Bertindak sebagai jambatan komunikasi untuk isu penonton, apakah tindakan selanjutnya yang boleh diambil oleh muzium apabila menghadapi isu perubahan iklim? Sebagai respons kepada Persidangan ICOM Prague pada tahun ini yang bertema “Kekuatan Muzium” (The Power of Museums), Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional-Cawangan Asia Pacifik (FIHRM-AP) meneruskan model pembelajaran berkongsi kebebasan bergerak 2020, dan melancarkan satu siri pembelajaran bersama di bawah tema“Isu Perubahan Iklim dan Hak Asasi Manusia”untuk kali ini. Perbincangan telah diteruskan selama 5 bulan melalui perjumpaan, penyiasatan lapangan, bengkel dan sebagainya pada setiap bulan. FIHRM-AP menjemput 12 NGO1 dan 9 buah muzium negara2 berkerjasama dalam tindakan terhadap isu iklim dan hak asasi manusia. FIHRM-AP memikirkan semula persamaan dan perbezaan antara NGO dan muzium Dengan kerjasama kedua-dua pihak, acara ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea antara kedua-dua pihak tentang isu iklim dan hak asasi manusia dan seterusnya menggalakkan serta memikirkan projek berkaitan isu iklim dan hak asasi manusia. Dalam sesi pembelajaran bersama yang pertama ini, seorang penyelidik dari Persatuan Gabungan Tindakan Rakyat Hijau, Cik Chen Shiting dijemput untuk memberikan penerangan mengenai isu-isu iklim. Dari sini, kita dapat melihat bahawa kumpulan sivik mempunyai kelebihan dalam menyokong dan mengambil tindakan terhadap isu iklim, seperti melaksanakan polisi, sidang akhbar, perlatihan guru dan sebagainya. Sementara itu, muzium menjemput penyelidik dari Muzium Sains Semula Jadi Negara, Cik Huang Xu untuk mengambil pameran yang bertema iklim “Pameran Fotografi Nanfeng: Cerita tentang Kampung Taixi” sebagai contoh untuk menerangkan bagaimana muzium melaksana, membincangkan dan menyelidik isu iklim, sejurus menyediakan refleksi dan rujukan pameran yang lengkap. Teater Satu Orang Satu Cerita Memperkenalkan Pelbagai Bentuk Komunikasi Dan interaksi Serta Perspektif yang berbeza Adakah terdapat cara lain untuk berkomunikasi tentang perubahan iklim selain daripada inisiatif NGO dan pameran muzium? FIHRM-AP menjemput “Teater Zhi Liao” untuk membuat persembahan secara langsung dan membimbing para peserta untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Persembahan pelakon memberikan peserta idea dan interaksi yang lebih pelbagai. Pada mulanya, pelakon menjemput para peserta untuk berkongsi kebimbangan mereka tentang isu iklim, dan kemudian menggunakan cara persembahan untuk memikirkan hubungan antara iklim dan orang ramai setiap hari, dan akhirnya membuat persembahan kepada penonton sebagai respons. Pada akhirnya, ketua rombongan dan pensyarah drama, Encik Gao Dianzhen dan Encik Chen Zhengyi berkongsi kes rancangan pengajaran dalam komuniti dan sekolah, dan melalui “persembahan”, menyediakan ruang perspektif dan perbincangan baharu antara pihak muzium dan NGO untuk penonton atau peserta isu melalui format "persembahan".
FIHRM-ASIA PACIFIC Aktiviti

Persidangan ICOM(Majlis Muzium Antarabangsa) untuk tahun ini telah berjaya diadakan pada 28 Ogos di Praha, Republik Ceko. Selepas hampir 3 tahun menunggu akibat wabak COVID-19, persidangan ke-28 dengan tema“Ke- kuatan Muzium”adalah topik yang baru muncul untuk institusi muzium dan masyarakat secara umum. Di pentas utama terdapat 4 tema yang saling berkait rapat, iaitu:“Tujuan: Muzium dan Masyarakat Sivil”, “Kelestarian: Muzium dan Ketahanan”,“Visi: Muzium dan Kepimpinan”,“Pencapaian: Muzium dan Teknologi Baru”. Tujuannya adalah untuk mengadakan perbincangan menyeluruh tentang bagaimana muzium sebagai sebuah komuniti boleh melibatkan diri secara mendalam selain dalam aktiviti kebudayaan. Sebagai sebahagian daripada komuniti muzium, Muzium Hak Asasi Manusia Taiwan juga mengambil bahagian dalam persidangan ini, serta memperkenalkan kaedah paparan pendidikan interaktif di muzium, memimpin dan menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam tentang keadilan transformasi, dan menghadapi perkembangan transformasi keadilan. Jawatankuasa Antarabangsa Muzium Memorial Dalam Peringatan Mangsa Jenayah Awam(International Committee of Memorial Museums in Remembrance of the Victims of Public Crimes, atau ICMEMO)turut menyebutkan beberapa isu mendesak yang perlu diberi perhatian selepas berkongsi pandangan mereka pada persidangan selama tiga hari ini. Muzium dan Pemerkasaan Diri: Menyelamat Dalam Masa Perang Beribu-ribu orang telah dibunuh ketika tentera Rusia menyerang timur Ukraine pada 24 Februari. Sejak itu, institusi budaya Ukraine juga telah diserang, mengakibatkan keadaan arkib yang sangat teruk dan pemeliharaan memori yang sangat sukar.Marta Havryschko, Pengarah Institut Kajian Interdisiplin Barby Yarn yang melarikan diri dari Ukraine ke Swiss mencatatkan bilangan institusi kebudayaan yang musnah atau rosak akibat peperangan:36 muzium, 165 bangunan keagamaan dan 219 bangunan bersejarah, dan jumlahnya masih lagi meningkat. Peperangan telah mengubah kehidupan orang ramai, dan juga telah mengubah cara muzium menyokong komuniti. Muzium dan institusi Ukraine seperti Pusat Memorial Holokaus Barby Yarn mula menawarkan tempat tinggal dan makanan panas, melepaskan gaji untuk mempertahankan hak asasi manusia Ukraine. Selain daripada memberi sokongan kepada rakyat, Pusat Memorial juga mengumpulkan keterangan