:::

Berkongsi idea dan konsep Suiheisha, bersama-sama mencipta dunia yang mesra

Berkongsi idea dan konsep Suiheisha, bersama-sama mencipta dunia yang mesra

Berkongsi idea dan konsep Suiheisha, bersama-sama mencipta dunia yang mesra

Komai Tadayuki

Dilahirkan di Bandar Gose, Wilayah Nara, Jepun pada tahun 1972. Beliau berkhidmat sebagai Penyelidik sejak Muzium Suiheisha semasa ia dibuka pada tahun 1998, dan menjadi Pengarah Muzium pada tahun 2015. Menyampaikan kepada dunia idea untuk mengasas Suiheisha melalui mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional dan“Memori Dunia”. Berkhidmat sebagai pensyarah kursus hak asasi manusia di Universiti Gakuin Wanita Kobe. Pengarang bersama: “Asal Usul Suiheisha” edisi baharu (Penerbitan Jiefang, 2002), “ Kehangatan dan Cahaya dalam deklarasi Suiheisha”(Penerbitan Jiefang, 2012), “Masalah Semasa Buraku”(Ceramah Tentang Masalah Semasa Buraku 1, Penerbitan Jiefang, 2022)

Muzium Suiheisha

Muzium Suiheisha ditubuhkan pada Mei 1998 di Kashihara, Bandar Gose, Wilayah Nara, tempat permulaan Zenkoku Suiheisha. Pelbagai mesej mengenai diskriminasi dan hak asasi manusia telah disebarkan untuk menyumbang kepada pembangunan budaya hak asasi manusia dan menggalakkan pemikiran hak asasi manusia.

Pada September 2015, Suiheisha buat kali pertama mengambil bahagian dalam Persidangan FIHRM (Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional) di Wellington, New Zealand, dan   pada Disember tahun yang sama, Suiheisha menjadi pertubuhan Jepun pertama yang menyertai FIHRM. Selepas itu, Suiheisha berusaha untuk bekerjasama dengan semua orang dari seluruh dunia ke arah merealisasikan maruah manusia dan keamanan manusia.

 “Suiheisha dan Koheisha: Rekod Komprehensif Diskriminasi Rentas Sempadan” (5 bahan bersejarah yang dimiliki oleh Muzium Suiheisha) telah didaftarkan dalam “Memori Dunia” UNESCO Asia-Pasifik pada Mei 2016, dan perkara ini telah diperkenalkan dan dipromosikan di 2 persidangan besar, iaitu Persidangan ICOM (Persidangan Muzium Antarabangsa) dan Persidangan Rosario FIHRM (Argentina). Kini kami sedang berusaha ke arah matlamat pendaftaran antarabangsa.  Sempena ulang tahun ke-100 penubuhan Suiheisha, muzium akan dibuka semula pada 3 Mac 2022.


Pendahuluan

Suiheisha ditubuhkan pada 3 Mac 1922 di Dewan Bandaraya Kyoto dengan tujuan untuk merealisasikan maruah dan kesaksamaan manusia. Golongan muda yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan Kashihara, Bandar Gose, Wilayah Nara, memainkan peranan penting dalam penubuhannya sebagai ahli-ahli utama.

Idea dan konsep Zenkoku Suiheisha pada mulanya adalah gerakan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap Buraku, menggalakkan kebebasan dan kesaksamaan, menwujudkan hak asasi manusia, dan meneruskan gerakan pembebasan Buraku. Semangat ini telah diwarisi daripada golongan terdahulu yang menyertai gerakan Suiheisha hingga ke hari ini. Untuk memberitahu proses perjuangan awal kepada generasi muda, Muzium Sejarah Suihei-   sha(dikenali sebagai Muzium Suiheisha pada 1999) telah ditubuhan di tempat penubuhan Suiheisha pada Mei 1998 di Kashihara dengan tajaan daripada seluruh negara.

