:::

Penyatuan dan Muzium Myanmar(Bahagian II)

Muzium di bawah Kementerian Kebudayaan boleh dibahagikan kepada muzium negara, muzium arkeolo- gi, dan muzium kebudayaan peringkat wilayah jenis muzium etnologi dan muzium peringatan. Beberapa muzium agama yang diletakkan di bawah institusi lain, muzium swasta dan muzium sejarah berusaha untuk memelihara peninggalan kebudayaan Myanmar. Jenis muzium lain di Myanmar biasanya diletakkan di bawah kawalan kementerian kerajaan yang lain atau diusahakan oleh sektor swasta. Dasar kebudayaan Myanmar bertujuan untu meningkatkan prestij dan integriti negara melalui pemeliharaan dan perlindungan peninggalan kebudayaan dan identiti negara.

Mengikut dasar kebudayaan, misi Menteri Kebudayaan adalah untuk “memajukan negara dengan budaya”. Peninggalan kebudayaan nyata dan tidak nyata di Myanmar agak kaya dan beraneka ragam. Muzium Nasional Myanmar (di Yangon), Muzium Arkeologi Bagan, dan muzium kebudayaan peringkat wilayah dan muzium arkeologi  di bawah Kementerian Kebudayaan bersama-sama bertanggungjawab untuk memelihara peninggalan kebudayaan negara.

Dari zaman istana dahulu dan buku suci Buddha ke muzium utama yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan,seperti Muzium Arkeologi Bagan, perkembangan muzium Myanmar terkini diterangkan seperti di bawah. 4 tahun selepas Myanmar mencapai kemerdekaan, dengan penubuhan Menteri Kebudayaan pada tahun 1952, Muzium Nasional(di Yangon) yang pertama dan beberapa muzium yang lain masing-masing didirikan. 

1. Bangunan muzium lama di Bagan(Foto kredit: Thet Oo Maung)

1. Bangunan muzium lama di Bagan(Foto kredit: Thet Oo Maung)

2. Inskripsi pada monumen batu di Bagan (Foto kredit: Thet Oo Maung)

2. Inskripsi pada monumen batu di Bagan (Foto kredit: Thet Oo Maung)

3. Ukiran tapak kaki Buddha di Bagan (Foto kredit: Thet Oo Maung)

3. Ukiran tapak kaki Buddha di Bagan (Foto kredit: Thet Oo Maung)

Muzium Nasional Myanmar dibuka pada bulan Jun tahun 1952 . Muzium Nasional Myanmar pada mulanya berada di Bangunan Qingxidin di Jalan Pagoda Shwedagon, Yangon, dan kemudian pada tahun 1970 dipindahkan ke ruang yang agak besar di 24/26 Jalan Ban So Shan, dan lepas itu dipindahkan sekali lagi ke alamat sekarang pada tahun 1996. Pada bulan September tahun yang sama, Muzium Nasional Myanmar dibuka untuk orang awam di bangunan baharu yang bertingkat lima. Koleksi muzium dipamerkan di 14 ruang pameran atau dewan pameran berikut. Koleksi-koleksi muzium terbahagi kepada dua jenis katogeri utama.

1.  Kebudayaan Myanmar

·          Tulisan dan Kaligrafi Myanmar

·          Seni Rakyat Tradisional Myanmar

·          Seni Persembahan Myanmar

·          Galeri Myanmar

·          Seni Buddha Myanmar

·          Budaya Kebangsaan Myanmar

2. Zaman Sejarah Myanmar

·          Sejarah Semulajadi

·          Zaman Prasejarah dan Zaman Primitif

·          Peradaban Myanmar

·          Kuasa Diraja

·          Takhta Singa

·          Zaman Pemerintahan Raja Mindong (Yadanabon)

·          Hiasan Zaman Dahulu

·          Ruang ASEAN

Kebanyakan pameran di Muzium Nasional Myanmar mempromosikan budaya Kaum Burma dan agama Buddha. Walaupun terdapat 135 kumpulan etnik yang diakui secara rasmi dan terdapat 7 lagi kumpulan etnik yang belum diakui, namun peninggalan budaya di Muzium Naional Myanmar masih kebanyakannya budaya kaum Burma. Jika kita membahagikan kumpulan etnik di Myanmar mengikut bahasa, kumpulan etnik boleh dibahagikan kepada 6 bahasa utama berikut: 

