:::
Berjuang demi melaporkan, melaporkan demi berjuang: Kewartawanan sebagai cara menentang wacana

 Mengenai Pengarang : Fadhilah Fitri Primandari

Fadhilah Fitri Primandari ialah seorang pengkaji demokrasi di New Naratif. Sekarang beliau dan kumpulan kajian beliau di New Naratif sedang membuat kajian mengenai kebebasan media di Asia Tenggara. Artikel beliau tentang analisis politik Indonesia boleh didapati di beberapa platform ter-kenal, termasuk Australian Journal of Human Rights, East Asia Forum dan New Mandala. Kebanyakan kajian beliau tertumpu pada aspek jantina pendemokrasian dan integrasi demokratik, institusi wacana, dan metodologi feminis

Mengenai (New Naratif)

New Naratif adalah sebuah organisasi yang berjuang untuk mempromosikan demokrasi, kebebasan maklumat dan kebebasan bersuara di Asia Tenggara. Misi kami adalah untuk menjadikan penduduk Asia Tenggara berbangga dengan rantau mereka , dan juga dengan budaya dan sejarah yang mereka berkongsi. Untuk memperjuangkan maruah dan kebebasan rakyat Asia Tenggara, kami telah menghimpunkan sekumpulan orang dari seluruh pelusuk Asia Tenggara untuk bersama-sama  menggariskan serta mempromosikan visi untuk Asia Tenggara.

Sekarang Jabatan Inisiatif Kajian New Naratif sedang menjalankan satu projek tentang kajian kebebasan media di Asia Tenggara. Pada bulan Disember tahun 2021, kami telah menerbitkan satu laporan kajian pertama yang bertajuk "ProspekKebebasan dan Kemerdekaan Media: Naratif dari Asia Tenggara". Laporan tersebut boleh didapati di https://newnaratif.com/mediafreedom/.


Wartawan bebas di Asia Tenggara menghadapi pelbagai cabaran daripada keselamatan peribadi kepada penapisan pertuturan, dandaripada kesulitan kewangan kepada sekatan yang dikenakan oleh bilik editor penerbit mereka sendiri.1Kumpulan pengkaji kami telah menemu bual 37 wartawan bebas dan wakil organisasi media dari 8 negara Asia Tenggara (Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam) pada bulan Jun sehingga Oktober tahun 2021. Keputusan menunjukkan ramai wartawan berpendapat bahawa cabaran-cabaran yang mereka hadapi dari persekitaran menjadikan pelaporan lebih bermakna. Dalam artikel ini, pengarang berpendapat bahawa wartawan bebas di Asia Tenggara menentang wacana agar dapat melaporkan kisah mereka, pada masa yang sama menggunakan kewartawanan mereka untuk memperjuangkan ruang media yang lebih bebas dan inklusif.

Pertama, adalah lebih baik untuk melihat individu wartawan sebagai berasingan dengan institusi penerbitan yang dikhidmat oleh wartawan tersebut kerana kedua-dua pihak ini tidak semestinya mempunyai pendapat yang sama tentang berita yang mahu dilaporkan. Interaksi kuasa di dalam bilik editor berita juga sangat penting. Biasanya Lembaga editorial memegang kuasa untuk menentukan laporan mana yang boleh diterbitkan. Seorang wartawan dari Malaysia yang khusus membuat liputan mengenai isu alam  sekitar di Malaysia dan Indonesia memberitahu saya bahawa tidak ramai editor di Malaysia yang berminat dengan laporan alam sekitar, dan apabila cerita sebegitu disiarkan, ia jarang muncul di muka hadapan surat khabar. 2Seorang wartawan Indonesia juga menyatakan bahawa kerana hubungan antara pelaburan dan pemilikan, ada beberapa media berita Indonesia yang “berasas kukuh” terlibat dengan tokoh politik penting dan enggan mendedahkan kelemahan mereka.3

Organisasi media antarabangsa juga mempunyai cara tersendiri untuk menentukan kandungan yang mahu  diterbitkan. Penyediaan liputan berita Asia Tenggara oleh media antarabangsa biasanya bermakna penilaian dan pemilihan berita dilakukan dengan pemahaman yang cetek tentang rantau ini.Seorang wartawan bebas yang berpengalaman dalam membuat laporan Asia menyenaraikan  kesulitan untuk menjadikan berita alam sekitar tempatan muncul di antarabangsa:

「⋯memang sukar untuk membuktikan kepada para penonton seluruh dunia bahawa masalah alam sekitar di Asia Tenggara adalah penting. Saya pernah mencadangkan subjek yang berkaitan dengan Pulau Sulawesi dan Pulau Mindanao, tetapi kumpulan editor berpendapat berita sebegini tidak penting  kerana... ia terlalu serantau..., dan memang sukar untuk menbuktikan ia adalah berita global... kerana kumpulan editor mempunyai pengetahuan yang terhad mengenai Asia Tenggara, terutamanya kawasan terpencil di Asia Tenggara.」4

Di samping itu, masalah alam sekitar sering dilihat melalui kanta hitam atau putih. Ini mengakibatkan isu kompleks atau ringkas yang lain diabaikan, seperti yang berkaitan dengan mata pencarian penduduk tempatan. 5Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila beberapa penerbit antarabangsa menetapkan kuota penerbitan terhadap sesuatu negara tertentu. Ini berlaku terutamanya apabila kumpulan editor tidak menganggap mereka sebagai "terkemuka".6    Tindakan sedemikian bukan sahaja mengurangkan bilangan laporan(mungkin lebih kurang bagi komuniti terpinggir), tetapi juga menjadikan persembahan Asia Tenggara lebih cetek lagi. Perhatian selalu difokuskan pada politik yang berperingkat tinggi dan perkembangan ekonomi. Dengan itu, organisasi media turut mengambil bahagian dalam pencabulan kebebasan menulis pekerja media dan hak orang awam untuk mengetahui. 

Kedua, membuat laporan tentang hal ehwal semasa adalah memang sukar dan bahaya. Ramai responden dalam kajian ini berpendapat bahawa ini merupakan sebahagian daripada kerja mereka dalam media. Menurut seorang pengurus sebuah syarikat media bebas yang khusus dalam membuat pelaporan Asia Tenggara:

「⋯Apakah tinggalnya sesuatu media jika ia tidak berjuang untuk kebebasan bersuara, ⋯ ikan memerlukan air untuk bernafas, media memerlukan kebebasan bersuara untuk berfungsi.」7

Seorang wartawan bebas dari Indonesia memberitahu kami bahawa dia memilih untuk menulis tentang masalah yang berkaitan dengan hak asasi manusia, seperti kebebasan bersuara atau konsesi tanah untuk orang asli, walaupun bayaran laporan yang dibagi oleh organisasi media antarabangsa atau tempatan amat rendah.8Bagi dia, adalah penting bagi isu-isu sebegini agar dapat disebarkan di media supaya orang di suluruh negara dapat membacanya. Sebuah media berita bebas,《The online citizen》telah diharamkan oleh kerajaan Singapura pada September 2021. Menurut responden dari media bebas tersebut, membuat laporan tentang ketidakadilan dan penindasan adalah bermakna kerana ia mencabar kerajaan totalitarian untuk menyekat aliran maklumat dan percubaan untuk memesongkan pendapat umum untuk kepentingan peribadi.9

Ketiga, siapa yang boleh membuat laporan adalah perkara yang penting. Seorang wartawan bebas dari Indonesia merungut bahawa sesetengah editor antarabangsa lebih suka memilih berita Asia Tenggara yang dilaporkan oleh wartawan asing berbanding dengan wartawan tempatan.10Bukan sahaja kandungan berita yang dilaporkan itu penting, tetapi juga siapa yang melaporkannya. Responden dalam kajian kami berpendapat bahawa yang penting sekali adalah supaya wartawan tempatan dapat menulis berita dan membuat laporan tentang masalah tempatan, negara dan isu yang berkaitan dengan mereka sendiri.11

Bagi kebanyakan wartawan bebas di Asia Tenggara, membuat laporan juga merupakan sesuatu tindakan politik. Laporan yang dibuat oleh mereka merupakan perspektif pinggiran, tidak pernah didengar dan mencabar naratif kerajaan totalitarian, dan meluaskan ruangan wacana di dalam dan di sekitar Asia Tenggara. Apabila mereka mengatasi kesukaran untuk menjadi seorang wartawan bebas, mereka juga menunjukkan keupayaan mereka untuk campur tangan dalam isu dan masalah di tempat mereka sendiri. 