Idea dan konsep yang bergema

Deklarasi asas Zenkoku Suiheisha yang menuntut“menghormati manusia untuk membebaskan diri sendiri”dan  mengisytiharkan“masyarakat yang dipenuhi dengan kemesraan, kemanusiaan yang dipenuhi dengan cahaya”, merupakan deklarasi hak asasi manusia pertama yang dikeluarkan oleh parti yang didiskriminasi dalam sejarah Jepun dan juga dalam sejarah dunia. Idea dan konsep penubuhan Suiheisha adalah untuk bersama-sama mewujudkan satu masyarakat di mana semua orang diiktiraf tanpa mengira status, dan tanpa diskriminasi. Idea dan konsep ini bergema bukan sahaja kepada golongan Buraku, tetapi juga kepada masyarakat umum, memberikan rangsangan dan keberanian kepada gerakan pemulihan untuk hak asasi manusia orang Korea di Jepun,   “Ukinamjo” (orang Okinawa), ethnik Ainu, dan penyembuh penyakit kusta. Di samping itu, ia juga juga memberi inspirasi kepada orang Korea yang didiskriminasi yang dikenali sebagai “Pekuchon”yang mengasaskan Hyonpyonsa pada April 1923. Sejarah perikatan antara Suihei-   sha dan Koheisha adalah rekod berdasarkan hak asasi manusia, kebebasan, kesaksamaan, persaudaraan dan demokrasi, yang merupakan prinsip manusia sejagat. Rekod sejarah menunjukkan bahawa perikatan mereka direkod sebagai“Suiheisha dan Koheisha: Rekod Komprehensif Diskriminasi     Rentas Sempadan”, yang telah didaftarkan dalam “Memori Dunia”UNESCO Asia-Pasifik pada 2016. Di samping itu, penubuhan Suiheisha juga telah menarik perhatian Media luar negara.  Majalah Amerika“The Nation”juga menerbitkan satu artikel tentang deklarasi Suiheisha dalam Bahasa Inggeris pada 5 September 1923.

Keinginan Suiheisha untuk menghapuskan diskriminasi terhadap Buraku

Zenkoku Suheheisha adalah berdasarkan konsep deklarasi asas dan bertujuan untuk menghapuskan diskriminasi terhadap minoriti Burakumin yang didiskriminasi. Sistem identiti Jepun pra-moden  merupakan sumber diskriminasi terhadap Buraku. Masyarakat Jepun mendiskriminasi orang berstatus“Eta”. Sistem identiti tidak wujud secara sah di Jepun,. Walaupun status“Eta”telah  dihapuskan pada tahun 1871, diskriminasi terhadap burakumin selepas penyusunan semula sekali  lagi menjadi masalah sosial dalam masyarakat Jepun. Diskriminasi terhadap Buraku dikatakan serupa dengan diskriminasi dalam sistem kasta India terhadap mereka yang dikenali sebagai “tidak boleh disentuh”, “ orang buangan” atau “Dalit”.

Di samping itu, di dalam Perkara 14 Perlembagaan Jepun, yang diisytiharkan pada November 1946, diskriminasi Buraku ditakrifkan sebagai diskriminasi yang berkaitan dengan “status sosial  dan latar belakang keluarga”. Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-20 pada  Disember 1965 juga telah mengisytiharkan“Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskrimina-si Kaum”, mengkategorikan diskriminasi yang berkaitan dengan "keturunan". Sama ada domestik atau antarabangsa, menghapuskan diskriminasi merupakan isu yang amat penting dalam isu hak asasi manusia.

Pada tahun 1868, Jepun mengambil Pemulihan Meiji (Meiji-ishin) sebagai titik permulaan negara moden, Diskriminasi kelas dalam zaman pra-moden telah disusun semula menjadi susunan diskriminasi baru. Malah di dalam masyarakat moden, diskriminasi terhadap burakumin masih wujud dan menjadi lebih teruk terutamanya sekitar tahun 1900. Kerajaan mula berusaha dari atas  ke bawah untuk menambahbaikan Buraku dan mendamaikan Burakumin dengan bukan Burakumin.

Walau bagaimanapun, Burakumin yang tidak berpuas hati dengan perkara ini, memulakan gerakan pembebasan sukarela yang bertujuan untuk kebebasan, kesaksamaan, dan persaudaraan untuk mencapai pembebasan daripada diskriminasi Buraku selepas Perang Dunia Pertama. Di dalam gelombang gerakan pembebasan, Zenkoku Suiheisha secara beransur-ansur menjalankan gerakan pembebasan Buraku di pelbagai tempat.

Merealisasikan Maruah Manusia

Walaupun Zenkoku Suiheisha telah dibubarkan secara rasmi pada tahun 1942, idea dan konsep penubuhan Suiheisha untuk merealisasikan maruah manusia dan kesaksamaan terus diturunkan sehingga hari ini,  dan gerakan untuk membebaskan buraku juga masih dilaksanakan.

Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada 1948 memutuskan untuk mewujudkan prinsip peng-hormatan terhadap hak asasi manusia,“Dekad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pendidikan Hak Asasi Manusia”pada 1995 mewujudkan trend hak asasi manusia, dan advokasi “pengarusutamaan hak asasi manusia” oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2005, secara beransur-ansur menjadi pemahaman umum sedunia. Dan dalam Mesyuarat Pemimpin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2015, pleno mengundi sebulat suara untuk mewujudkan    dunia di mana tiada sesiapa yang akan ditinggalkan, dan manusia sedunia pada masa depan dapat  menjalani kehidupan yang melimpah, kebahagiaan dan kemakmuran dan SDGs (Matlamat Pem-bangunan Mampan). Bagi mewujudkan masyarakat yang mampan, SDGs telah menetapkan 17 matlamat dan 169 projek penanda aras dengan hak asasi manusia sebagai kata kunci, yang juga selaras dengan prinsip Suiheisah, iaitu “Menyedarkan prinsip kemanusiaan dan bergegas menuju kesempurnaan tertinggi umat manusia”. Muzium Suiheisha, sebagai muzuim Jepun pertama yang menyertai Federasi Muzuim Hak Asasi Manusia Internasional(FIHRM), menyebarkan idea dan konsep Suiheisha kepada dunia melalui “Memori Dunia” dan aktiviti FIHRM.

