:::

Penyatuan dan Muzium Myanmar(Bahagian I)

Thet Oo Maung(pembuat filem, jurugambar)

Thet Oo Maung(juga dikenali sebagai Stephen Minus) merupakan seorang kemanusiaan yang bersemangat, pelukis yang belajar sendiri, jurugambar dan juga seorang juruvideo. Beliau menggunakan kemahiran fotografinya untuk meninggikan suara mereka yang telah difitnah, dilupakan atau didiamkan. Kebanyakan kerja beliau adalah berkaitan dengan topik seperti perang saudara, periuk api, orang kurang upaya, pendidikan kanak-kanak, penjagaan kesihatan kanak-kanak, pemerkasaan wanita, kesaksamaan digital, pembalakan haram,  kandang dan pencemaran alam sekitar. Beliau sedang merancangkan satu festival filem mengenai hak asasi manusia bawah tanah yang pertama di Myanmar, yang dipanggil "Forum Filem Selangkah".

"Forum Filem Selangkah"

Tujuan utama Forum Filem Selangkah adalah untuk memperjuangkan penjagaan kemanusiaan melalui filem di Myanmar. Bagi mereka yang perlu bersuara untuk memperjuangkan keadilan, Forum Filem Selangkah merupakan medan bagipenyaluran maklumat. Melalui tayangan filem, kami mempromosikan pengetahuan mengenai kebebasan menyatakan pendapat, kebebasan bersuara, keamanan dan keharmonian, berkongsi hak asasi manusia, keadilan dan gerakan sosial. Pada hari pertamaFebruari 2021, junta tentera telah menyalahgunakan kuasa dan mengambil alih kuasa daripada kerajaan Liga Demokrasi Kebangsaan(National League for Democracy) yang baru dipilih. Ramai rakyat Myanmar turun ke jalanan membantah tindakan tentera merampas kuasa. Dalam proses menyekat demonstrasi aman di seluruh negara, tentera telah membunuh ramai orang muda, termasuk wanita dan kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, Forum Filem Selangkah akan terus memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan dan keadilan, dan kami akan terus berjuang dengan menggunakan kuasa filem.


Pada tahun 1961, setelah Myanmar(Nama Inggeris lama ialah Burma, kemudian ditukar menjadi Myanmar) mencapai kemerdekaan daripada British, perdana menteri pertama Myanmar, iaitu Perdana Menteri U Nu mengistiharkan Myanmar sebagai negara yang beragama Buddha. Pada 29 Ogos 1961, Kongres meluluskan Akta Penggalakan Agama Negara yang dicadangkan oleh Perdana Menteri U Nu. Tindakan tersebut menetapkan agama Buddha sebagai agama negara Myanmar. Ini merupakan salah satu janji kempen pilihanraya U Nu. Selepas Myanmar mencapai kemerdekaan, beberapa kumpulan etnik memberontak terhadap negera yang baru ditubuhkan tersebut. Salah satu kumpulan pemberontak yang terkenal ialah kumpulan etnik Karen, yang kebanyakannya beragama Kristian. Satu lagi kumpulan etnik yang menentang kerajaan adalah Parti Komunis Burma. Kerajaan menganggap mereka sebagai orang barbar yang tidak mempercayai agama Buddha atau kumpulan yang anti- Buddha. Setelah kerajaan Myanmar mengistiharkan agama negara pada tahun 1961, kaum Kachin yang kebanyakannya beragama Kristian telah menubuhkan Tentera Kemerdekaan Kachin(pendek kata K.I.A) untuk memberontak kerajaan Myanmar. Sejak itu, salah satu daripada dasar utama kerajaan Myanmar ialah menghormati agama Buddha sahaja, dan kerajaan ingin menyatukan rakyatnya dibawah satu kepercayaan tunggal. Kerajaan Myanmar sambil menjunjung tinggi panji-panji menghormati agama negara, sambil menindas kumpulan minoriti lain seperti mereka yang beragama Kristian, Hindu dan Islam.

Sebagai contoh, terdapat agama lain yang wujud bersama di Myanmar selama beribu-ribu tahun, dan kerajaan telah mengabaikan pemeliharaan dan penyelenggaraan peninggalan agama ini. kadang-kala kerajaan malah memusnahkan peninggalan agama-agama ini secara sengaja. Ramai sarjana memanggil tindakan ini sebagai "Burmanisasi". Muzium Myanmar berada di kalawan kerajaan sepenuhnya. Pihak muzium masing-masing menyokong dasar agama negara dengan cara mereka sendiri, dan tidak menpedulikan tinggalan agama lain yang juga perlu dipelihara atau dipamerkan. 

Kepelbagaian etnik di Myanmar

Myanmar merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Sebanyak 135 kumpulan etnik diakui secara rasmi oleh kerajaan Myanmar. Kumpulan etnik ini dibahagikan kepada 8 “Kaum Etnik Nasional Utama”, iaitu Barma, Chin, Kachin, Kayin, Kayah, Mon,  Rakhine  dan Shan. “Kaum Etnik Nasional Utama ” dibahagikan mengikut wilayah, dan bukan mengikut bahasa atau kaum.