terhadap Rusia dan mendigitalkan arkib Ukraine melalui agensi penguatkuasaan undang-undang yang berbeza, seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague. Pendigitalan arkib adalah salah satu tugas terpenting yang tidak dapat dielakkan oleh muzium pada abad ke-21, apatah lagi sekarang pada masa peperangan. Walaupun kehidupan di Ukraine tidak dapat dibayangkan, Havryshko telah membuktikan bahawa pada masa yang sukar, muzium dan institusi kebudayaan Ukraine menunjukkan muzium bukan tempat hanya untuk belajar. Muzium dan Propaganda Politik: Indoktrinasi Kandungan Politik dalam Ruang yang Kelihatan Neutral Sebagai medium budaya dan pengetahuan, muzium mempunyai kewajipan untuk menyampaikan peristiwa semasa atau sejarah dan menyatakan fakta yang tidak berat sebelah. Dalam menghadapi fakta, sama ada barangan atau buku, pemikiran yang muncul adalah datang dari peristiwa dan pengalaman yang dihadapi oleh sesuatu individu. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa memang sukar untuk bersikap neutral bagi pameran yang dicadang oleh muzium atau muzium itu sendiri, dan cara serta susunan pameran mempunyai perspektif khusus untuk mengatakan sesuatu. Profesor Pawel Machcewicz memberikan contoh daripada pengalamannya semasa membina muzium Perang Dunia II di Gdańsk, Poland untuk menunjukkan bagaimana sayap kanan telah mempengaruhi hala tuju muzium, dengan menyatakan bahawa kegagalan menyampaikan mesej patriotisme adalah satu pengkhianatan terhadap negara. Akibatnya, pembinaan muzium terpaksa berhenti dan menghadapi halangan yang tidak pernah ada sebelum ini. Ins- titusi kebudayaan yang dibina dengan sumber negara menghadapi risiko naratif tunggal.Apatah lagi institusi kebu- dayaan yang ditubuhkan di bawah rejim totalitarian. Begitu juga, Voytech Kynci dari Akademi Sains Republik Ceko mengingatkan agar tidak melupakan pengalaman Sovietisasi di Republik Ceko, yang harus dianggap sebagai masa lalu yang sukar tetapi penting. Dalam konteks yang sama, Babara Thimm dari S21 Kemboja berkongsi cara menangani mereka yang mempersoal- kan kerja mereka adalah untuk memberikan maklumat dan panduan fakta, dan biarkan bukti bercakap untuk dirinya sendiri. S21 yang merupakan penjara pada era Khmer dulu, dan kini telah menjadi muzium yang mendokumentasi-kan kesakitan dan kemudaratan yang di sebabkan oleh penindas. Artis dari Cuba, Geandy Pavón, yang juga seorang pelarian di Amerika, mengingatkan semua supaya tidak mempercayai semua yang dikatakan oleh institusi di bawah rejim autoritarian. Muzium dan Dialog: Komunikasi Berterusan untuk Masa Depan yang Lebih Baik Muzium pada abad ke-21 merupakan ruang awam untuk orang ramai. Walaupun muzium masih merupakan institusi elit padapandangan sesetengah orang, tetapi semakin ramai pendidik muzium menyerap suara luar dengan memperkenalkan pendekatan interaktif dari bawah ke atas. Muzium perlu berinteraksi dengan orang ramai, bukan sahaja untuk memperkenalkan lebih banyak naratif sivik, tetapi juga untuk memperkenalkan konteks era tertentu, peristiwa sejarah dan kehidupan orang ramai.Aeda Rechna dan Almudena Cruz Yeba, pengamal muzium dari Portugal dan Sepanyol, membawa cerita yang berbeza daripada buku teks. Kedua-duanya menekankan kepentingan untuk gigih menangani sejarah yang sukar, dan juga menjemput komuniti untuk bersama-sama mengingati, membina dan menemui semula warisan budaya mereka. Wacana dialog telah menjadi alat penting untuk menghubungkan yang tidak dike-tahui dengan yang belum pernah terjadi sebelumnya. Semasa ucaptamanya mengenai muzium dan masyarakat sivil, ahli antropologi dan ahli muzium Margarita Reyes Suárez seterusnya menekankan keperluan untuk memberi perhatian kepada permodalan dan Amerikanisasi muzium dalam industri pelancongan yang membangun.Warisan budaya perlu dilindungi dengan berbagai cara, dan bukan sahaja bergantung kepada kemasukan modal. Suarez mengatakan dengan penuh semangat tentang memulihkan tanggungjawab muzium terhadap komuniti. Beliau juga menekankan tafsiran melalui perspektif Barat dan memberi lebih banyak ruang kepada kepelbagaian budaya. Beliau membuat kesimpulan bahawa“Muzium harus menjadi tempat untuk mendengar, dan tempat untuk didengari”. Dalam semangat yang sama, Ladislav Jackson mendedahkan tentang kewujudan queer masa lalu di Republik Ceko. Beliau menyeru komuniti muzium mengetepikan pemikiran heteroseksual tentang jantina binari dan mengambil tindakan berhati-hati tetapi berperingkat-peringkat dalam menghadapi hak queer untuk hidup dan meninggalkan memori. Sama seperti sejarah lain, kehidupan dan artifak bukan heteroseksual perlu dibuat rekod dan diarkibkan. Oleh itu, institusi muzium juga harus memberi lebih perhatian dan tumpuan kepada pengamal dan penyelidik queer. Hanya dengan membuka saluran komunikasi kepada orang biasa dan masyarakat di mana muzium itu terletak, hak yang sama dapat direalisasikan dan rekod yang lebih sahih secara beransur-ansur ditinggalkan. Bermula dari Perpustakaan Alexander, mengumpul dan belajar sentiasa menjadi motif dan prinsip muzium, dan ini telah dijalankan sepanjang pembangunannya. Dalam persidangan, kekuatan kolektif masyarakat melambangkan per-paduan. Adalah lebih penting sekarang berbanding sebelum ini bahawa muzium kontemporari harus disatukan sebagai komuniti untuk mengukuhkan hubungan antara anda, saya dengan semua orang.