Aktiviti Muzium Suiheisha, yang bertujuan untuk merealisasikan maruah manusia melalui pameran dan penyebaran maklumat hak asasi manusia, disokong dan digalakkan melalui kerjasama dengan pelbagai pertubuhan dan kumpulan. Di Kashihara, di mana terletaknya muzium tersebut, Persatuan Kerjasama Tempatan Muzium Suiheisha yang terdiri daripada pelbagai pertubuhan tempatan telah ditubuhkan. Persatuan Kerjasama Tempatan mengubahsuai dan menanam pokok di sekitar taman berhampiran muzium untuk menyambut pelawat yang berkunjung ke muzium.

Di samping mempromosi dan menyokong aktiviti yang dijalankan oleh muzium, muzium juga ingin menyumbang kepada penyelenggaraan dan pembangunan muzium. Oleh yang demikian, Persatuan Penajaan Bersama Muzium Suiheisha, yang terdiri daripada pendidikan, sukan, agama, perdagangan, kesatuan buruh, dan lain-lain, telah ditubuhkan di Nara.“ Perikatan Pembebasan Buraku Persekutuan Nara”, salah satu kumpulan gabungan Persatuan Penajaan Bersama Muzium Suiheisha, yang berasaskan idea dan konsep Suiheisha dan mewarisi gerakan pembebasan Buraku, setiap tahun membeli sebilangan tiket Muzium Suiheisha untuk meningkatkan bilangan pelawat muzium. Bagi memperingati ulang tahun ke-100 penubuhan Suiheisha, Muzium Suiheisha bekerjasama dengan Persatuan Penajaan Bersama untuk pameran pengubahsuaian, mengkaji kandungan pameran, mendengar pendapat daripada pelbagai pihak dan sudut, dan memperkayakan kandungan pameran. Akibatnya, ramai pelawat meninggalkan kesan dan kesefahaman yang mendalam dan menarik.

Khususnya, dalam pameran terakhir setelah pengubahsuaian, petikan yang menarik daripada orang terkenal dan “Kata-kata yang bergema di hati” daripada orang biasa telah dikumpulkan dan dipamerkan. Di dinding ruang putih, terdapat petikan tetap seperti “Dunia yang lebih mesra” yang dianjurkan oleh Suiheisha. Di samping itu, pada lima skrin berskala besar yang dipasang di dinding, terus bertukar-tukar tayangan ayat-ayat daripada“satu ayat yang menyentuh hati pelawat”. Dalam pameran "Muzium Penulisan" yang dinamakan “Kata-kata yang bergema di hati”, pada masa hadapan akan terdapat pengambilan terbuka. Sesiapa sahaja dapat mengambil bahagian dalam ruang ini, dan kami ingin menjadikannya satu ruang di mana orang ramai boleh berkongsi fikiran mereka untuk merealisasikan maruah manusia.

Dunia yang lebih mesra

Sejak penubuhan Suiheisha pada tahun 1992, gerakan untuk menghapuskan diskriminasi Buraku bersama-sama dengan gerakan untuk merealisasikan hak asasi manusia di dalam dan di luar negara telah dilaksanakan selama 100 tahun. Tetapi melihat Jepun pada hari ini, diskriminasi terhadap minoriti oleh Zenkoku Suiheisha telah muncul di perkahwinan atau kontrak hartanah, dan masih wujud dalam keadaan“sukar  untuk mengatakan telah dihapuskan sepenuhnya”

Selain itu, kesedaran tentang orang ramai mengelakkan daripada terlibat dengan Buraku kerana salah faham telah disalahgunakan. Sebagai contoh, niat jahat untuk menjual buku mahal dengan alasan mereka kurang memahami isu Buraku, menggunakan isu Buraku sebagai alasan untuk mencari faedah yang tidak adil dan melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab. Tingkah laku ini memupuk prasangka dan kesedaran palsu. Di samping itu, di Internet, terdapat siaran berterusan kandungan yang memfitnah Buraku, dan ini adalah punca diskriminasi selanjutnya.

Berdasarkan situasi ini, Jepun telah menggubal“Tiga Undang-undang Hak Asasi Manusia pada 2016”, iaitu “Akta Promosi Penghapusan Diskriminasi Buraku”, “Akta Penghapusan Diskriminasi Ketidakupayaan”, dan “Akta Penghapusan Pertuturan Kebencian”. Pada 2019, Akta Penggalakan Dasar Ainu juga telah dilaksanakan.

