:::

Bagaimana Muzium Respons apabila Menghadapi Isu Hak Asasi Manusia Kontemporari? Daripada Pembelajaran Bersama kepada Advokasi “Pameran Khas Hak Asasi Imigrasi Transnational-Ayo-Ayo! Esok Akan Lebih Baik”

Gambar Ahli Kelas Pembelajaran dan Pengembangan Kemahiran Bersama Hak Asasi Imigrasi Internasional 2020(Foto kredit: Muzium Nasional Hak Asasi Manusia)

Gambar Ahli Kelas Pembelajaran dan Pengembangan Kemahiran Bersama Hak Asasi Imigrasi Internasional 2020(Foto kredit: Muzium Nasional Hak Asasi Manusia)

Mengenai Pengarang:Zhang Wen-Xin

Cik Zhang Wen-Xin, berkhimat di Muzium Nasional Hak Asasi Manusia dan Sekretariat FIHRM-AP. Beliau bertanggungjawab ke atas penyelarasan dan perancangan Kelas Pembelajaran dan Pengembangan Kemahiran Bersama di FIHRM-AP. Dari 2020 hingga 2021, beliau merancangkan Kelas Hak Asasi Migrasi Internasional Pembelajaran dan Pengembangan Kemahiran Bersama, Forum Dalam Talian, dan Forum serta Bengkel Hak Asasi Migrasi Internasional.

Mengenai Muzium Nasional Hak Asasi Manusia

Muzium Nasional Hak Asasi Manusia ialah muzium pertama di Asia yang menggabungkan peninggalan sejarah untuk menggambarkan bagaimana pemerintahan autoritarian memudaratkan  hak asasi manusia. Muzium Nasional Hak Asasi Manusia mempunyai dua tapak parut bersejarah, iaitu Taman Memorial Jingmei Keganasan Putih (nama Inggeris:White Terror Jingmei Memorial Park dan Taman Memorial Pulau Hijau Keganasan Putih(nama Inggeris: White Terror Green Island Memorial Park). Kedua-dua tapak bersejarah ini mengandungi kisah hidup dan kenangan sejarah ramai mangsa politik era Keganasan Putih, yang kini telah berubah menjadi tapak peringatan yang menyaksikan perkembangan hak asasi manusia di Taiwan.


Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sarjana dan pengamal muzium telah membahaskan nilai teras dan etika muzium dan memikir semula tanggungjawab sosial dan peranan muzium dalam proses tersebut. Mereka mencadangkan aktivisme muzium, hak asasi manusia dan isu sosial tidak lagi menjadi tumpuan eksklusif muzium mengenai isu-isu tertentu. Mereka juga mencadangkan bahawa muzium tidak seharusnya bersikap neutral, malah harus mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti sosial dan menggunakan pengaruh politik dan awam mereka.

Pada tahun 2019, di Persidangan Majlis Muzium Antarabangsa (nama Inggeris: International Council of Museums)ke-25 yang diadakan di Kyoto, presiden pengasas Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional, Encik David Fleming mengumumkan penubuhan Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional-Cawangan Asia Pasifik (nama ringkas:FIHRM-AP) secara rasmi di Muzium Nasional Hak Asasi Manusia di Taiwan. FIHRM-AP mencadangkan supaya muzium jangan kekal keseorangan apabila berhadapan dengan isu yang sukar dan berkontroversi seperti seperti hak asasi manusia kontemporari, masalah alam sekitar dan perubahan iklim, dan isu mendesak lain yang berkaitan dengan keadilan sosial, kesejahteraan manusia dan pembangunan berlanjutan. Muzium digalakkan untuk memanfaatkan impak sosial muzium melalui pemerkasaan, kerjasama, penglibatan dan perkongsian untuk menerobos sempadan elit dan pihak berkuasa tradisional, serta melibatkan diri secara aktif dalam dialog dan kerjasama dengan masyarakat sivil, dan menggunakan pengaruh sosial muzium dengan baik..

Membina Komuniti Pembelajaran Bersama Hak Asasi Migrasi transnasional, Merancang Strategi Tindakan Pakatan

Untuk menyambut Hari Muzium 518 pada tahun 2020 yang bertema “Muzium untuk Kesaksamaan: Kepelbagaian dan Inklusi”, FIHRM-AP menjemput 14 muzium awam dan swasta dan 15 kumpulan NGO (Organisasi Bukan Kerajaan, nama Ingggeris:Non Govermental Organization) dari Taiwan yang sudah lama menyuarakan hak asasi migrasi transnasional untuk bersama-sama mengasaskan Kumpulan Pembelajaran Bersama untuk mencari kemungkinan tindakan kerjasama demi hak asasi pekerja asing.