Mengenai Pengarang: Nathaporn Songsawas Nathaporn Songsawas mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Chulalongkorn, Thailand, dengan major dalam Bahasa Inggeris dan minor dalam Kesusasteraan Bandingan. Beliau kini bekerja sebagai penulis bebas dan pembantu penyelidik hak asasi manusia di Cross Cultural Foundation (CrCF). Cross Cultural Foundation (CrCF) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Thailand yang berdedikasi untuk memastikan keadilan yang sama rata untuk semua orang di Thailand. Mengenai Pertubuhan: Cross Cultural Foundation (CrCF) Cross Cultural Foundation (CrCF) ditubuhkan pada tahun 2002, dan merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Thailand yang berdedikasi untuk memastikan keadilan yang sama rata untuk semua orang di Thailand. CrCF bekerjasama rapat dengan rangkaian hak asasi manusia antarabangsa dan berusaha untuk keterangkuman dan pemerkasaan orang asli dan minoriti. Tugas utama CrCF adalah seperti berikut: menyelia dan menyiasat pelanggaran hak asasi manusia; menyokong dan menggalakkan visi keadilan, iaitu untuk memperkasakan rakyat, membantu mereka memahami dan melaksanakan hak mereka; mencegah penyeksaan; melindungi hak asasi manusia dengan strategi undang-undang; memberikan bantuan guaman percuma dan bantuan tertentu kepada kumpulan yang terdedah di kawasan sempadan Thailand. “Walau sekuat manapun kita menjerit, mereka tidak peduli” Rangkaian kata ini adalah salah satu mesej yang ditulis pada kanvas berbentuk wau untuk memastikan suara dari selatan Thailand dapat disebarkan ke kawasan lain. Kanvas ini adalah salah satu karya seni interaktif yang dipamerkan di pameran “Terendam” (Submerged), di Patani, Thailand dari 10-13 Jun 2022, yang bertujuan untuk menyebarkan berita dan meningkatkan kese- daran tentang pelbagai pelanggaran hak asasi manusia di pinggir selatan Thailand.
Komai Tadayuki Dilahirkan di Bandar Gose, Wilayah Nara, Jepun pada tahun 1972. Beliau berkhidmat sebagai Penyelidik sejak Muzium Suiheisha semasa ia dibuka pada tahun 1998, dan menjadi Pengarah Muzium pada tahun 2015. Menyampaikan kepada dunia idea untuk mengasas Suiheisha melalui mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional dan“Memori Dunia”. Berkhidmat sebagai pensyarah kursus hak asasi manusia di Universiti Gakuin Wanita Kobe. Pengarang bersama: “Asal Usul Suiheisha” edisi baharu (Penerbitan Jiefang, 2002), “ Kehangatan dan Cahaya dalam deklarasi Suiheisha”(Penerbitan Jiefang, 2012), “Masalah Semasa Buraku”(Ceramah Tentang Masalah Semasa Buraku 1, Penerbitan Jiefang, 2022) Muzium Suiheisha Muzium Suiheisha ditubuhkan pada Mei 1998 di Kashihara, Bandar Gose, Wilayah Nara, tempat permulaan Zenkoku Suiheisha. Pelbagai mesej mengenai diskriminasi dan hak asasi manusia telah disebarkan untuk menyumbang kepada pembangunan budaya hak asasi manusia dan menggalakkan pemikiran hak asasi manusia. Pada September 2015, Suiheisha buat kali pertama mengambil bahagian dalam Persidangan FIHRM (Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional) di Wellington, New Zealand, dan pada Disember tahun yang sama, Suiheisha menjadi pertubuhan Jepun pertama yang menyertai FIHRM. Selepas itu, Suiheisha berusaha untuk bekerjasama dengan semua orang dari seluruh dunia ke arah merealisasikan maruah manusia dan keamanan manusia. “Suiheisha dan Koheisha: Rekod Komprehensif Diskriminasi Rentas Sempadan” (5 bahan bersejarah yang dimiliki oleh Muzium Suiheisha) telah didaftarkan dalam “Memori Dunia” UNESCO Asia-Pasifik pada Mei 2016, dan perkara ini telah diperkenalkan dan dipromosikan di 2 persidangan besar, iaitu Persidangan ICOM (Persidangan Muzium Antarabangsa) dan Persidangan Rosario FIHRM (Argentina). Kini kami sedang berusaha ke arah matlamat pendaftaran antarabangsa. Sempena ulang tahun ke-100 penubuhan Suiheisha, muzium akan dibuka semula pada 3 Mac 2022. Pendahuluan Suiheisha ditubuhkan pada 3 Mac 1922 di Dewan Bandaraya Kyoto dengan tujuan untuk merealisasikan maruah dan kesaksamaan manusia. Golongan muda yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Kashihara, Bandar Gose, Wilayah Nara, memainkan peranan penting dalam penubuhannya sebagai ahli-ahli utama. Idea dan konsep Zenkoku Suiheisha pada mulanya adalah gerakan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap Buraku, menggalakkan kebebasan dan kesaksamaan, menwujudkan hak asasi manusia, dan meneruskan gerakan pembebasan Buraku. Semangat ini telah diwarisi daripada golongan terdahulu yang menyertai gerakan Suiheisha hingga ke hari ini. Untuk memberitahu proses perjuangan awal kepada generasi muda, Muzium Sejarah Suihei- sha(dikenali sebagai Muzium Suiheisha pada 1999) telah ditubuhan di tempat penubuhan Suiheisha pada Mei 1998 di Kashihara dengan tajaan daripada seluruh negara. Idea dan konsep yang bergema Deklarasi asas Zenkoku Suiheisha yang menuntut“menghormati manusia untuk membebaskan diri sendiri”dan mengisytiharkan“masyarakat yang dipenuhi dengan kemesraan, kemanusiaan yang dipenuhi dengan cahaya”, merupakan deklarasi hak