Semasa melihat keadaan diskriminasi Buraku kini dan fenomena hak asasi manusia, hubungan bersama antara gerakan hak asasi manusia, hubungan manusia melalui pembangunan komuniti, dan gerakan pembebasan Buraku untuk mengatasi diskriminasi sebagai paksi utamanya    sedang disebarkan dari Nara dan sedang berkembang. Sebagai asas untuk menyebarkan maklumat hak asasi manusia, Muzium Suiheisha mewarisi idea dan konsep mengejar maruah dan  kesaksamaan manusia dan semangat Suiheisha untuk tidak tunduk kepada diskriminasi, dan akan meneruskan ideologi ini pada masa hadapan.

Kami ingin menciptakan “dunia yang lebih mesra untuk semua”. Marilah kita berkongsi idea dan konsep Suiheisha, yang bertujuan untuk mencapai matlamat ini, dan bekerjasama untuk mewujudkan masyarakat yang bertolak ansur dan inklusif di mana semua orang boleh menjadi diri mereka  sendiri dan hidup dalam keadaan yang santai.

Kami yakin setiap pelawat yang mengunjungi Muzium Suiheisha akan bersimpati dan bersetuju dengan sentimen ini.

“Masyarakat yang dipenuhi dengan kemesraan, kemanusiaan yang dipenuhi dengan cahaya”

Berkongsi idea dan konsep Suiheisha, bersama-sama mencipta dunia yang mesra

Berkongsi idea dan konsep Suiheisha, bersama-sama mencipta dunia yang mesra

【Rujukan】

Pada 3 Mac 1922, “Prinsip Umum”dan “Deklarasi” telah diluluskan pada mesyuarat sulung Suiheisha

Prinsip Umum

1. Tokushu Burakumin berharap untuk mencapai pembebasan mutlak melalui tindakan mereka sendiri!

2.Kami, Tokushu Burakumin, berharap untuk menuntut dan memperoleh kebebasan ekonomi dan kebebasan pekerjaan secara mutlak daripada masyarakat!

3.Kami akan membangkitkan prinsip kemanusian dan bergerak ke arah kesempurnaan manusia yang tertinggi

Deklarasi

Tokushu Burakumin yang tersebar di seluruh negara, bersatu!

Kepada saudara-saudari kita yang telah lama didera,sepanjang setengah abad yang lalu, gerakan bagi pihak kita oleh begitu ramai orang dan dalam pel-  bagai cara tidak membawa apa-apa hasil yang berharga kepada kita. Kegagalan ini adalah hukuman yang harus kita tanggung kerana kita membiarkan diri kita dan orang lain merendahkan maruah manusia kita sendiri.Apabila kita berfikir bahawa gerakan seperti pemusnahan manusia ini sebaliknya merendahkan sauda- ra kita, kita mesti menganjurkan gerakan kolektif untuk membebaskan diri  kita dengan menggalakkan penghormatan terhadap maruah manusia.

Saudara-saudari! Nenek moyang kita mengejar dan mengamalkan kebebasan dan kesaksamaan.Mereka adalah mangsa dasar kelas yang hina dan mereka adalah syahid perindustrian seperti lelaki. Sebagai imbuhan untuk menguliti  haiwan, mereka dilucutkan daripada daging hidup sendiri, sebagai balasan untuk merobek hati haiwan, hati manusia mereka sendiri yang hangat telah dirobek.Kebanggaan manusia mereka meresap jauh ke dalam darah mereka, di bawah ejekan bodoh, dalam mimpi buruk malam terkutuk.Kini, masanya telah tiba untuk kita manusia berdenyut dalam urat ini, dan tidak lama lagi maruah ketuhanan kita akan dipulihkan.Sekarang adalah masa untuk mangsa  membuang stigma. Mahkota duri yang dipakai oleh para syahid pada saat ini  akan diberkati.Sekarang adalah masa untuk berkat mahkota duri para syahid.

Tiba masanya kita boleh berbangga menjadi “Eta”.

Kita tidak boleh lagi menghina nenek moyang kita dan mencemarkan kemanusiaan melalui kata-kata hamba dan perbuatan pengecut. Kita sudah tahu betapa dinginnya masyarakat manusia, tahu apa yang membuat manusia dekaden dan bejat. Dengan tulus dan bersungguh-sungguh berdoa, mencari dan menyembah kehangatan dan cahaya kehidupan manusia dari lubuk hati.

Demikianlah Lahirnya Suiheisha.

Masyarakat yang dipenuhi dengan kemesraan, kemanusiaan yang dipenuhi dengan cahaya.

3 Mac 1922

Suiheisha