:::

Masih ada cahaya di celah 1.5 meter

Pengenalan mengenai Zhu Gangyong:

Seorang pekerja yang mengusahakan isu Kemiskinan (ayat mana pun benar). Bersama-sama dengan orang lain mengasaskan pertubuhan Do You A Flavor, dan Learning From The Poor.  Beliau menganjurkan pameran “Taipei untuk Golongan Miskin”, dan mengarang serta menerbitkan buku“Panduan Hidup Jalanan” dan “Kebangkitan: Urban Symbiosis”.

Pengenalan mengenai Do You A Flavor:

Do You A Flavor ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan(Non Governmental Organization, NGO) yang berusaha untuk menangani gelandangan dan kemiskinan di bandar. Bermula pada tahun 2014, Do You A Flavor terus melancarkan inisiatif awam, projek perkhidmatan secara langsung, dan berusaha untuk menjadi "panduan" di antara orang ramai dan isu dengan membina pakatan dengan kumpulan komuniti, penyakit mental, perumahan, buruh, jantina dan sebagainya.


Menganjur pameran untuk orang miskin di kota yang makmur

“Mengimbas kembali sejarah lalu, kita akan cepat mendapati bahawa kecemerlangan Taipei Raya hari ini sebenarnya adalah hasil kerja keras dan dedikasi para pengejar impian dari selatan ke utara, buruh peringkat rendah, imigran, orang asli dan orang miskin yang datang selama lebih daripada satu abad yang lalu. Mereka datang ke Taipei dari pergunungan tinggi, dari tempat lain di pulau ini, dan dari negara-negara Asia Tenggara. Merekalah yang bersama-sama membentuk wajah baru sebuah kota besar dengan tangan mereka sendiri.

Dari sudut pandangan tertentu, boleh dikatakan bahawa kemakmuran Taipei hari ini bukanlah hanya untuk orang yang berjaya dan kaya sahaja, tetapi juga untuk orang yang kecewa dan miskin. -“Sun Dachuan, PetikanTaipei untuk Orang Miskin.

Pada abad ini, dunia telah mengenal pasti kemiskinan sebagai isu penting yang harus ditangani*, tetapi apabila isu kemiskinan dibincangkan, suara dari golongan miskin selalunya tidak kedengaran. Hanya mereka yang mengalami dan menangani kemiskinan secara langsung mempunyai pemahaman yang mendalam. Dalam persekitaran di mana masyarakat masih penuh dengan stereotaip negatif tentang kemiskinan, kebanyakan golongan miskin memilih untuk  menyembunyikan atau menafikan pengalaman mereka dan menjadi golongan yang tidak bersuara.

Bermula pada tahun 2017, terdapat pelbagai pertubuhan yang mengusahakan kumpulan terpinggir dalam masyarakat di Taipei, seperti pertubuhan yang menemani golongan gelandangan, orang asli bandar, keluarga yang terdedah, remaja yang prihatin tinggi, dan yang berpenyakit mental. Mereka bersama-sama melancarkan Siri Inisiatif “Taipei Untuk Golongan Miskin” (dirujuk dibawah sebagai“Kemiskinan Utara”) . Melalui beberapa siri inisiatif tahunan, orang ramai dijemput untuk melibatkan diri dengan golongan miskin dan mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang isu kemiskinan di bandar.

Semakin makmur sesebuah bandar, masalah kemiskinan yang wujud semakin tidak boleh diabaikan.(Sumber foto / Do You A Favor, New Giant Wheel)

Semakin makmur sesebuah bandar, masalah kemiskinan yang wujud semakin tidak boleh diabaikan.(Sumber foto / Do You A Favor, New Giant Wheel)

Pameran Khas NGO: Pergi jauh lebih penting daripada pergi pantas

Setiap tahun, Pameran Kemiskinan Taipei menjemput orang yang berpengalaman, pekerja sosial dan artis untuk membincangkan kemiskinan dan bersama-sama mencipta karya baharu melalui topik yang berbeza seperti“jam empat pagi” dan “pilihan yang tidak difahami”. Dalam suasana di mana orang ramai boleh berasa selamat dan dihormati, mereka mula berkongsi pengalaman dan perasaan mereka, dan bersama-sama mengubah cerita mereka menjadi lagu, lukisan, drama, permainan dan sebagainya. Semua ini menghasilkan naratif yang lembut lagi berkuasa dalam pameran.