Persoalan yang muncul daripada cabaran-cabaran di atas adalah bagaimana menggalakkan ekologi media untuk menyebar lebih banyak berita penting dari Asia Tenggara. Prasyarat untuk memperjuangkan isu-isu yang penting adalah untuk mempunyai keupayaan dan peluang untuk membincangkannya. Kita perlu meluaskan pandangan kita untuk mempunyai keupayaan dan mendapatkan peluang tersebut. Selain daripada menolak re-formasi politik yang merangkumi kebebasan media sebagai norma, kita juga perlu mengenali bahawa ruang berita yang menghargai cerita dari Asia Tenggara adalah penting. Oleh itu, mereka yang berada di bilik editor dan para pelabur tempatan ataupun antarabangsa mestilah menghargai nilai laporan berita lebih daripada keuntungan dan kadar klik, dan penting untuk mereka menyedari peranan media dalam menghasut dan membentuk wacana awam. Seorang responden dari Malaysia ingat kembali perkembangan media Malaysia baru-baru ini, laporan mengenai penyiasatan rasuah menjadi semakin banyak, dan jenis penyiasatan serta pelaporan berasaskan data juga telah menarik lebih banyak perhatian daripada pembaca.12

Walau bagaimanapun, janganlah menunggu organisasi media menyesuaikan cara mereka mengurusi laporan atau berita. Kita mesti sedar bahawa secara realitinya, banyak media bergantung kepada keuntungan untuk berfungsi, dan sukar bagi kita untuk mengharapkan mereka menukarkan model bisnes mereka. Memandangkan organisasi berita atau para pelabur lebih cenderung membalas kepada keperluan pembaca, apabila orang ramai menyedari keperluan(dan menuntut) laporan yang tertentu, ia juga menggalakkan lebih banyak media dan para pelabur untuk menerima dan membuat laporan yang penting tentang Asia Tenggara. Pertarungan Wacana untuk ruang berita sebegini tidak seharusnya diperjuangkan oleh wartawan sahaja, tetapi oleh semua orang.


[1] Burrett and Kingston, Press Freedom in Contemporary Asia; Reporters Without Borders, ‘2021 World Press Freedom Index’; Primandari, Hassan, and Melasandy, Envisioning Media Freedom and Independence: Narratives from Southeast Asia.

[2]27/7/2021 Wacana Fokus Kumpulan

[3]13/7/2021 Wacana Fokus Kumpulan

[4]28/7/2021 Wawancara peribadi

[5]7/7/2021 Wacana Fokus Kumpulan

[6]27/7/2021 Wacana Fokus Kumpulan 9/9/2021 Wawancara peribadi

[7]28/9/2021 Wawancara peribadi

[8]6/7/2021 Wacana Fokus Kumpulan

[9]3/8/2021 Wawancara peribadi

[10]13/7/2021 Wacana Fokus Kumpulan

[11]Sama dengan atas

[12]27/7/2021 Wacana Fokus Kumpulan

Bahan Rujukan

Burrett, Tina, and Jeff Kingston, eds. Press Freedom in Contemporary Asia. London New York, NY: Routledge, an imprint of the Taylor & Francis Group, 2020.

Primandari, Fadhilah F., Samira Hassan, and Sahnaz Melasandy. Envisioning Media Freedom and Independence: Narratives from Southeast Asia. Media Freedom in Southeast Asia Series. New Naratif, forthcoming.

Reporters Without Borders. ‘2021 World Press Freedom Index’, 2021. https://rsf.org/en/ranking.

Gambar 1 Pelukis: Amita Sevellaraja

Gambar 1 Pelukis: Amita Sevellaraja

Gambar 2 Pelukis: Marvinne de Guzman

Gambar 2 Pelukis: Marvinne de Guzman