Masalah mengenai tenaga buruh dan hak asasi migrasi transnasional bukanlah fenomena di sesuatu negara tertentu. Ia adalah hasil daripada pengembangan perniagaan antarabangsa dan pengumpulan kapital dalam konteks kapitalisme dunia. Sejak 1980-an, Taiwan telah bersaing untuk meningkatkan kedudukannya dalam pasaran modal dunia dengan menyertai “OEM (Pengilang Peralatan Asli, nama Inggeris: Original Equipment Manufacturer) dunia”. Sejak 1990-an, Taiwan menghadapi kenaikan gaji minimum dan kekurangan tenaga kerja akibat populasi yang semakin tua. Dengan itu, kerajaan Taiwan telah menghalalkan pengenalan pekerja asing dari negara seperti Thailand, Filipina, Vietnam dan Indonesia. Sudah lama masyarakat Taiwan mendapat manfaat daripada tenaga kerja murah yang ditawarkan oleh pekerja asing, tetapi tidak memberikan mereka layanan dan perlindungan hak asasi manusia yang adil seperti pekerjaan, masyarakat, politik dan budaya. Langkah kawalan terhadap pasaran buruh seperti Program Pekerja Jemputan (nama inggeris:Guestworker Program) telah memastikan bahawa pemodal dan broker boleh mendapat faedah ekonomi maksimum daripada pekerja asing. Undang-undang menyekat pekerja asing daripada menukar majikan secara bebas dan ketidakseimbangan kuasa antara pekerja dan majikan memburukkan lagi pelbagai penindasan terhadap kaum, kelas dan jantina. Isu struktur dan dasar masih sukar difahami walaupun kumpulan NGO telah lama berusaha untuk menukarkannya.

Mengenai isu hak asasi dan dilema politik migrasi transnasional, FIHRM-AP menganjurkan Kelas Pembelajaran dan Pengembangan Kemahiran Bersama, memudahkan dialog dan hubungan antara muzium dan kumpulan NGO melalui perhimpunan bulanan dan pembentukan Komuniti Pembelajaran Bersama. Juga mengaturkan lawatan ke muzium, tempat perlindungan dan tapak tragis di mana Jambatan Nanfang'ao runtuh mengorbankan pekerja asing, saling mempelajari pengalaman amalan dan tindakan organisasi berlainan berkaitan isu hak asasi migrasi transnasional. Dari situ, muzium dan kumpulan NGO membina asas saling mempercayai dan memperkukuhkan kerjasama awam-swasta. Melalui proses pembangunan yang organik dan dinamik, Komuniti Pembelajaran Bersama menggunakan komunikasi bolak-balik dan pembetulan kesefahaman untuk mencapai matlamat bersama. Daripada strategi tindakan yang berbeza seperti pendekatan budaya(pameran, program pendidikan dan tayangan filem), sehingga gerakan sosial(perarakan , protes, dan sebagainya), ahli-ahli dalam komuniti mencari pelan yang boleh diambil untuk mewujudkan ruang dialog awam dengan "muzium" sebagai komunikasi sosial dan inisiatif dasar.

Keputusan bersama untuk menunjukkan tindakan kolektif dan komunikasi sosial bersama

Untuk meneruskan kesefahaman dan objektif pembelajaran bersama, NHRM dan15 kumpulan NGO pada tahun 2021 telah bekerjasama untuk menganjurkan pameran. Kumpulan NGO adalah peneraju utama dalam penganjuran pameran dan mengawal kuasa tafsiran dan wacana dalam proses pameran. Ini menukar model kuratorial tradisional muzium di mana kurator memimpin dan penyelidikan lapangan mendahului proses. Kakitangan muzium mengambil alih peranan pengurus dan penyelaras projek manakala pasukan kuratorial dibawa masuk untuk membantu mereka bentuk dan menghasilkan pameran. Kakitangan muzium dan pasukan kuratorial berfungsi sebagai fasilitator kuratorial. Mereka membantu kumpulan NGO untuk mengenal pasti visi pameran dan objektif tindakan dengan menyusun senarai lebih daripada 100 kata kunci yang berkaitan dengan hak asasi migrasi transnasional. Senarai itu digunakan untuk perbincangan di mesyuarat kuratorial dan sesi bengkel dan membolehkan kesefahaman berkembang menjadi struktur dan kandungan pameran. Mereka juga bertanggungjawab untuk menyokong tugas seperti menambah penyelidikan dan menulis label objek. Barang paparan dipinjam daripada kumpulan NGO, termasuk alat protes dan hasil usaha hak asasi manusia, seperti patung besar yang digunakan untuk perarakan pekerja asing, barang peninggalan pekerja nelayan asing yang terbunuh, karya sastera pekerja asing yang dianugerahkan, dan cetakan kayu yang dibuat oleh pekerja asing.