asasi manusia pertama yang dikeluarkan oleh parti yang didiskriminasi dalam sejarah Jepun dan juga dalam sejarah dunia. Idea dan konsep penubuhan Suiheisha adalah untuk bersama-sama mewujudkan satu masyarakat di mana semua orang diiktiraf tanpa mengira status, dan tanpa diskriminasi. Idea dan konsep ini bergema bukan sahaja kepada golongan Buraku, tetapi juga kepada masyarakat umum, memberikan rangsangan dan keberanian kepada gerakan pemulihan untuk hak asasi manusia orang Korea di Jepun, “Ukinamjo” (orang Okinawa), ethnik Ainu, dan penyembuh penyakit kusta. Di samping itu, ia juga juga memberi inspirasi kepada orang Korea yang didiskriminasi yang dikenali sebagai “Pekuchon”yang mengasaskan Hyonpyonsa pada April 1923. Sejarah perikatan antara Suihei- sha dan Koheisha adalah rekod berdasarkan hak asasi manusia, kebebasan, kesaksamaan, persaudaraan dan demokrasi, yang merupakan prinsip manusia sejagat. Rekod sejarah menunjukkan bahawa perikatan mereka direkod sebagai“Suiheisha dan Koheisha: Rekod Komprehensif Diskriminasi Rentas Sempadan”, yang telah didaftarkan dalam “Memori Dunia”UNESCO Asia-Pasifik pada 2016. Di samping itu, penubuhan Suiheisha juga telah menarik perhatian Media luar negara. Majalah Amerika“The Nation”juga menerbitkan satu artikel tentang deklarasi Suiheisha dalam Bahasa Inggeris pada 5 September 1923. Keinginan Suiheisha untuk menghapuskan diskriminasi terhadap Buraku Zenkoku Suheheisha adalah berdasarkan konsep deklarasi asas dan bertujuan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap minoriti Burakumin yang didiskriminasi. Sistem identiti Jepun pra-moden merupakan sumber diskriminasi terhadap Buraku. Masyarakat Jepun mendiskriminasi orang berstatus“Eta”. Sistem identiti tidak wujud secara sah di Jepun,. Walaupun status“Eta”telah dihapuskan pada tahun 1871, diskriminasi terhadap burakumin selepas penyusunan semula sekali lagi menjadi masalah sosial dalam masyarakat Jepun. Diskriminasi terhadap Buraku dikatakan serupa dengan diskriminasi dalam sistem kasta India terhadap mereka yang dikenali sebagai “tidak boleh disentuh”, “ orang buangan” atau “Dalit”. Di samping itu, di dalam Perkara 14 Perlembagaan Jepun, yang diisytiharkan pada November 1946, diskriminasi Buraku ditakrifkan sebagai diskriminasi yang berkaitan dengan “status sosial dan latar belakang keluarga”. Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-20 pada Disember 1965 juga telah mengisytiharkan“Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskrimina-si Kaum”, mengkategorikan diskriminasi yang berkaitan dengan "keturunan". Sama ada domestik atau antarabangsa, menghapuskan diskriminasi merupakan isu yang amat penting dalam isu hak asasi manusia. Pada tahun 1868, Jepun mengambil Pemulihan Meiji (Meiji-ishin) sebagai titik permulaan negara moden, Diskriminasi kelas dalam zaman pra-moden telah disusun semula menjadi susunan diskriminasi baru. Malah di dalam masyarakat moden, diskriminasi terhadap burakumin masih wujud dan menjadi lebih teruk terutamanya sekitar tahun 1900. Kerajaan mula berusaha dari atas ke bawah untuk menambahbaikan Buraku dan mendamaikan Burakumin dengan bukan Burakumin. Walau bagaimanapun, Burakumin yang tidak berpuas hati dengan perkara ini, memulakan gerakan pembebasan sukarela yang bertujuan untuk kebebasan, kesaksamaan, dan persaudaraan untuk mencapai pembebasan daripada diskriminasi Buraku selepas Perang Dunia Pertama. Di dalam gelombang gerakan pembebasan, Zenkoku Suiheisha secara beransur-ansur menjalankan gerakan pembebasan Buraku di pelbagai tempat. Merealisasikan Maruah Manusia Walaupun Zenkoku Suiheisha telah dibubarkan secara rasmi pada tahun 1942, idea dan konsep penubuhan Suiheisha untuk merealisasikan maruah manusia dan kesaksamaan terus diturunkan sehingga hari ini, dan gerakan untuk membebaskan buraku juga masih dilaksanakan. Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada 1948 memutuskan untuk mewujudkan prinsip peng-hormatan terhadap hak asasi manusia,“Dekad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pendidikan Hak Asasi Manusia”pada 1995 mewujudkan trend hak asasi manusia, dan advokasi “pengarusutamaan hak asasi manusia” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2005, secara beransur-ansur menjadi pemahaman umum sedunia. Dan dalam Mesyuarat Pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2015, pleno mengundi sebulat suara untuk mewujudkan dunia di mana tiada sesiapa yang akan ditinggalkan, dan manusia sedunia pada masa depan dapat menjalani kehidupan yang melimpah, kebahagiaan dan kemakmuran dan SDGs (Matlamat Pem-bangunan Mampan). Bagi mewujudkan masyarakat yang mampan, SDGs telah menetapkan 17 matlamat dan 169 projek penanda aras dengan hak asasi manusia sebagai kata kunci, yang juga selaras dengan prinsip Suiheisah, iaitu “Menyedarkan prinsip kemanusiaan dan bergegas menuju kesempurnaan tertinggi umat manusia”. Muzium Suiheisha, sebagai muzuim Jepun pertama yang menyertai Federasi Muzuim Hak Asasi Manusia Internasional(FIHRM), menyebarkan idea dan konsep