:::

Keberkesanan Tingkah Laku Muzium dalam Menghadapi Masalah Sukar: Pandangan dari Tapak Persidangan ICOM Praha

ICOM PRAGUE

ICOM PRAGUE

Persidangan ICOM(Majlis Muzium Antarabangsa) untuk tahun ini telah berjaya diadakan pada 28 Ogos di Praha, Republik Ceko. Selepas hampir 3 tahun menunggu akibat wabak COVID-19, persidangan ke-28 dengan tema“Ke- kuatan Muzium”adalah topik yang baru muncul untuk institusi muzium dan masyarakat secara umum. Di pentas utama terdapat 4 tema yang saling berkait rapat, iaitu:“Tujuan: Muzium dan Masyarakat Sivil”, “Kelestarian:  Muzium dan Ketahanan”,“Visi: Muzium dan Kepimpinan”,“Pencapaian: Muzium dan Teknologi Baru”. Tujuannya adalah untuk mengadakan perbincangan menyeluruh tentang bagaimana muzium sebagai sebuah komuniti boleh melibatkan diri secara mendalam selain dalam aktiviti kebudayaan. 

Sebagai sebahagian daripada komuniti muzium, Muzium Hak Asasi Manusia Taiwan juga mengambil bahagian dalam persidangan ini, serta memperkenalkan kaedah paparan pendidikan interaktif di muzium, memimpin dan menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam tentang keadilan transformasi, dan menghadapi perkembangan  transformasi keadilan. Jawatankuasa Antarabangsa Muzium Memorial Dalam Peringatan Mangsa Jenayah Awam(International Committee of Memorial Museums in Remembrance of the Victims of Public Crimes, atau ICMEMO)turut menyebutkan beberapa isu mendesak yang perlu diberi perhatian selepas berkongsi pandangan mereka pada persidangan selama tiga hari ini. 

Muzium dan Pemerkasaan Diri: Menyelamat Dalam Masa Perang

Beribu-ribu orang telah dibunuh ketika tentera Rusia menyerang timur Ukraine pada 24 Februari. Sejak itu, institusi budaya Ukraine juga telah diserang, mengakibatkan keadaan arkib yang sangat teruk dan pemeliharaan memori yang sangat sukar.Marta Havryschko, Pengarah Institut Kajian Interdisiplin Barby Yarn yang melarikan diri dari     Ukraine ke Swiss mencatatkan bilangan institusi kebudayaan yang musnah atau rosak akibat peperangan:36 muzium, 165 bangunan keagamaan dan 219 bangunan bersejarah, dan jumlahnya masih lagi meningkat. Peperangan telah mengubah kehidupan orang ramai, dan juga telah mengubah cara muzium menyokong komuniti. Muzium dan institusi Ukraine seperti Pusat Memorial Holokaus Barby Yarn mula menawarkan tempat tinggal dan makanan panas, melepaskan gaji untuk mempertahankan hak asasi manusia Ukraine. Selain daripada memberi sokongan kepada rakyat, Pusat Memorial juga mengumpulkan keterangan terhadap Rusia dan mendigitalkan arkib Ukraine melalui agensi penguatkuasaan  undang-undang yang berbeza, seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Hague. Pendigitalan arkib adalah salah satu tugas terpenting yang tidak dapat dielakkan oleh muzium pada abad ke-21, apatah lagi sekarang pada masa peperangan. Walaupun kehidupan di Ukraine tidak dapat dibayangkan, Havryshko telah membuktikan bahawa pada masa yang sukar, muzium dan institusi kebudayaan Ukraine menunjukkan muzium bukan tempat hanya untuk belajar.

Muzium dan Propaganda Politik: Indoktrinasi Kandungan Politik dalam Ruang yang Kelihatan Neutral

Sebagai medium budaya dan pengetahuan, muzium mempunyai kewajipan untuk menyampaikan peristiwa semasa  atau sejarah dan menyatakan fakta yang tidak berat sebelah. Dalam menghadapi fakta, sama ada barangan atau buku, pemikiran yang muncul adalah datang dari peristiwa dan pengalaman yang dihadapi oleh sesuatu individu. Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa memang sukar untuk bersikap neutral bagi pameran yang dicadang oleh muzium  atau muzium itu sendiri, dan cara serta susunan pameran mempunyai perspektif khusus untuk mengatakan sesuatu. Profesor Pawel Machcewicz memberikan contoh daripada pengalamannya semasa membina muzium Perang Dunia  II di Gdańsk, Poland untuk menunjukkan bagaimana sayap kanan telah mempengaruhi hala tuju muzium, dengan       menyatakan bahawa kegagalan menyampaikan mesej patriotisme adalah satu pengkhianatan terhadap negara.                 Akibatnya, pembinaan muzium terpaksa berhenti dan menghadapi halangan yang tidak pernah ada sebelum ini. Ins- titusi kebudayaan yang dibina dengan sumber negara menghadapi risiko naratif tunggal.Apatah lagi institusi kebu-  dayaan yang ditubuhkan di bawah rejim totalitarian. Begitu juga, Voytech Kynci dari Akademi Sains Republik Ceko mengingatkan agar tidak melupakan pengalaman Sovietisasi di Republik Ceko, yang harus dianggap  sebagai masa lalu yang sukar tetapi penting.

