:::

Menulis Kisah Diri– Perjalanan dari pameran khas “Lawbubulu” kembali ke kampung menuju pameran khas“Kialreba”kembali ke Wutai

“Lawbubulu: Harta Karun Suku Rukai - Pameran Khas Seratus Tahun Warisan Wutai Pulang Kampung di Muzium Nasional Taiwan”

“Lawbubulu: Harta Karun Suku Rukai - Pameran Khas Seratus Tahun Warisan Wutai Pulang Kampung di Muzium Nasional Taiwan”

Pengenalan mengenai pengarang

Basauvin, ialah seorang individu dari etnik Rukai, dengan nama keluarga Dresedrese.Celrevege. Beliau berasal dari Suku Kaum Julu, Kampung Wutai, Daerah Pingtung. Pada masa sekarang, beliau bertugas sebagai Pengarah Perpustakaan Sekolah Menengah Chung Cheng serta Pengarah Muzium Warisan Etnik Rukai di kampung Wutai, Daerah Pingtung.
 

Pengenalan mengenai tempat berkhimat

Muzium Warisan Rukai di Kampung Wutai, Daerah Pingtung, telah ditubuhkan secara rasmi pada 19 Disember 2000. Reka bentuk luar bangunan muzium ini menggunakan teknik pembinaan batu tradisional yang diatur berlapis-lapis. Koleksi muzium ini merangkumi lebih daripada 124 artifak, termasuk alat-alat tradisional yang mencerminkan kehidupan seharian masyarakat etnik Rukai, serta kraf tangan yang halus seperti anyaman, sulaman, ukiran kayu, dan ukiran batu. Selain itu, muzium ini juga mempamerkan rekaan sebenar rumah batu tradisional suku Rukai.

Matlamat penubuhannya bukan sahaja untuk membolehkan orang ramai memahami dan menghargai budaya etnik Rukai, tetapi ia juga berfungsi sebagai institusi penyelidikan budaya dan pendidikan kebangsaan yang kekal, dengan tujuan untuk mengumpulkan perasaan identiti dan rasa keterikatan masyarakat etnik, serta untuk meneruskan warisan budaya tradisional etnik Rukai kepada generasi masa depan.
 



Menulis Kisah Diri– Perjalanan dari pameran khas “Lawbubulu” kembali ke kampung menuju pameran khas“Kialreba”kembali ke Wutai

Sejak tahun 2017, Muzium Nasional Taiwan telah bekerjasama dengan Muzium Warisan Suku Rukai di Kampung Wutai, Daerah Pingtung, untuk menyusun pameran khas yang bertajuk“Lawbubulu: Harta Karun Suku Rukai - Pameran Khas Seratus Tahun Warisan Wutai Pulang Kampung di Muzium Nasional Taiwan”. Dalam bahasa suku Rukai,“Lawbubulu”merujuk kepada barangan buatan tangan yang memiliki fungsi praktikal atau makna sosial. Pameran ini merupakan pameran  tradisi yang besar pertama di dalam negara yang berkaitan dengan etnik pribumi Taiwan – suku Rukai. Ia juga merupakan satu perjalanan pertama bagi barangan hidup serta peralatan upacara yang digunakan oleh leluhur suku Rukai seratus tahun yang lalu, untuk kembali ke tanah asal mereka setelah meninggalkannya. Berbagai langkah telah diambil untuk menyediakan pameran ini,termasuk menyusun senarai barang dari Muzium Nasional Taiwan dan Muzium Warisan Rukai, membawa warga tua dari kampung ke gudang Muzium Nasional Taiwan untuk memeriksa barang adat suku, mengadakan mesyuarat untuk memilih barang pameran, melakukan kajian di lapangan bersama dengan warga suku, kerjasama dua muzium dalam interpretasi dan penerangan pameran, serta banyak lagi mesyuarat dan usaha termasuk penyediaan pameran, pembukaan, dan latihan sukarelawan. Khususnya, meminta tunjuk ajar dari warga tua suku mengenai makna barang warisan, termasuk asal-usul barang, penggunaannya, pembuatannya, dan lain-lain, adalah asas penting bagi interpretasi dan penerangan kandungan barang dalam pameran ini. Semasa pasukan kurator melibatkan diri dalam kajian di lapangan di kampung dan berbual dengan warga tua suku, mereka memahami cerita, makna budaya, dan simbol di sebalik setiap barang warisan tradisional Rukai. Semasa temubual, kami juga mendengar banyak perkataan dalam bahasa Rukai yang telah lama tidak digunakan malah yang hampir dilupakan. Ini membantu kami menyedari bahawa persiapan pameran ini bukan hanya perjalanan menyiapkan pameran semata-mata, tetapi juga perjalanan seseuatu etnik untuk mencari identiti mereka sendiri.

Pasukan kurator menjalankan kajian lapangan mengenai tradisi tenunan suku Rukai

Pasukan kurator menjalankan kajian lapangan mengenai tradisi tenunan suku Rukai

Pameran “Lawbubulu: Harta Karun Suku Rukai - Pameran Khas Seratus Tahun Warisan Wutai Pulang Kampung di Muzium Nasional Taiwan”disambut dengan meriah pada hari pembukaan.

Pameran “Lawbubulu: Harta Karun Suku Rukai - Pameran Khas Seratus Tahun Warisan Wutai Pulang Kampung di Muzium Nasional Taiwan”disambut dengan meriah pada hari pembukaan.