Suiheisha kepada dunia melalui “Memori Dunia” dan aktiviti FIHRM. Aktiviti Muzium Suiheisha, yang bertujuan untuk merealisasikan maruah manusia melalui pameran dan penyebaran maklumat hak asasi manusia, disokong dan digalakkan melalui kerjasama dengan pelbagai pertubuhan dan kumpulan. Di Kashihara, di mana terletaknya muzium tersebut, Persatuan Kerjasama Tempatan Muzium Suiheisha yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan tempatan telah ditubuhkan. Persatuan Kerjasama Tempatan mengubahsuai dan menanam pokok di sekitar taman berhampiran muzium untuk menyambut pelawat yang berkunjung ke muzium. Di samping mempromosi dan menyokong aktiviti yang dijalankan oleh muzium, muzium juga ingin menyumbang kepada penyelenggaraan dan pembangunan muzium. Oleh yang demikian, Persatuan Penajaan Bersama Muzium Suiheisha, yang terdiri daripada pendidikan, sukan, agama, perdagangan, kesatuan buruh, dan lain-lain, telah ditubuhkan di Nara.“ Perikatan Pembebasan Buraku Persekutuan Nara”, salah satu kumpulan gabungan Persatuan Penajaan Bersama Muzium Suiheisha, yang berasaskan idea dan konsep Suiheisha dan mewarisi gerakan pembebasan Buraku, setiap tahun membeli sebilangan tiket Muzium Suiheisha untuk meningkatkan bilangan pelawat muzium. Bagi memperingati ulang tahun ke-100 penubuhan Suiheisha, Muzium Suiheisha bekerjasama dengan Persatuan Penajaan Bersama untuk pameran pengubahsuaian, mengkaji kandungan pameran, mendengar pendapat daripada pelbagai pihak dan sudut, dan memperkayakan kandungan pameran. Akibatnya, ramai pelawat meninggalkan kesan dan kesefahaman yang mendalam dan menarik. Khususnya, dalam pameran terakhir setelah pengubahsuaian, petikan yang menarik daripada orang terkenal dan “Kata-kata yang bergema di hati” daripada orang biasa telah dikumpulkan dan dipamerkan. Di dinding ruang putih, terdapat petikan tetap seperti “Dunia yang lebih mesra” yang dianjurkan oleh Suiheisha. Di samping itu, pada lima skrin berskala besar yang dipasang di dinding, terus bertukar-tukar tayangan ayat-ayat daripada“satu ayat yang menyentuh hati pelawat”. Dalam pameran "Muzium Penulisan" yang dinamakan “Kata-kata yang bergema di hati”, pada masa hadapan akan terdapat pengambilan terbuka. Sesiapa sahaja dapat mengambil bahagian dalam ruang ini, dan kami ingin menjadikannya satu ruang di mana orang ramai boleh berkongsi fikiran mereka untuk merealisasikan maruah manusia. Dunia yang lebih mesra Sejak penubuhan Suiheisha pada tahun 1992, gerakan untuk menghapuskan diskriminasi Buraku bersama-sama dengan gerakan untuk merealisasikan hak asasi manusia di dalam dan di luar negara telah dilaksanakan selama 100 tahun. Tetapi melihat Jepun pada hari ini, diskriminasi terhadap minoriti oleh Zenkoku Suiheisha telah muncul di perkahwinan atau kontrak hartanah, dan masih wujud dalam keadaan“sukar untuk mengatakan telah dihapuskan sepenuhnya” Selain itu, kesedaran tentang orang ramai mengelakkan daripada terlibat dengan Buraku kerana salah faham telah disalahgunakan. Sebagai contoh, niat jahat untuk menjual buku mahal dengan alasan mereka kurang memahami isu Buraku, menggunakan isu Buraku sebagai alasan untuk mencari faedah yang tidak adil dan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab. Tingkah laku ini memupuk prasangka dan kesedaran palsu. Di samping itu, di Internet, terdapat siaran berterusan kandungan yang memfitnah Buraku, dan ini adalah punca diskriminasi selanjutnya. Berdasarkan situasi ini, Jepun telah menggubal“Tiga Undang-undang Hak Asasi Manusia pada 2016”, iaitu “Akta Promosi Penghapusan Diskriminasi Buraku”, “Akta Penghapusan Diskriminasi Ketidakupayaan”, dan “Akta Penghapusan Pertuturan Kebencian”. Pada 2019, Akta Penggalakan Dasar Ainu juga telah dilaksanakan. Semasa melihat keadaan diskriminasi Buraku kini dan fenomena hak asasi manusia, hubungan bersama antara gerakan hak asasi manusia, hubungan manusia melalui pembangunan komuniti, dan gerakan pembebasan Buraku untuk mengatasi diskriminasi sebagai paksi utamanya sedang disebarkan dari Nara dan sedang berkembang. Sebagai asas untuk menyebarkan maklumat hak asasi manusia, Muzium Suiheisha mewarisi idea dan konsep mengejar maruah dan kesaksamaan manusia dan semangat Suiheisha untuk tidak tunduk kepada diskriminasi, dan akan meneruskan ideologi ini pada masa hadapan. Kami ingin menciptakan “dunia yang lebih mesra untuk semua”. Marilah kita berkongsi idea dan konsep Suiheisha, yang bertujuan untuk mencapai matlamat ini, dan bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang bertolak ansur dan inklusif di mana semua orang boleh menjadi diri mereka sendiri dan hidup dalam keadaan yang santai. Kami yakin setiap pelawat yang mengunjungi Muzium Suiheisha akan bersimpati dan bersetuju dengan sentimen ini. “Masyarakat yang dipenuhi dengan kemesraan, kemanusiaan yang dipenuhi dengan cahaya”