Selain daripada itu, terdapat banyak lagi kumpulan etnik lain yang masih belum diakui. Dalam kalangan tersebut, kumpulan etnik terbesar adalah Kaum China Burma dan Kaum Panthay(3% daripada jumlah penduduk), Kaum India Burma (2% daripada jumlah penduduk), Kaum Inggeris Burma dan Kaum Gurkha. Walaupun tidak ada pengiraan rasmi mengenai 2 kaum terakhir yang disebutkan tadi. Mengikut pengiraan tidak rasmi, Kaum Inggeris Burma dijangka ada kira-kira 52,000 orang di dalam kawasan Myanmar dan kira-kira 1,600,000 orang di luar kawasan Myanmar. Kumpulan etnik yang tidak termasuk dalam senarai 135 kumpulan etnik yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Myanmar termasuk: 

·          Kaum Inggeris Burma

·          Kaum China Burma

·          Kaum Panthay

·          Kaum India Burma

·          Kaum Taungtha

·          Kaum Rohingya

·          Kaum Gurka Burma / Kaum Nepal Burma

    Myanmar mempunyai pelbagai kumpulan etnik, dan banyak warisan budaya dan agama yang berbeza. Namun kebanyakan peninggalan bersejarah, warisan budaya dan tradisional tidak dapat dipamerkan di muzium-muzium utama, tidak kira peninggalan itu dipunyai oleh kumpulan etnik yang diakui ataupun tidak. Beberapa bukti kukuh tentang kewujudan bersama agama dan peninggalan budaya lain malah sengaja dimusnahkan atau disembunyikan. Beberapa peninggalan budaya agama lain dipaparkan sebagai peninggalan budaya Buddha. Sebagai contoh, Nan Phayar yang terletak di Bagan merupakan satu tapak bersejarah yang disukai ramai. Pagoda batu pasir ini dibina sebagai kuil Hindu yang menyembah Dewa Brahma dalam abad ke-11. Walaupun patung berkepala tiga yang diukir di atas dinding dapat dilihat dengan jelas, pemimpin kerajaan dan pemimpin agama masih memanggilnya kuil Buddha, dan sengaja merosakkan beberapa peninggalan bersejarah untuk menyembunyikan sejarah sebenarnya mengenai sejarah kepercayaan di Myanmar. 

 

1. Dewa Brahma di Nan Phayar Pagoda, Bagan(Foto kredit: Thet Oo Maung)

1. Dewa Brahma di Nan Phayar Pagoda, Bagan(Foto kredit: Thet Oo Maung)

Perobohan Tanah Perkuburan Lin Zin Gone di Mandalay merupai satu insiden terkenal yang berlaku baru-baru ini antara tahun 2012 dan 2013. Jabatan Bandaraya Mandalay mengambil tindakan untuk merobohkan sebuah masjid dan kubur di dalam Lin Zin Gone di Amarapura, Wilayah Mandalay. Selepas Berita Harian Mandalay mengumumkan perobohan Tanah Perkuburan Lin Zin Gone pada 31 Mei 2012, menteri dan pihak berkuasa yang berkenaan di setiap peringkat telah menerima surat aduan rasmi. Selain itu, pihak berkuasa yanag berkaitan di setiap peringkat juga menerima petisyen yang ditandatangani oleh lebih daripada 3,000 orang, menentang tindakan yang diambil oleh Jabatan Bandaraya Mandalay. Tanah perkuburan tersebut memelihara peninggalan sejarah yang kaya. Mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut adalah tokoh terkenal yang bukan beragama Buddha tetapi pernah berkhidmat kepada Raja Burma sebelum masa penjajahan British. Jentolak merosakkan batu nisan tokoh-tokoh bersejarah yang beragama Islam, berketurunan orang Armenia dan orang Eropah. Tokoh-tokoh sejarah seperti Saint Aabis Sha Husain Ni, Gabenor Rammaawati Nu Gong(Gelaran Kehormat) (Nota:Orang Myanmar tidak mempunyai nama keluarga. Sebagai contoh, bagi U Nu,   U ialah gelaran kehormatan. Beliau dipanggil sebagai Nu Gong untuk dibezakan dengan bekas Perdana Menteri U Nu), penulis dan penyair terkenal dalam sejarah yang pernah menerangkan agama Islam kepada Raja Boethaw Phayar, dan ramai lagi orang kenamaan Islam Burma dikebumikan di sini. Perobohan ini bertujuan untuk menghapuskan kewujudan orang bukan beragama Buddha dan sejarah tentang mereka yang pernah berkhidmat kepada Raja Burma sebelum masa penjajahan British.  Apabila kejadian itu berlaku, hanya beberapa batu nisan yang dapat diselamatkan oleh sami dari kuil berdekatan dan batu nisan yang diselamatkan itu disimpan di dalam kuil.

2. Batu nisan yang bersepihan kepunyaan orang Armenia yang pernah tinggal di Mandalay pada zaman dinasti. Diselamatkan dari Tanah Perkuburan Lin Zin Gone. (Foto kredit: Tayza Hlaig)

2. Batu nisan yang bersepihan kepunyaan orang Armenia yang pernah tinggal di Mandalay pada zaman dinasti. Diselamatkan dari Tanah Perkuburan Lin Zin Gone. (Foto kredit: Tayza Hlaig)

3. Batu nisan orang Armenia yang pernah tinggal di Mandalay pada zaman Raja Min Doneera dibiarkan. Inskripsi ditulis dalam Bahasa Burma dan Bahasa Armenia. Diselamatkan dari Tanah Perkuburan Lin Zin Gone. (Foto kredit: Tayza Hlaig)

3. Batu nisan orang Armenia yang pernah tinggal di Mandalay pada zaman Raja Min Doneera dibiarkan. Inskripsi ditulis dalam Bahasa Burma dan Bahasa Armenia. Diselamatkan dari Tanah Perkuburan Lin Zin Gone. (Foto kredit: Tayza Hlaig)