Setelah persiapan selama hampir empat tahun, pameran khas ini dibuka dengan gemilang pada 22 Oktober 2021 di Muzium Warisan Suku Rukai di Kampung Wutai. Pada hari pembukaan, banyak kumpulan etnik memakai pakaian tradisional mereka dengan penuh semangat dan meraikan pembukaan pameran dengan upacara yang meriah. Sepanjang tempoh pameran, ramai orang yang mengambil berat serta minat terhadap budaya pribumi termasuk individu atau kumpulan telah untuk melihat pameran. Lebih-lebih lagi penduduk suku Rukai dari seluruh Taiwan turut hadir dan berinteraksi dengan muzium serta memberikan pandangan yang berharga. Walaupun tempoh pameran asalnya hanya selama enam bulan, tetapi atas permintaan dan harapan penduduk sukunya, tempoh pameran telah diperpanjang selama dua bulan. Apabila barang-barang warisan dihantar kembali ke Taipei selepas pameran, penduduk sukunya merasa sedih untuk berpisah dengan barang yang mengingatkan mereka terhadap leluhur mereka, dengan rasa ketidakpastian tentang bila mereka akan bertemu dengan benda-benda tersebut lagi.

Pada hari pembukaan “Pameran Kialreba: Kembali ke Wutai - Dialog di antara Muzium Nasional Taiwan dan Etnik Rukai”, penduduk dari suku etnik Rukai datang dengan memakai pakaian tradisional mereka, penuh semangat untuk melihat pameran tersebut.

Pada hari pembukaan “Pameran Kialreba: Kembali ke Wutai - Dialog di antara Muzium Nasional Taiwan dan Etnik Rukai”, penduduk dari suku etnik Rukai datang dengan memakai pakaian tradisional mereka, penuh semangat untuk melihat pameran tersebut.

Kedua-dua pameran ini melibatkan kerja yang mencabar, termasuk kajian lapangan, interpretasi budaya, rancangan pameran, dan urusan pentadbiran. Meskipun proses persiapan penuh dengan kesulitan dan cabaran, Namun, ketika melihat warisan budaya tradisional etnik Rukai dihargai dengan serius dan diinterpretasikan melalui sudut pandang penduduk asli setempat, dan dengan penerangan dalam Bahasa Rukai dan Bahasa Cina secara bersamaan, kami merasa bahawa pameran ini mempunyai makna penting bagi muzium budaya lokal, muzium profesional, dan komuniti suku di kampung ini. Dalam usaha untuk mempromosikan keadilan sejarah dan transformasi sosial di Taiwan, pameran yang diberikan interpretasi oleh penduduk etnik sendiri mengambil langkah besar menuju ke arah keadilan. Ia mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada penduduk asli daripada luka yang diakibatkan oleh kolonialisme dan memungkinkan masyarakat secara amnya untuk memahami dan menerima kepelbagaian budaya.

“Pameran Kialreba: Kembali ke Wutai - Dialog di antara Muzium Nasional Taiwan dan Etnik Rukai”

“Pameran Kialreba: Kembali ke Wutai - Dialog di antara Muzium Nasional Taiwan dan Etnik Rukai”

Syukur pada tahun ini (2023), untuk meneruskan impak yang dibawa oleh pameran dan memberi lebih banyak peluang kepada orang bandar untuk menghargai warisan kebudayaan dan kekayaan etnik Rukai, sekali lagi kedua-dua muzium telah  bekerjasama untuk mempamerkan semua barang yang telah dipamerkan sebelum ini dari 20 Jun 2023 hingga 10 Mac 2024 di ruang pameran Timur Muzium Nasional Taiwan di Taipei. Pameran kali ini bertema “Kialreba: Kembali ke Wutai-Dialog di antara Muzium Nasional Taiwan dan Etnik Rukai”. “kialreba” bermaksud kunjungan atau pertemuan dengan keluarga dalam bahasa Rukai. Semasa perbincangan dengan ahli suku mengenai pemilihan nama pameran, mereka menganggap barang-barang warisan Rukai di Taipei sebagai perkakas dan pakaian yang digunakan oleh nenek moyang, mewakili perpanjangan roh nenek moyang, dan dianggap sebagai keluarga kita. Oleh itu, kita menganggap pameran ini sebagai kunjungan kepada keluarga.

Pameran khas ini menggunakan imej“bariangalai”yang memiliki enam kelopak, untuk mencerminkan penggunaan peralatan rumah dari tanah air asal dalam kehidupan suku Rukai pada masa lalu, dan ia dikelaskan dalam enam aspek. Dalam budaya Rukai, makna bunga “bariangalai”meliputi disiplin diri, kemurahan hati, kasih pada diri sendiri, kerja keras, ketekunan, keberanian, kejujuran,  pertolongan kepada orang lain, serta tanggungjawab, dan ini adalah sikap hidup yang harus dimiliki oleh etnik Rukai yang memiliki moral. Harapannya adalah dengan mengenali semula nama dan wajah harian asal barang-barang ini, akan membantu menenangkan perasaan, serta meneruskan ajaran nenek moyang, “Ingatkanlah bunga lili yang kau pakai di atas kepalamu, hiduplah dengan martabat seperti manusia.” Benda kebendaan adalah kelanjutan dari keinginan, marilah kita melihat kembali kehidupan harian dan dunia rohaniah etnik Rukai seratus tahun yang lalu melalui peralatan yang sederhana atau yang indah ini.