:::

Sidang Tahunan Federasi Muzuim Hak Asashi Manusia Internasional 2022

Rangkaian Muzium Demokrasi dan Hak Asasi Manusia Norway (Norwegian Network for Democracy and Human Rights Museums) dengan sukacitanya ingin menjemput semua ahli Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional dan rakan sekerja dari muzium di seluruh dunia untuk menghadiri sidang tahunan di Norway pada September 2022. 

Sidang tahunan akan diadakan di tempat berikut di Oslo: Pusat keamanan Nobel(The Nobel Peace Center), sebuah muzium khusus untuk Hadiah Keamanan Nobel dan Pusat Kajian Holocaust dan Minoriti Norway (The Norwegian Center for Holocaust and Minority Studies) yang terletak di semenanjung Bygdøy yang penuhi dengan muzuim. Upacara pembukaan akan berlangsung di bangunan bersejarah yang di panggil“Muzium Perlembagaan Eidsvoll 1814”(Eidsvoll 1814), dimana Dewan Perlembagaan Norway merangka perlembagaan lebih 200 tahun yang lalu.

Kita akan berbincang bersama-sama bagaimana muzium melibatkan diri dalam eksklusi dan inklusi demokrasi, dan bagaimana muzium berusaha untuk mengekalkan autonomi mereka apabila hak asasi manusia dan cita-cita demokrasi ditindas.

Para peserta akan mempunyai peluang untuk menerokai pelbagai muzium dan persekitaaran budaya yang meriah di ibu negara Norway, Oslo.

Agenda Persidangan akan diumumkan pada musim bunga 2022. Maklumat berkaitan dengan pendaftaran akan diberitahu pada masa terdekat. Sila pastikan jadual anda terbuka dari 19 hingga 21 September 2022 terlebih dahulu.

Sampai jumpa lagi di Norway.


Videos
FIHRM 2022

FIHRM 2022

FIHRM 2022

FIHRM 2022