kod QR yang dicat hitam

Gambar2: 4 cerpen, sebahagiannya tersembunyi di dalam kod QR yang dicat hitam

Cerpen ini berkisar tentang kehidupan harian“biasa”seorang yang terselamat daripada penyeksaan. Setiap cerita ini membentangkan fikiran, perasaan dan emosi watak utama, iaitu seorang lelaki tanpa nama, sorang ibu dan seorang anak, dalam kehidupan seharian mereka. Dalam situasi kehidupan seharian ini, secara rutinnya dan memang menjadi perkara biasa, dipenuhi dengan pelanggaran hak asasi manusia yang "berleluasa" yang telah berlaku atau terus berlaku di pinggir selatan Thailand. Kod QR pada kanvas menyembunyikan cerita di bawahnya, “fakta keras” dalam situasi sadis mempunyai dua tujuan: memaklumkan secara meluas kepada orang ramai tentang pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di kawasan terpencil di selatan Thailand, sambil melambangkan prosiding undang-undang biasanya mengabaikan “perasaan”, dan hanya menghasilkan “fakta  keras”. Bagi Nathaporn, perbuatan ini menghalang orang ramai daripada melihat gambaran penuh mengenai keadaan di pinggir selatan, dan menghalang mereka daripada berempati dengan apa yang dialami oleh penduduk di pinnggir selatan.

Nathaporn membuat kesimpulan berikut: Masyarakat kita penuh dengan prasangka dan perhubungan kuasa, dan saya ingin menggunakan sifat manusia yang paling sesuai untuk bergema dengan kumpulan yang berbeza: Perasaan. Saya berharap orang daripada latar belakang berbeza dapat saling mengenali dan berempati melalui “Pembunuhan Berhias”, berdasarkan satu fakta asas bahawa kita semua adalah manusia yang merasakan kesakitan, dan tiada sesiapa yang harus diseksa tanpa mengira kaum atau fahaman politik.

Gambar 3: Peranti interaktif, Penduduk tempatan duduk dan berehat dalam suasana seperti kafe yang menjadi sebahagian daripada karya seni

Gambar 3: Peranti interaktif, Penduduk tempatan duduk dan berehat dalam suasana seperti kafe yang menjadi sebahagian daripada karya seni

“Pembunuhan Berhias”ialah salah satu daripada 8 karya seni yang dicipta oleh sukare- lawan muda hak asasi manusia yang prihatin dengan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia di selatan Thailand.

Karya-karya ini dipamerkan dalam pameran “Terendam”  di Patani Artspace, galeri tempatan yang digunakan sebagai ruang pembelajaran seni komuniti. Pengasas galeri, Jehabdulloh Jehsorhoh adalah seorang artis yang berpangkalan di Pattani yang selalu menggunakan seninya untuk menentang keganasan negara di tiga wilayah di selatan Thailand. “ Terendam”mendapat  sambutan yang menggalakkan daripada lebih 150 pelawat tempatan dan luar negara. Ramai orang mengulas bahawa mereka menyukai acara tersebut, termasuk seorang ibu pertengahan umur yang  dilahirkan dan dibesarkan di Yala, mengenangkan pameran itu dengan linangan air mata.

“Secara terus-terang, pameran ini tidak mempunyai konsep jangka masa.. Selama ini, artis pinggir selatan telah melawan keganasan negara di Thailand melalui seni. Tetapi ini kali pertama saya melihat seorang dari luar pinggir selatan datang ke kampung halaman kami untuk mengadakan acara seperti ini. Acara seperti ini sangat bermakna bagi saya kerana ia bermakna suara kami akhirnya telah sampai ke seluruh negara, dan ramai orang mengambil berat tentang kami.”

 

Bahan Rujukan:

Pautan Cerpen (Bahasa Thai): https://voicefromthais.wordpress.com/2022/06/09/shortstories/

https://www.bangkokbiznews.com/columnist/1014477

http://www.dsdw2016.dsdw.go.th/doc_pr/ndc_2559-2560/PDF/wpa_8216/%E0%B8%9A%E0%B8%97%E0%B8%97%E0%B8%B5%E0%B9%88%203.pdf

https://voicefromthais.files.wordpress.com/2016/02/e0b8a3e0b8b2e0b8a2e0b887e0b8b2e0b899e0b897e0b8a3e0b8a1e0b8b2e0b899e0b89be0b8b1e0b895e0b895e0b8b2e0b899e0b8b5-2557-2558-1.pdf

https://m.facebook.com/683279248798345/photos/a.684290105363926/1119416695184596/?type=3&_rdr

https://kyotoreview.org/trendsetters/the-impact-of-implementation-of-security-laws-on-civilians-in-the-deep-south-of-thailand/

Kod QR untuk Pautan artikel (Bahasa Thail): https://voicefromthais.wordpress.com/2022/05/30/coat/

https://www.bangkokbiznews.com/columnist/1014477

http://www.dsdw2016.dsdw.go.th/doc_pr/ndc_2559-2560/PDF/wpa_8216/%E0%B8%9A%E0%B8%97%E0%B8%97%E0%B8%B5%E0%B9%88%203.pdf

https://voicefromthais.files.wordpress.com/2016/02/e0b8a3e0b8b2e0b8a2e0b887e0b8b2e0b899e0b897e0b8a3e0b8a1e0b8b2e0b899e0b89be0b8b1e0b895e0b895e0b8b2e0b899e0b8b5-2557-2558-1.pdf

https://m.facebook.com/683279248798345/photos/a.684290105363926/1119416695184596/?type=3&_rdr

https://kyotoreview.org/trendsetters/the-impact-of-implementation-of-security-laws-on-civilians-in-the-deep-south-of-thailand/