Pendahuluan Tujuan FIHRM ditubuhkan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu hak asasi manusia dan menggalakkan muzium untuk melibatkan diri secara aktif dalam isu demokrasi dan keterangkuman. Persidangan Tahunan FIHRM 2022 pada September selama 3 hari di Oslo dianjurkan oleh Rangkaian Norway Demokrasi dan Muzium Hak Asasi Manusia (Demokratinetverket), dan dipilih khas di pusat Oslo, tempat penting dan bermakna yang mewakili demokrasi dan hak asasi manusia - Muzium Perlembagaan Eidsvoll 1814, Pusat Keamanan Nobel dan Pusat Holocaust dan Agama Minoriti Norway (HL-pusat). Bahagian pertama persidangan ini memberi tumpuan terutamanya kepada cara menggunakan pemikiran kritis untuk membincangkan autonomi dan fleksibiliti muzium hak asasi manusia apabila hak asasi manusia dan idea demokrasi ditindas, dan apa jenis hubungan yang wujud antara muzium, kerajaan dan komuniti dan apa tekanan yang mereka hadapi dalam proses membangunkan hubungan itu? Apakah peranan yang harus dimainkan oleh muzium hak asasi manusia dan bagaimana ia harus berinteraksi apabila berhadapan dengan topik kontroversi. Bahagian kedua memberi penerangan mengenai situasi muzium hak asasi manusia sekarang di seluruh dunia, menangani masalah keterangkuman atau pengecualian sosial, budaya, dan politik daripada perspektif yang berbeza, mencadang kaedah atau strategi inklusif yang boleh dilaksanakan untuk muzium hak asasi manusia. Peserta datang dari Eropah, Asia dan Amerika. Pengerusi FIHRM-AP dan Pengarah Muzium Hak Asasi Manusia Taiwan, Hong Shifang, dan Pengarah Muzium Tibet, ahli Cawangan Asia-Pasifik, Tenzin Topdhen, turut menghadiri mesyuarat ini. Melalui perkongsian pengalaman dan kaedah praktikal, kami berharap dapat menyelesaikan dan membincangkan isu keterangkuman dalam ruang muzium dan masyarakat secara keseluruhan. Dengan muzium sebagai titik permulaan, kami akan berusaha untuk menyokong dan mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama. Tekanan dan Cabaran Luaran dan Dalaman apabila Muzium Menghadapi Isu Hak Asasi Manusia Kesaksamaan adalah semangat yang sangat diperlukan bagi masyarakat yang ideal, namun jalan menuju utopia penuh dengan halangan. Dalam sesi pertama hari pertama persidangan itu, Kathrin Pabst, Pengerusi Jawatankuasa Antarabangsa ICOM mengenai Dilema Etika (Etika IC) dan Kurator Kanan Muzium Vest-Agder, menunjukkan cabaran yang mungkin dihadapi oleh muzium hak asasi manusia. Muzium sentiasa berhadapan dengan lima tekanan, iaitu konflik sesama rakan sekerja, percubaan untuk memadamkan masa lalu, campur tangan politik secara tiba-tiba, peperangan dan kemusnahan, dan percubaan untuk melindungi warisan budaya negara. Sumber tekanan ini terbahagi kepada luaran dan dalaman, dengan dalaman datang daripada orang dalam organisasi muzium dan luaran datang daripada masyarakat dan kerajaan tempatan. Walau bagaimanapun, krisis juga boleh menjadi titik perubahan. Pembangunan muzium hak asasi manusia menghadapi banyak cabaran, dan tekanan juga boleh menjadi pemangkin kemajuan. Pengerusi Lembaga Pengarah Forum Muzium Eropah, Jette Sandahl memberikan panduan tentang cara muzium harus menangani cabaran. Beliau menekankan bahawa apabila berhadapan dengan banyak tekanan dan krisis, muzium harus bersatu dan berusaha untuk menghapuskan pengecualian selama berabad-abad ini. Mereka tidak harus kekal di tempat kurungan mereka, tetapi mempunyai keberanian untuk keluar daripada zon selesa mereka dan mencari rakan-rakan yang boleh maju bersama. Tidak ada pengecualian di jalan menuju hak asasi manusia. Kakitangan muzium harus mempunyai keberanian untuk menentang kepasifan atau keterlibatan kuasa dalam pelbagai jabatan muzium, mempunyai keyakinan yang teguh dan menggunakan kekuatan kolektif, dan terus bekerja keras untuk menghadapi dan menyelesaikan kesulitan dan konflik. Bagaimanakah semangat setiakawan sebegini boleh dijelmakan di muzium? Seterusnya, ahli akademik dari Muzium Negara Liverpool dan Universiti Leicester memberikan kita contoh praktikal. Projek Pengubahsuaian Tepi Laut Kolaboratif Muzium-Crossfield Muzium Nasional Liverpool dan Universiti Leicester membincangkan Projek Transformasi Tepi Laut(Waterfront Transformation) mereka. Projek ini merupakan contoh yang baik dalam menggunakan kuasa kolektif untuk memajukan pembangunan masyarakat setempat dan menuju ke arah masyarakat yang adil melalui kerjasama dan usaha semua pihak. Projek pengubahsuaian tepi laut berusaha untuk mengekalkan hubungan antara muzium dan masyarakat, bermula dari tepi pantai ikonik Liverpool dan menghubungkan pelancongan dengan cerita, warisan dan komuniti Liverpool untuk mencipta pengalaman yang kaya untuk pengunjung. Projek transformasi tepi pantai berusaha untuk mengekalkan hubungan antara muzium dan masyarakat, bermula dari tepi pantai ikonik Liverpool dan menghubungkan pelancongan dengan cerita, warisan dan komuniti Liverpool, membolehkan pelawat menikmati pengalaman yang kaya. Selain itu, ia juga akan menjadi pemangkin kepada peningkatan masyarakat dan alam sekitar. Ini bukan sekadar projek kerjasama antara muzium, tetapi juga menghimpunkan kekuatan penduduk tempatan untuk mewujudkan sebuah bandar tepi pantai Liverpool yang menggabungkan yang lama dan yang baru.