Dalam proses ini, adalah sangat penting untuk ditemani oleh orang yang dipercayai. Di samping mengesahkan status dan keinginan golongan miskin, pekerja sosial juga membawa penemuan baharu dalam proses komunikasi kreatif kembali kepada perkhidmatan biasa mereka,, dan membina hubungan yang lebih mendalam dan berjangka panjang dengan golongan miskin. Walaupun proses ini mengambil masa yang panjang untuk membuat pengesahan dan penuh dengan ketidakpastian (pada 2018, pernah ada seorang yang telah bersetuju untuk bergambar dari sisi tetapi enggan datang kemudiannya), tetapi bagi kumpulan eksekutif Kemiskinan Taipei, bersuara bukanlah semata-mata untuk bersuara sahaja, ia juga penting untuk pengemasan dalam sesebuah pertubuhan. Oleh itu, penggantungan dan pelepasan adalah semula jadi dan diizinkan, dan tiada sesiapa yang akan ditinggalkan kerana ini. Pengumpulan pemahaman tersirat selama ini juga  telah menjadikan pelbagai pertubuhan mempercayai Kemiskinan Taipei sebagai satu tempat untuk membuat rakaman dan berkomunikasi. Setiap tahun cerita dan idea baharu diciptakan di sini.

2020 Taipei untuk Golongan Miskin “Latihan untuk Bersuara”: Kawasan Pameran Penciptaan Lagu dan Puisi untuk Gelandangan, https://doyouaflavor.wixsite.com/mysite-3

2020 Taipei untuk Golongan Miskin “Latihan untuk Bersuara”: Kawasan Pameran Penciptaan Lagu dan Puisi untuk Gelandangan, https://doyouaflavor.wixsite.com/mysite-3

2020 Taipei untuk Golongan Miskin “Latihan untuk Bersuara”: Kawasan Pameran Penciptaan Lagu dan Puisi untuk Gelandangan, https://doyouaflavor.wixsite.com/mysite-3

2020 Taipei untuk Golongan Miskin “Latihan untuk Bersuara”: Kawasan Pameran Penciptaan Lagu dan Puisi untuk Gelandangan, https://doyouaflavor.wixsite.com/mysite-3

Pameran khas dalam talian: Cara menarik orang pada jarak 1.5 meter

Pada tahun 2021, oleh sebab wabak amaran peringkat tiga dilaksanakan, pelbagai NGO memberikan bantuan segera dan mengumpul bekalan kepada mereka yang memerlukannya. Lokasi pertubuhan Kemiskinan Taipei, iaitu di Wanhua, telah distigma menjadi “Kebocoran pencegahan wabak” dalam berita dan pendapat orang ramai. Demi mengurangkan risiko, pameran Kemiskinan Taipei perlu diadakan dalam talian. Kerja memikirkan tema dan mengumpulkan hasil pameran dengan pekerja yang terhad menjadi satu cabaran yang paling tidak dapat dilupakan pada tahun lepas.

Apabila orang ramai berada di rumah semasa tempoh pencegahan wabak, pekerja telah turun padang untuk menemani golongan miskin. Mereka bergerak dari jalan ke kawasan komuniti, dan memasuki tempat yang jarang dilihat oleh orang ramai. Oleh itu, kumpulan eksekutif pameran bekerjasama dengan pekerja sosial untuk mencipta galeri "Temu bual Cahaya", dengan menemu bual mereka dan mengemas kini apa yang mereka lihat dan alami di lapangan. Selain itu, memandangkan tidak perlu membayar bagi ruang fizikal dan peralatan perkakasan, kumpulan eksekutif pameran menggunakan bajet tersebut untuk menjemput golongan miskin merakam kehidupan mereka semasa tempoh amaran tiga peringkat dengan cara seperti membuat video, rakaman, menulis artikel dan sebagainya.

Demi membolehkan orang ramai dapat berkongsi dan mempromosikan pameran dan ciptaan dengan serta merta, kami telah menyediakan bilik pameran di Instagram. Ini juga disebabkan platform itu tidak mempunyai sekatan untuk memuat naik dan menyemak imbas. Seramai 89 orang berpengalaman miskin dan pekerja sosial telah mengongsikan pengalaman mereka dan sebanyak 196 karya telah dikumpulkan.

Masih ada cahaya di celah 1.5 meter

Masih ada cahaya di celah 1.5 meter

Selain itu, usaha bersama komuniti Wanhua dan rangkaian NGO untuk memerangi wabak pada tahun lalu juga merupakan satu acara yang paling menarik. Kumpulan eksekutif pameran menggunakan peta sumber terbuka untuk menandakan kedai dan kawasan kejiranan yang menyediakan bekalan dan sokongan pada masa pencegahan wabak. Selain merakamkan kisah kerjasama mereka ketika itu, mereka juga menyeru orang ramai untuk membeli-belah di kedai tersebut untuk menunjukkan sokongan mereka selepas penurunan tingkat pencegahan wabak.

Do You A Flavor

Do You A Flavor

1.5 meter adalah jarak sosial untuk pencegahan wabak, muafakat di kalangan orang ramai. Masyarakat manusia ber-pecah pada Mei tahun lalu, dan sejak itu, kehidupan ramai orang telah banyak berubah.Tetapi kami percaya bahawa cahaya masih berada di celah 1.5 meter ini.

Orang ramai boleh menerangi satu sama lain melalui cahaya, dan apabila cahaya telus kemudiannya dibiaskan, maka muncullah pelangi.