:::

Federasi Muzuim Hak Asashi Manusia Internasional(FIHRM) Oslo 2022 - Maklumat Asas

Persidangan FIHRM akan diadakan di tiga lokasi di Oslo selama tiga hari. Program persidangan penuh akan dikeluarkan pada masa terdekat.

Cara Penyertaan

Pendaftaran dibuka mulai Julai 2022 dan borang pendaftaran digital boleh didapati di halaman web berikut: https://museum24.no/demokratinettverket/programme2022

Jika anda ingin membuat penyampaian kes di persidangan tahunan, panggilan penulisan artikel sedang dibuka sekarang dan akan dilanjut sehingga 1 Ogos. 

Matlumat mengenai panggilan penulisan artikel boleh di dapati di halaman web berikut:: https://museum24.no/demokratinettverket/call-for-papers

Tahun ini, sebahagian daripada persidangan utama akan dianjurkan dalam format gabungan dalam talian dan luar talian, untuk membolehkan orang ramai menyertai persidangan dari mana-mana sahaja. 

Butiran akan diumumkan di halaman web: www.fihrm2022.org

Perancangan Persidangan

Bermula pada tengah 19 September(Isnin), majlis perasmian akan menampilkan ucapan khas yang menarik dan perbincangan panel khas di Muzium Perlembagaan Eidsvoll 1814.

Pada 20 September, persidangan penuh hari pertama akan diadakan di Pusat Keamanan Nobel, yang terletak di tepi pantai di tengah Bandaraya Oslo. Program untuk hari ini termasuk sesi plenum, setiap sesi termasuk ucapan khas dan perbincangan, serta bengkel inspirasi. Program untuk malam merangkumi majlis sambutan di Dewan Bandaraya Oslo, tempat untuk majlis Anugrah Hadiah Keamanan Nobel tahunan, diikuti dengan makan malam sosial di sebuah restoran di pusat bandar. 

Pada 21 September, para peserta akan di jemput ke Semenanjung Bygdøy yang mempunyai pemandangan indah dengan banyak muzium, dengan menaiki bot singkat dari Dewan Bandaraya. Di semenanjung ini, persidangan hari kedua akan diadakan di Pusat Kajian Holocaust dan Agama Minoriti Norway (panggilan ringkasan Pusat HL), dimana paara perseta akan ada peluang untuk bertukar pandangan tentang status semasa muzium hak asasi manusia sedunia dan belajar tentang inisiatif muzuim masing-masing. Program penuh akan merangkumi sesi selari, ceramah pleno dan bengkel penutup.

Para peserta yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Oslo dan Norway boleh menyertai program selepas persidangan pada 22 September. Ini termasuk lawatan ke beberapa muzium utama di Oslo, seperti Muzium Munch yang baru dibuka dan Galeri Nasional Norway. Rancangan lain ialah melawat Utøya, pulau yang menjadi sasaran serangan pengganas Oslo 2011, di mana pusat pendidikan printis untuk belia telah ditubuhkan.

Sila pastikan jadual anda terbuka pada 19-22 September. Program persidangan penuh akan diumumkan dalam masa terdekat. 

Kemas kini program terkini FIHRM 2022 boleh didapati di halaman web berikut:.https://museum24.no/demokratinettverket/programme2022

pengumuman web asal: https://museum24.no/demokratinettverket/fihrm-oslo-2022

 

Museum di bawah tekanan: Kerajaan, Komuniti, Autonomi

Museum di bawah tekanan: Kerajaan, Komuniti, Autonomi