Akhir sekali, kumpulan NGO yang terlibat membuat keputusan untuk membahagikan pameran itu kepada empat bahagian, iaitu “Merenung—Menemui Semula Ruang Hidup”, “Tempat Kejadian—Risiko Penyumberan Luar yang Tidak Dapat Dilihat”, “Latihan—Kesaksamaan dan Kewujudan Bersama untuk Besok” dan “Bilik Bacaan”. Bahagian ini membimbing para pelawat untuk merenung semula perbezaan situasi mereka dengan pekerja asing. Para pelawat dibimbing ke "tapak kerja" pekerja asing dengan melihat barangan kehidupan harian dan katalog barangan pekerja asing, dan mengalami ruang sempit, bunyi bising dan ketidakselesaan dibawah pengawasan sejak sekian lama. Dengan demikian, pelawat dapat mendengar suara sebenar pekerja asing melalui kesaksian dan bukti. Ini diikuti dengan pengenalan tindakan yang diambil oleh kumpulan NGO untuk melindungi hak asai imigrasi tansnasional, mengarang bersama "Kenangan Hak Asasi Imigrasi Transnasional". Semua ini menulis semula sejarah pergerakan hak asasi imigrasi transnasional, dan para pelawat dapat mengimbas kembali keseluruhan sejarah 30 tahun pergerakan hak asasi migrasi transnasional di Taiwan. Pameran-pameran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang hak asasi manusia di kalangan masyarakat umum, menghapuskan diskriminasi dan berat sebelah dan mewujudkan peluang untuk tindakan yang mendorong perubahan sosial.

Sebagai lanjutan kepada komunikasi sosial dan advokasi kumpulan NGO, pameran itu menubuhkan bahagian referendum olok-olok, menyatakan tuntutan kumpulan NGO dan memberi peluang kepada para pelawat untuk mengundi atau menentang pindaan peraturan berkaitan pekerja asing. Satu permainan juga telah direka untuk menggalakkan para pelawat menyertai usaha kumpulan NGO mengikut isu sosial yang paling mereka ambil berat. Muzium bukan sahaja boleh berfungsi sebagai platform untuk dialog awam berkaitan isu awam, tetapi juga boleh berfungsi sebagai hab yang menghubungkan pelawat muzium dengan adegan hak asasi manusia.

Mempamerkan barangan kehidupan dan keperluan harian yang membimbing pelawat menyedari “ bayangan pekerja asing”(Foto kredit: Muzium Nasional Hak Asasi Manusia)

Mempamerkan barangan kehidupan dan keperluan harian yang membimbing pelawat menyedari “ bayangan pekerja asing”(Foto kredit: Muzium Nasional Hak Asasi Manusia)

Pameran mendedahkan pembantu wanita asing kehilangan privasi dalam persekitaran kerja mereka sentiasa di bawah pengawasan.(Foto kredit: Muzium Nasional Hak Asasi Manusia)

Pameran mendedahkan pembantu wanita asing kehilangan privasi dalam persekitaran kerja mereka sentiasa di bawah pengawasan.(Foto kredit: Muzium Nasional Hak Asasi Manusia)

Pameran mempamerkan bagaimana NGO menemani dan melatih pekerja asing dengan mengadakan kursus bahasa Cina, undang-undang, solekan dan bengkel(Foto kredit: Muzium Nasional Hak Asasi Manusia)

Pameran mempamerkan bagaimana NGO menemani dan melatih pekerja asing dengan mengadakan kursus bahasa Cina, undang-undang, solekan dan bengkel(Foto kredit: Muzium Nasional Hak Asasi Manusia)

Kesimpulan

Bagaimanakah muzium boleh mempengaruhi dasar dan pembaharuan sosial apabila menghadapi isu kontroversi yang sukar dan kontemporari? Sekiranya muzium bekerja bersendirian, muzium bergelut dengan batasan dan cabaran. Dengan membina perkongsian kolaboratif dengan kumpulan NGO, melepaskan kuasa, berkongsi sumber, muzium boleh menurunkan ambang untuk muzium campur tangan dalam isu sosial dan bekerjasama dengan komuniti (daerah). Sinergi itu lebih berkesan dalam menyalurkan tenaga yang lebih positif untuk tindakan sosial. Dengan campur tangan dalam pameran sebagai satu cara untuk penglibatan sosial, muzium boleh memperkasakan komuniti yang diam, kurang bernasib baik, terstigma dan terpinggir untuk didengar dan dilihat. Dengan membuka ruang kepada orang ramai dan kumpulan NGO dan mewujudkan ruang dialog untuk isu awam, muzium bukan sahaja menunjukkan nilai teras mereka dalam ruang awam masyarakat demokratik tetapi juga mencari sinergi untuk pengaruh sosial yang lebih besar.