Mengenai Pengarang: Erpan Faryadi Erpan Faryadi merupakan Pengurus Projek bagi Link-AR Borneo. Nama penuh Link-AR Borneo ialah Lingkaran Advokasi dan Riset(Advocacy and Research Circle of Borneo), dan ia merupakan satu organisasi komuniti yang mengusahakan demokrasi, hak asasi manusia, sumber asli, perubahan iklim dan advokasi, pergerakan, pendidikan dan penyelidikan untuk kedaulatan rakyat di Kalimantan Barat. Pengenalan Organisasi: Link-AR Borneo Nama penuh Link-AR Borneo ialah Lingkaran Advokasi dan Riset (Advocacy and Research Circle of Borneo), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 2 April 2009 untuk menggalakkan advokasi dan menangani masalah serius kawalan perlombongan ke atas sumber asli seperti tanah dan hutan. Industri perlombongan telah mengawal sumber asli untuk kepentingan politik dan ekonomi, dan mereka telah mengutamakan pengekstrakan bahan mentah yang digunakan sebagai bekalan kepada industri utama dunia. Borneo kaya dengan sumber alam dan dengan itu keadaan ini memang sukar untuk dipisahkan. Oleh itu, Link-AR Borneo menggalakkan advokasi berasaskan bukti untuk menunjukkan kepentingan masyarakat dan keadilan ekologi yang mampan. Sejak penubuhannya, Link-AR Borneo telah aktif dalam menegakkan dan mempertahankan hak asasi manusia, menggalakkan keadilan, membuat reformasi dalam pengurusan untuk melindungi hutan dan tanah, dan menggalakkan kebebasan masyarakat dalam isu pengurusan hutan dan tanah. Sekarang adalah masa untuk mengkaji semula dasar dan tindak balas kerajaan Indonesia terhadap wabak COVID-19 dan apakah kesan dasar serta tindak balas tersebut terhadap rakyat, termasuk pelaksanaan dan penghormatan hak asasi manusia. Sejak awal 2020(Januari-Mac), Kerajaan dan pegawai Indonesia tidak pernah memandang serius situasi wabak koronavirus, sebaliknya memandang rendah dan enggan mempercayai kewujudan virus tersebut. Pada awal 2020, Naib Presiden Indonesia berkata selagi ada doa daripada pemimpin agama, tidak akan ada wabak koronavirus di Indonesia. Malah Presiden Indonesia, Joko Widodo turut mengelirukan rakyatnya. Pada Mac 2020, beliau menyatakan bahawa rakyat Indonesia boleh mengawal wabak koronavirus dengan meminum jamu. (Rujuk CNN Indonesia, 16 Mac 2020, “Media Asing Soroti Jokowi Minum Jamu Untuk Tangkal Corona”). Kerajaan Indonesia menggunakan kenyataan tidak saintifik seperti ini sebagai asas untuk menangani wabak koronavirus. Langkah yang diambil oleh kerajaan Indonesia dalam mencegah koronavirus Pada Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa. Kerajaan Indonesia sepatutnya mengambil langkah pencegahan yang sistematik mulai saat tersebut dan berunding dengan pakar perubatan terutamanya pakar epidemiologi atau ahli epidemiologi untuk menghentikan penularan wabak. Tetapi, Walaupun ini merupakan isu perubatan, kerajaan enggan mendengar pendapat pakar perubatan. Pendapat pakar perubatan kadangkala dipandang ringan, dan terdapat juga laporan mengenai pendapat kerajaan yang bertentangan dengan pendapat pakar perubatan. Mulai April 2020, kerajaan Indonesia mengarahkan Tentera Nasional Indonesia (Indonesian National Armed Forces, TNI) dan polis untuk mengurung rakyat di dalam rumah mereka1, menyekat aktiviti keagamaan dan kebebasan bergerak, serta melarang perhimpunan dan perarakan. Perbuatan sedemikian mungkin telah melanggar hak asasi manusia, terutamanya hak sivil dan politik. Setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai pandemik global, kerajaan Indonesia sememangnya telah melaksanakan langkah pengawalan, walaupun ia tidak meluas ke seluruh negara. Pakar kesihatan awam berpendapat bahawa langkah kawalan wabak Jokowi terlalu lambat untuk menenangkan rakyatnya. (Rujuk BBC News Indonesia, 16 Mac 2020, “Virus corona: Jokowi umumkan langkah pengendalian Covid-19, tetapi tanpa komando nasional”) Kerajaan Indonesia juga suka mengumumkan kosa kata tentang wabak dan dasar pencegahan wabak baru setiap bulan, tetapi tindakan sedemikian tidak membantu menghentikan penularan virus. Ini menunjukkan bahawa kerajaan Indonesia berada dalam keadaan huru-hara dan tidak mempunyai langkah pencegahan wabak yang sistematik. Pada Disember 2020, Menteri Hal Ehwal Sosial Indonesia, Juliari Batubara menggunakan Program Bantuan Sosial COVID-19 untuk menerima rasuah. (Rujuk 2) 2Semasa rakyat Indonesia sedang berjuang melawan koronavirus, pegawai kerajaan Indonesia pula muncul skandal yang begitu teruk. Peningkatan kes positif dan kematian koronavirus telah menyukarkan usaha pencegahan wabak kerajaan Indonesia. Kerajaan sepatutnya melindungi kesihatan rakyat (juga salah satu hak asasi manusia), seperti memastikan kakitangan perubatan di barisan hadapan yang memerangi wabak mempunyai peralatan perlindungan yang mencukupi. Malangnya, kerajaan Indonesia nampaknya tidak dapat membantu dalam menghadapi wabak koronavirus, kes positif dan kematian terus meningkat sejak pertengahan Jun 2021. Kesan Wabak Koronavirus Terhadap Rakyat Indonesia Sejak April 2020, Kerajaan Indonesia telah mengumumkan pelaksanaan“Pembatasan Sosial Berskala