Bahasa Cina-Tibet

·          Bahasa Taikadai

·          Bahasa Miao-Mian

·          Bahasa Austroasiatik

·          Bahasa Austronesia

·          Bahasa Indo-Eropah

Jabatan Arkeologi dan Muzium Nasional Myanmar mempunyai satu bangunan arkib tetapi sangat sukar untuk diakses. Arkib tersebut menyimpan banyak bahan kesusteraan agama bukan Buddha. Sesetengah peninggalan kebudayaan yang sepatutnya dipamerkan di muzium sama ada hilang atau dimusnahkan secara sengaja. Ada pula yang mengalir ke pasaran gelap antik tempatan.

4. Inskripsi di batu nisan orang Armenia pada tahun 1740. Ditulis dalam Bahasa Armenia dan Bahasa Belanda.Didapati di pasaran gelap barangan antik. (Foto kredit: Thet Oo Maung)

4. Inskripsi di batu nisan orang Armenia pada tahun 1740. Ditulis dalam Bahasa Armenia dan Bahasa Belanda.Didapati di pasaran gelap barangan antik. (Foto kredit: Thet Oo Maung)

Cerita dongeng yang paling terkenal di Myanmar ialah cerita mengenai Shan Arahat berkhutbah kepada raja pengasas Dinasti Bagan, Raja Anuradha. Raja Anuradha bertaubat dan menukar agamanya, dan mengisytiharkan agama Buddha sebagai agama negara. Ini merupakan permulaan penubuhan Myanmar(Dinasti Bagan), dan ia     merupakan asas untuk memupuk Budaya Kaum Burma. Menurut cerita dogeng ini, orang beragama Buddha adalah orang asal di Myanmar. Wacana ini mendiskriminasi golongan minoriti yang beragama Kristian dan   Islam. Sebenarnya, agama Buddha telah diperkenalkan di Myanmar sebelum kelahiran Raja Anuradha. Sebagai   bukti, kita dapat melihat peninggalan kebudayaan agama Buddha dan agama Hindu pada masa Dinasti Pyu di  bawah pemerintahan Sri Ksetra dalam abad ke-6 atau ke-7.

Pemimpin tentera dan pemimpin politik Burma mempunyai keazaman yang sangat kuat untuk menyatukan  negara. Ramai pemimpin mempercayai secara mendalam cerita dongeng yang menyatakan bahawa Myanmar adalah sebuah negara yang dimiliki oleh Kaum Burma dan kaum yang beragama Buddha. Pada masa yang sama, kerajaan Myanmar menyifatkan kepercayaan mereka ini sebagai semangat untuk menentang terhadap penjajahan. Mereka menciptakan cerita dongeng sebagai fakta sejarah untuk menindas kaum dan agama minoriti yang tidak diakui di Myanmar. Kadang-kala mereka juga membuat tuduhan bahawa kaum dan agama minoriti ini adalah parasit yang dibawa oleh orang British. Ideologi ini mengakibatkan diskriminasi agama dan kaum yang berlainan di Myanmar. Pembunuhan beramai-ramai, rusuhan, penghapusan dan pembunuhan kaum lain adalah kesan-kesan sampingan membina negara. Muzium yang dikawal oleh kerajaan bersama-sama menyokong ideologi ini. Muzium-muzium ini yang mempromosikan satu kaum tunggal(Kaum Burma) dan ekstremis agama (Buddha) menburukkan lagi diskriminasi di negara ini.

5.Inskripsi pada batu nisan Orang Armenia (1749) dibiarkan di Pagu.                                             Tulisan ditulis dalam Bahasa Armenia, Belanda dan Burma(Foto kredit: Thet Oo Maung)

5.Inskripsi pada batu nisan Orang Armenia (1749) dibiarkan di Pagu. Tulisan ditulis dalam Bahasa Armenia, Belanda dan Burma(Foto kredit: Thet Oo Maung)

Rujukan

1. (Muzium di Myanmar: Sejarah Ringkas dan Perspektif Sebenar) Pengarang: Zan NuMra

2. Entri Wikipedia: Muzium Negara Myanmar

3. Entri Wikipedia: Senarai kaum di Myanmar

4. Tanah Perkuburan Lin Zin Gone dan Masjid Islam yang Bersejarah telah dirobohkan oleh Jentolak            (Dilapor oleh Thuta Maung, M-Media)