:::

Sidang Tahunan Federasi Muzuim Hak Asashi Manusia Internasional 2022 Panggilan Penulisan Artikel Tarikh penyerahan artikel telah dilanjutkan kepada 1 Ogos.

Museum di bawah tekanan: Kerajaan, Komuniti, Autonomi

Sidang Tahunan Federasi Museum Hak Asasi Manusia Internasional (FIHRM) akan diadakan di Oslo, Norway dari 19 hingga 21 September.

Panggilan untuk penulisan artikel antarabangsa telah bermula. FIHRM mengalu-alukan penulisan artikel. dan ingin menjemput secara meluas cadangan daripada muzium yang terlibat dalam isu hak asasi manusia dan yang cuba mencabar pemikiran dan etika tradisional muzium apabila berhadapan dengan tema sensitif atau kontroversi. Penulisan artikel terbuka kepada kakitangan muzium dan institusi yang lain, termasuk institusi yang berkaitan dengan bidang pekerjaan ini, tidak terhad kepada saiz, sumber atau lokasi institusi tersebut.

Sidang Tahunan Federasi Muzuim Hak Asashi Manusia Internasional 2022 ditaja oleh Rangkaian Muzium Demokrasi dan Hak Asasi Manusia Norway (Demokratinettverket).

Tarikh akhir penyerahan artikel ialah 1 Jun 2022. Jika anda ingin menghantar artikel dan menghadiri persidangan, sila mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

Tujuan utama persidangan adalah untuk meneroka secara kritis autonomi dan ruang untuk tindakan muzium hak asasi manusia dan organisasi berkaitan. Ini adalah isu-isu terdesak yang banyak muzium menghadapi di banyak negara pada masa sekarang. Apakah perhubungan yang wujud di antara muzium, kerajaan dan pemegang kuasa lain? Bagaimanakah perhubungan ini membawa kepada peranan muzium dan apakah pendekatan mereka terhadap isu yang dianggap sensitif atau kontroversi? 

Matlamat persidangan selanjutnya adalah untuk menyenaraikan keadaan semasa muzium di seluruh dunia yang mengendalikan isu hak asasi manusia yang meneroka isu inklusi dan esklusi sosial, budaya dan politik dari perspektif yang berbeza. Untuk topik inklusif dalam muzium dan/atau komuniti secara amnya, sebaiknya menyediakan contoh praktikel dalam pengurusan atau perundingan. Untuk Muzium Hak Asasi Manusia, apakah cara atau strategi inklusif yang telah terbukti penting?

Matlamat Sidang Tahunan FIRHM adalah untuk berkongsi amalan penyertaan, pembangunan kebolehan dan kaedah, dan terutamanya pengalaman dalam menguruskan perhubungan dengan komuniti. Sekiranya anda sekarang mempunyai projek berkaitan dengan subjek yang boleh memberi inspirasi dan mencipta dimensi baharu, FIRHM ingin meminta anda menyumbangkan artikel anda.

Sidang Tahunan FIHRM 2022 mempunyai pandangan global dan ingin meminta penulisan artikel dari seluruh dunia. Di antara pelbagai jenis kes dan amalan antarabangsa, persidangan akan memberi perhatian khusus kepada muzium di Eropah Timur dan usaha mereka untuk menegaskan autonomi. Persidangan ini juga akan membincangkan situasi suram yang dihadapi oleh muzium Ukraine akibat pencerobohan penguasaan dan peperangan. Di samping itu, perhatian khusus akan diberikan juga kepada muzium dan kerja pratikal muzium di negara-negara Nordic dan Scandinavia. Walaupun penceramah dalam talian juga dipertimbangkan untuk persidangan, sumbangan artikel daripada mereka yang boleh menghadiri persidangan akan diberi keutamaan.

Sila sediakan 20 minit penerangan, dan hantarkan 300 perkataan ringkasan dalam Bahasa Inggeris dan resume peribadi sebelum 1 Jun 2022 kepada: post@demokratinettverket.no

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Jawatankuasa Penganjur:Torleif.Hamre@eidsvoll1814.no

Program terperinci untuk persidangan itu akan diumum dan dikemas kini secara berterusan di laman web persidangan FIHRM dan di Rangkaian Muzium Norway: https://museum24.no/demokratinettverket.

Tarikh penyerahan artikel telah dilanjutkan kepada 1 Ogos.  Kami mengalu-alukan anda untuk menyerahkan artikel anda.

FIHRM 2022

FIHRM 2022