:::

Sekatan pergerakan atau penindasan?

Bantahan anti-undang-undang tentera(Sumber foto: Michael Beltran)

Bantahan anti-undang-undang tentera(Sumber foto: Michael Beltran)

Mengenai Pengarang

Michael Beltran telah bekerja sebagai wartawan selama 6 tahun, beliau juga menggunakan sebahagian besar masanya dalam aktivisme politik. Bekerja sebagai wartawan, beliau telah melaporkan pelbagai isu-isu yang berkaitan dengan pelbagai kumpulan terpinggir di negaranya, termasuklah isu hak asasi manusia, isu ruang demokrasi yang semakin terhad, isu campur tangan China dan negara besar lain yang berkuasa di dunia, isu penghijrahan, isu pengusiran dan pemindahan paksa dan lain-lain.


Ketika sekatan pergerakan di Filipina perlahan-lahan dibuka, negara secara keseluruhan masih belum pulih daripada trauma kolektif wabak. Apa yang paling membimbangkan rakyat Filipina bukanlah virus, dan juga bukanlah vaksin atau masa depan yang tidak menentu.

Terdapat pelbagai kumpulan masyarakat sivil di Filipina dan masing-masing telah menggunakan pelbagai cara untuk mencapai cita-cita mereka. Pada masa yang sama, pertubuhan bukan kerajaan, pertubuhan massa, pelbagai industri dan kumpulan budaya bukan sahaja bersama-sama memberi sumbangan cemerlang kepada negara, tetapi juga membolehkan rakyat yang paling terdedah mendapat makanan dan pakaian yang mencukupi.

Semasa tempoh sekatan pergerakan, kumpulan masyarakat sivil telah bangkit membantu, dan sedikit sebanyak telah mengisi beberapa kekurangan yang ada. Pada tempoh tersebut, makanan dan keselamatan makanan sentiasa menjadi masalah yang terdesak, dan ia juga merupakan masalah yang mesti ditangani oleh banyak pertubuhan  kebajikan awam untuk memastikan kumpulan berpendapatan rendah terus mendapat dan mengekalkan makanan yang mencukupi.

Pertubuhan massa dan yayasan telah menubuhkan kebun dan dapur komuniti di seluruh negara, terutamanya di komuniti termiskin yang kekurangan akses kepada makanan dan keselamatan makanan. Tumbuhan ditanam dalam pasu yang diperbuat daripada botol plastik kitar semula yang digantungkan di atas bumbung. Kumpulan komuniti menuai hasil tanaman dan kemudian bersama-sama memasak hasil tanaman kepada mereka yang kelaparan.

Satu lagi tindakan yang melanda masyarakat ialah fenomena gotong-royong, yang juga dikenali sebagai pantri makanan komuniti. Sebenarnya konsep awal Patricia Non, seorang gerakan sosial dan artis tempatan, sangat mudah, iaitu meletak meja atau rak yang penuh dengan makanan di tempat awam dengan tertulisnya“Ambil apa yang anda perlu, beri apa yang anda mampu”.  Tindakan beliau telah menggalakkan gerakan gotong-royong besar-besaran di seluruh negara.

Projek seperti ini bukan sahaja menangani keperluan jelas sedia ada, ia juga mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dan langkah tidak sesuai yang telah diambil dalam menangani wabak. Tidak menghairankan, kerajaan cuba menyekat tindakan ini dengan memanggil mereka“pengganas”.  Ini telah menjadi tema berulang dalam politik pandemik.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, pendapat umum sama ada menimbulkan keraguan yang tinggi tentang cara  kerajaan menangani krisis, atau rakyat secara meluas percaya bahawa kerajaan Duterte tidak berkemampuan menangani situasi apokaliptik ini. Daripada menangani situasi kecemasan perubatan, kerajaan ini menggunakan sekatan pergerakan untuk menganiaya mangsa dengan keganasan yang lebih kuat.