Dalam konteks yang sama, Babara Thimm dari S21 Kemboja berkongsi cara menangani mereka yang mempersoal-  kan kerja mereka adalah untuk memberikan maklumat dan panduan fakta, dan biarkan bukti bercakap untuk dirinya sendiri. S21 yang merupakan penjara pada era Khmer dulu, dan kini telah menjadi muzium yang mendokumentasi-kan kesakitan dan kemudaratan yang di sebabkan oleh penindas. Artis dari Cuba, Geandy Pavón, yang juga seorang                pelarian di Amerika, mengingatkan semua supaya tidak mempercayai semua yang dikatakan oleh institusi di bawah rejim autoritarian.

Muzium dan Dialog: Komunikasi Berterusan untuk Masa Depan yang Lebih Baik

Muzium pada abad ke-21 merupakan ruang awam untuk orang ramai. Walaupun muzium masih merupakan institusi elit padapandangan sesetengah orang, tetapi semakin ramai pendidik muzium menyerap suara luar dengan memperkenalkan pendekatan interaktif dari bawah ke atas. Muzium perlu berinteraksi dengan orang ramai, bukan sahaja untuk memperkenalkan lebih banyak naratif sivik, tetapi juga untuk memperkenalkan konteks era tertentu, peristiwa             sejarah dan kehidupan orang ramai.Aeda Rechna dan Almudena Cruz Yeba, pengamal muzium dari Portugal dan Sepanyol, membawa cerita yang berbeza daripada buku teks. Kedua-duanya menekankan kepentingan untuk gigih   menangani sejarah yang sukar, dan juga menjemput komuniti untuk bersama-sama mengingati, membina dan menemui semula warisan budaya mereka. Wacana dialog telah menjadi alat penting untuk menghubungkan yang tidak dike-tahui dengan yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Semasa ucaptamanya mengenai muzium dan masyarakat sivil, ahli antropologi dan ahli muzium Margarita Reyes Suárez seterusnya menekankan keperluan untuk memberi perhatian kepada permodalan dan Amerikanisasi muzium dalam industri pelancongan yang membangun.Warisan budaya perlu dilindungi dengan berbagai cara, dan bukan sahaja bergantung kepada kemasukan modal. Suarez mengatakan dengan penuh semangat tentang memulihkan tanggungjawab muzium terhadap komuniti. Beliau juga menekankan tafsiran melalui perspektif Barat dan memberi lebih banyak ruang kepada kepelbagaian budaya. Beliau membuat kesimpulan bahawa“Muzium harus menjadi tempat    untuk mendengar, dan tempat untuk didengari”.

Dalam semangat yang sama, Ladislav Jackson mendedahkan tentang kewujudan queer masa lalu di Republik Ceko. Beliau menyeru komuniti muzium mengetepikan pemikiran heteroseksual tentang jantina binari dan mengambil tindakan berhati-hati tetapi berperingkat-peringkat dalam menghadapi hak queer untuk hidup dan meninggalkan memori. Sama seperti sejarah lain, kehidupan dan artifak bukan heteroseksual perlu dibuat rekod dan diarkibkan.  Oleh itu, institusi muzium juga harus memberi lebih perhatian dan tumpuan kepada pengamal dan penyelidik queer. Hanya dengan membuka saluran komunikasi kepada orang biasa dan masyarakat di mana muzium itu terletak, hak yang sama dapat direalisasikan dan rekod yang lebih sahih secara beransur-ansur ditinggalkan.

Bermula dari Perpustakaan Alexander, mengumpul dan belajar sentiasa menjadi motif dan prinsip muzium, dan ini   telah dijalankan sepanjang pembangunannya. Dalam persidangan, kekuatan kolektif masyarakat melambangkan per-paduan. Adalah lebih penting sekarang berbanding sebelum ini bahawa muzium kontemporari harus disatukan sebagai komuniti untuk mengukuhkan hubungan antara anda, saya dengan semua orang.