:::

【PERSIDANGAN ONLINE UNTUK AHLI FIHRM-AP】 TOPIK PERBINCANGAN: DARI PANDEMIK KE PASCA-PANDEMIK: CABARAN BARU BAGI MUSEUM DAN ACTIVITI HAK ASASI MANUSIA TARIKH: 26 JULAI 2023

Persidangan online untuk ahli Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Antarabangsa-Cawangan Asia Pasifik

Persidangan online untuk ahli Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Antarabangsa-Cawangan Asia Pasifik

❉Kandungan:

Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Antarabangsa-Cawangan Asia Pasifik (FIHRM-AP) ditubuhkan di Persidangan ICOM di Kyoto pada September 2019. Selaras dengan matlamat Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional (FIHRM), FIHRM-AP berperanan sebagai platform komunikasi bagi muzium dan pertubuhan di rantau Asia-Pasifik, menjemput negara-negara untuk bersama-sama memberi perhatian kepada situasi hak asasi manusia di rantau Asia-Pasifik, membina nilai muzium yang berpusatkan hak asasi manusia, dan menggalakkan pelaksanaan idea hak asasi manusia kontemporari.

Pada bulan November tahun ini, FIHRM-AP akan mengadakan persidangan tahunan pertamanya di Taiwan sebagai acara pemanasan untuk persidangan tersebut. Persidangan kali ini menjemput ahli-ahli antarabangsa FIHRM-AP untuk berkongsi tentang “Dari pandemik ke pasca pandemik: cabaran baru bagi muzium dan aktiviti hak asasi manusia” dalam organisasi mereka. Sesiapa yang berminat dengan FIHRM-AP dijemput untuk menyertai perbincangan ini, yang dijalankan dalam bahasa Cina dan diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris. Sila membuat pendaftaran terlebih dahulu.

📍 Pautan pendaftaran: Pautan pendaftaran untuk ahli FIHRM-AP

Pautan persidangan akan dihantar jika pendaftaran berjaya

❉Aliran persidangan

📍14:00 - 14:10 Ucapan

Hong Shifang, Pengarah Muzium Hak Asasi Manusia Nasional dan Pengerusi Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Antarabangsa-Cawangan Asia Pasifik (FIHRM-AP)

📍14:10 — 14:20 Laporan FIHRM-AP
Sekretariat Persidangan Tahunan FIHRM-AP

📍14:20 — 15:00 Perkongsian Ahli AP (Pertama)

Penceramah | Andi Achdian, Penolong Profesor Jabatan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Indonesia dan Pengarah Muzium Hak Asasi Manusia Munir, Indonesia 

Tajuk | Peringatan dan Keganasan Politik Masa Lalu

📍15:00 — 15:40 Perkongsian Ahli AP (Kedua)

Penceramah | Patporn (Aor) Phoothong, Penyelidik Bebas 

Tajuk | Pendidikan Keamanan dalam Konflik Kekerasan: Meneroka Kemungkinan Mendirikan Muzium Keamanan di Wilayah Sempadan Selatan Thailand

📍15:40 — 16:00 Perbincangan Komprehensif
Hos | Lin Wen-ling, Penolong Profesor Institut Pengajian Muzium, Universiti Katolik Fu Jen
Komentator | Chen Chia-li, Profesor Institut Pengajian Muzium, Universiti Seni Taipei

Andi Achdian

Andi Achdian

Pengenalan Penceramah:

Andi Achdian adalah Penolong Profesor di Departemen Sosiologi, Fakulti Sosial dan Politik Sains, Universiti Nasional Indonesia. Beliau juga berkhimat sebagai Pengarah Yayasan Omah Munir. Muzium Hak Asasi Manusia Munir pada mulanya ditubuh oleh Yayasan Hak Asasi Manusia Omah Munir di Batu, Jawa Timur pada tahun 2013. Tempat ini merupakan tempat lahir Peguam Munir, dan nama asal muzuim ini adalah Muzuim Hak Asasi Manusia Omah Munir. Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk menggalakkan pendidikan hak asasi manusia dikalangan masyarakat Indonesia khususnya golongan orang muda agar menjadi rakyat yang cintakan keamanan, menghormati hak asasi manusia, serta menjunjung prinsip toleransi dan persamaan.

Artikel berkaitan: Melawan Pelupaan: Muzium dan Gerakan Politik Indonesia

Patporn (Aor) Phoothong

Patporn (Aor) Phoothong

Pengenalan Penceramah:

Patporn (Aor) Phoothong bekerja di Muzium dan Arkib Keamanan dan menumpukan kepada pendidikan keamanan. Beliau baru-baru ini menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai penubuhan muzium keamanan dengan tema hujung selatan Thailand. Beliau juga merupakan pengasas bersama Projek Muzium Holocaust pada 6 Oktober 1976 dan Projek Muzium dan Arkib Selatan, serta komited untuk menggunakan muzium dan arkib sebagai alat untuk menggalakkan transformasi konflik dan pembinaan keamanan. Aor telah bekerja di muzium dan arkib mempromosikan keamanan dan keadilan sejak tahun 2011, melalui Program Intelektual Awam Geran-in-Asia Yayasan Nippon, "Ke Arah Keamanan dan Rekonsiliasi: Kajian Kes Muzium Keamanan di Jepun dan Filipina."

Artikel berkaitan: Biarkan Objek Bercerita: Pemerhatian Projek Muzium Oktober 6