Bermula akhir tahun 2018, kerajaan Presiden Rodrigo Duterte mengistiharkan perang terhadap lawan politiknya. Bagi kerajaan, hanya komunis atau pengganas (mereka menggunakan kedua istilah secara bergantian) mempersoalkan kerajaan. Apa yang lebih penting ialah apa yang terjadi selepas dibuat tanda. Pengkritik politik ke-rajaan difitnah, ini bermaksud aktivis sosial dan penentang akan ditanda sebagai penyokong atau perekrut pemberontak komunis, dan mereka yang ditandai dianggap sebagai pengganas yang boleh dihapuskan.

Terutama sekali, Duterte menubuhkan Pasukan Petugas Kebangsaan untuk Mengakhiri Konflik Bersenjata Komunis Tempatan(disingkat sebagai NTF-ELCAC). Sedikit penerangan kepada latar belakangnya di sini, Perang Saudara antara gerila bersenjata Parti Komunis Filipina (disingkat sebagai CPP) dan Tentera Rakyat Baru (disingkat sebagai NPA) di Filipina sudah berlangsung selama lebih daipada 50 tahun. Walaupun mereka sudah menjadi pihak pembangkang utama kerajaan Filipina selama bertahun-tahun, namun pengkritik kerajaan juga dianggap sebagai pemberontak dan tertakluk kepada penelitian kerajaan. Cara kerajaan memerintah sangat melampau sehinggakan sebarang ucapan menentang kerajaan dilihat sebagai propaganda komunis yang menyerap golongan muda

Konflik bersenjata secara sendiri telah menunjukkan bahawa kerajaan tidak menjawab banyak persoalan yang timbul. Mengapa terdapat begitu banyak pemberontakan bersenjata bangkit di Filipina? Mengapakah pemberontakan mereka begitu lama? Rancangan untuk perjanjian perdamaian telah wujud selama ini, tetapi tindakan khusus Duterte adalah untuk menghadapi dan merasionalkan keganasan yang semakin meningkat dengan menganggap semua  musuh sebagai satu.

Kempen untuk menganiaya Parti Komunis berjalan serentak dengan perang dadah berdarah Duterte yang terkenal, mengingatkan apa yang dilakukan oleh McCarthyism semasa Perang Dingin. Pada awal perasmian, Duterte memulakan operasi anti dadah yang diketuai oleh penguatkuasa undang-undang yang disebut sebagai“Oplan Tokhang”. Dalam perang dadah ini, orang yang ditandai sebagai penagih atau pengedar secara automatik diarahkan untuk dibunuhkan. Sama seperti perang dadah, lawan politik yang membangkang kerajaan menghadapi nasib yang sama.

2020 merupakan tempoh wabak yang paling tegang dan juga merupakan tempoh paling berbahaya bagi aktivis sosial. Duduk di rumah bermakna berada di barisan tembakan. Dengan ramai pemimpin terkemuka dibunuh dengan pantas dan kejam di rumah mereka, kes pembunuhan aktivis sosial yang difitnah.juga meningkat secara ketara.

Jory Porquia, Randall Echanis, Zara Alvarez dan Carlito Badion adalah sebahagian daripada mangsa keganasan negara yang terkenal. Mereka dituduh sebagai“Pengganas Komunis” sebelum dibunuh. Dengan galakan kuat daripada angkatan tentera, ini telah menjadi naratif biasa dan telah menguatkan tanggapan bahawa Parti Komunis adalah pengganas. Pematuhan kepada mana-mana ideologi tidak dianggap haram di Filipina, tetapi di mata  angkatan tentera, yang kiri mestilah Komunis. Komunis juga pengganas, maka pengganas mesti dihapuskan.

Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-banagsa Bersatu(PPB) juga terkejut apabila mengetahui tentang gaya hukuman mati terhadap mereka yang dicalit merah. Malah Bukan sahaja aktivis sosial yang dicalit merah, pelbagai ahli masyarakat sivil juga dianggap sebagai pengganas, termasuk ahli parlimen, ahli gereja, wartawan, malah pelapor khas PBB dan selebriti yang hanya melakukan kerja amal.