Besar” (PSBB) untuk memutuskan rantaian penularan. Tetapi, tindakan yang diambil tidak mencapai matlamat WHO untuk membendung penularan wabak dan mengurangkan jumlah kematian. Pada Julai 2021, wabak koronavirus telah berleluasa di Indonesia disebabkan oleh ketidakpastian kerajaan dalam membuat keputusan di antara kesihatan rakyat dengan pembangunan ekonomi Dari 3-20 Julai, 2021, kerajaan Indonesia melaksanakan “Pembatasan Sosial Berskala Besar” (PSBB) di Pulau Jawa dan Bali, untuk mencegah penularan wabak dan mengurangkan kes kematian. Bagi daerah dan bandar yang mempunyai tahap pentadbiran yang lebih rendah di luar Jawa dan Bali, Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM Mikro Darurat) dilaksanakan. Namun begitu, semua tindakan ini gagal membendung penularan wabak, dan jumlah kes positif serta kematian terus meningkat. Peranan Pertubuhan Masyarakat Sivil Indonesia Semasa Wabak Koronavirus Pertubuhan Masyarakat Sivil di Indonesia menjadi aktif selepas reformasi dan keterbukaan Indonesia (selepas Era Orde Baru), dan di antaranya, banyak Pertubuhan Masyarakat Sivil sangat mengambil berat tentang isu-isu seperti hak asasi manusia, perubahan iklim, penjagaan kesihatan, reformasi kehakiman, kedaulatan makanan, hak dan reformasi tanah, petani dan buruh. Pertubuhan Masyarakat Sivil Indonesia telah menarik banyak kumpulan dan individu seperti doktor, peguam, pakar pertanian, dan lain-lain untuk menyertai gerakan dan advokasi, yang membolehkan Pertubuhan Masyarakat Sivil berkembang dan menjadi lebih dipercayai dalam bidang masing-masing. Kebanyakan Pertubuhan Masyarakat Sivil Indonesia menyumbang kepada proses membuka Indonesia kepada demokrasi selepas Era Orde Baru (selepas 1998). Pertubuhan Masyarakat Sivil Indonesia seperti LaporCovid-19, juga sangat mengambil berat terhadap usaha pencegahan wabak kerajaan. Apabila wabak koronavirus bermula pada awal Mac 2020, agensi kerajaan juga mengetahui tentang wabak tersebut. Sementara itu, sekumpulan individu yang prihatin dengan isu hak asasi manusia dan kesihatan masyarkat semasa wabak koronavirus menubuhkan Pertubuhan Masyarakat Sivil yang dipanggil LaporCovid-19. LaporCovid-19 telah mewujudkan platform perkongsian maklumat koronavirus yang membolehkan rakyat berkongsi maklumat tentang wabak yang mereka alami yang tidak diketahui oleh kerajaan. Dengan memanfaatkan kuasa komuniti untuk merekodkan jumlah kes positif dan melaporkan perkara berkaitan wabak di kawasan larangan, platform LaporCovid-19 telah menjadi platform untuk menyimpan data mengenai wabak di Indonesia. Melalui platform LaporCovid-19, kerajaan dan rakyat boleh mendapatkan maklumat mengenai taburan dan keterukan wabak domestik, dan kerajaan juga boleh menggunakan data yang dikumpul untuk merangka dasar pencegahan wabak dan mengambil tindakan yang sesuai. LaporCovid-19 terdiri daripada pertubuhan masyarakat sivil berikut: Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI), majalah Tempo, Efek Rumah Kaca, Ketelusan Antarabangsa Indonesia (Transparency International Indonesia), Pejabat Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Law and Human Right Office (Lokataru)), Hakasasi.id, Perikatan U-Inspire Indonesia, Sekolah Tinggi Hukum Indonesia Jentera, NarasiTV, Pusat Rujak Kajian Bandar (Rujak Center for Urban Studies), dan Pemerhati Rasuah Indonesia (Indonesia Corruption Watch (ICW)). Yayasan Bantuan Guaman Indonesia (YLBHI) merupakan pertubuhan hak asasi manusia yang terus memantau kerajaan Indonesia dalam memenuhi tanggungjawab hak asasi manusia sejak penubuhannya pada 1970-an. Majalah Tempo merupakan sebahagian daripada kumpulan Tempo(Tempo group), yang menfokuskan kepada isu-isu seperti hak asasi manusia, alam sekitar, rasuah dan lain-lain. Pakatan pertubuhan masyarakat sivil yang terdiri daripada LaporCovid-19, Pemerhati Rasuah Indonesia, Yayasan Lembaga Bantuan Hukum Indonesia (YLBHI), Lembaga Pendidikan Penelitian dan Penerangn Ekonomi dan Sosial (LP3ES), dan Pejabat Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Lokataru) telah menunjukkan betapa mengelirukan dasar pencegahan wabak kerajaan Indonesia. Pakatan pertubuhan masyarakat sivil berpendapat bahawa sejak wabak itu merebak pada awal Mac 2020, kerajaan Indonesia tidak menunjukkan prestasi yang baik dan gagal mencegah wabak. LaporCovid-19 mengkritik kerajaan kerana melakukan banyak kesilapan dalam usaha mencegah wabak dan gagal membendung peningkatan jumlah kematian secara berkesan. Data LaporCovid-19 telah menunjukkan bahawa jika kerajaan bertindak agresif dan melaksanakan dasar pencegahan dan kawalan yang kuat pada awal wabak, kadar kematian boleh direndahkan sejak awal permulaannya. (Rujuk artikel khas Kasus Meninggal Melonjak & RS Kolaps, Negara Gagal Tangani COVID?", Tirto.id, 6 Julai 2021, https://tirto.id/ght5) Walaupun kerajaan Indonesia membelanjakan 695.2 trilion rupiah (kira-kira NT$1.4 trilion) untuk mencegah wabak pada 2020, tetapi akhirnya tidak berkesan. (Rujuk Kompas Indonesia, 20 Disember 2020, “Kebijakan Pemerintah Menangani Covid-19 Sepanjang Semester II 2020.”)