Mengkritik pihak berkuasa sememangnya dijamin dimasukkan dalam senarai! Filipina mendapat jumlah sunbangan dan pinjaman COVID-19 yang paling banyak, tetapi sedikit wang sahaja yang digunakan untuk membantu rakyat. Kebanyakan dana disalurkan kepada perbelanjaan penempatan tentera dan polis di dalam negara. Penguatkuasaan berat sebelah bagi pelanggaran undang-undang kecil, tidak memakai topeng muka, melanggar perintah berkurung pada waktu malam, atau hanya melangkah keluar dari rumah anda bermakna anda akan dihukum penjara.

Sering kita dengar bahawa orang di kawasan setinggan lebih takut kehilangan mata pencarian berbanding virus kerana kehilangan pekerjaan akan menyebabkan kelaparan dan akhirnya tidak dapat menyara diri sendiri. Peristiwa ini timbul pada April 2020. Beratus-ratus penduduk setinggan di Metro Manila telah melancarkan protes atas kekurangan bantuan dan kekurangan makanan, manakala pengikut Duterte mempamerkan kekayaan dan keistimewaan mereka. Penunjuk perasaan hanya berdepan dengan kayu polis dan gari. 21 orang yang paling lapar di negara ini dimasuk ke dalam penjara, dan dibebaskan dengan ikat jamin selepas bantahan di seluruh negara.

Pada Julai 2020, kerajaan telah memudahkan lagi proses memusnahkan sasaran dan meluluskan“Akta Anti- Keganasan”, menyebabkan kontroversi meluas. Ini merupakan dasar negara terburuk dan menganiaya rakyat Filipina sejak tempoh undang-undang tentera diktator penuh pada 1970-an dan 1980-an.

“Akta Anti-Keganasan”ialah topik kegemaran Duterte dan pengikutnya, dan undang-undang membenarkan   sekatan tanpa had ke atas kebebasan rakyat. Kini rakyat boleh ditangkap kerana disyaki sebagai“pengganas” tanpa waran. Definisi pengganas adalah luas dan merangkumi semua orang.

Kebanyakan perkara yang dinyatakan di atas berlaku pada tahun 2020. Malangnya, peristiwa ini seperti virus,   menentukan kedudukan Filipina hari ini. Ketika bencana kemanusiaan terburuk dalam sejarah negara kita ber- laku, ekonomi golongan kurang bernasib baik terus merosot. Filipina bukan sahaja buruk kerana rekod hak asasi manusianya yang menyedihkan, tetapi juga termasuk ketidaksamaan sosial yang besar yang terdedah semasa  sekatan pergerakan.Walaupun kesan akibat krisis masa lalu telah pudar, tiada apa yang berubah. Pilihan raya   Mei 2022 yang baru berakhir akan meningkatkan lagi perasaan itu.

Pelanggaran hak asasi manusia yang meluas telah mencetuskan tentangan yang tidak pernah berlaku. Rakyat menentang melalui protes, perhimpunan dan perang media sosial.

Melalui usaha komuniti dan tindak balas masyarakat sivil, demokrasi dan hak asasi manusia dapat memenangi   ruang kecil untuk menghalang Filipina daripada kembali kepada undang-undang tentera dengan hukuman berat. Ia ternyata sangat berkesan.

Kami mempunyai sebab untuk berharapan. Kebun komuniti, dapur dan pantri makanan hanyalah satu aspek penentangan. Penentangan datang dalam pelbagai bentuk, dan arus perbezaan pendapat terus membanjiri jalanan dengan lebih ramai orang dan kekerapan yang lebih besar. Keadaan akan menjadi lebih buruk sebelum menjadi lebih baik, dan ramai rakyat Filipina, pertubuhan, institusi dan lain-lain telah bersedia untuk menyambut keadaan ini.

Kebun komuniti(Sumber foto: Michael Beltran)

Kebun komuniti(Sumber foto: Michael Beltran)