:::

“Feiyouji”(yang bermaksud Bukan Travelog) menggabungkan kisah hidup pekerja dengan lagu dan seni kontemporari

Pengenalan Unit: Muzium Seni Kontemporari Taipei(MoCA Taipei)

Muzium Seni Kontemporari Taipei ditubuhkan pada tahun 2001, merupakan muzium seni pertama di Taiwan yang menggalakkan seni kontemporari, meneroka budaya visual dan masyarakat dengan lebih mendalam melalui pelbagai pameran dan acara.

Pengenalan Pengarang

Zhan Huazi: Ph.D., Institut Pengurusan Seni dan Dasar Kebudayaan, Universiti Seni Taiwan Kebangsaan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Persatuan Seni Visual Taiwan, Pengarah Pentadbiran Pusat Seni Digital Taipei, dan kini merupakan Timbalan Ketua Kumpulan Penyelidikan Muzium Seni Kontemporari Taipei.

Luo Lijhen: Pakar dalam seni kontemporari, penyelidikan dan penciptaan seni media baru, penciptaan dan kritikan seni, pendidikan seni, pemasaran digital dan penyelidikan aliran. Kini dipinjamkan dari Jabatan Perhubungan Awam dan Pengiklanan Universiti Shih Hsin, dan bekerja sepenuh masa sebagai pengarah Muzium Seni Kontemporari Taipei.


Pada masa kini, perbincangan seni kontemporari tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan wujud secara bersendirian. Dengan merasakan idea dan membaca maklumat yang disampaikan oleh ciptaan seni, orang ramai boleh bebas berdialog dan berkomunikasi. Sebagai satu kuasa untuk penyertaan dalam amalan tindakan sosial, muzium seni berharap pelawat akan tersentuh dan merenung secara mendalam semasa melihat pameran, kemudian membawa pemikiran mereka ke dalam kehidupan seharian, dan melakukan tindakan dan perubahan yang mungkin pada masa depan. Kuasa-kuasa ini adalah tenaga berpotensi yang tidak boleh diabaikan dalam seni kontemporari.

Muzium Seni Kontemporari Taipei secara aktif mencipta ruang bagi perbincangan mengenai isu sosial kontemporari

Disebabkan oleh keyakinan ini, Muzium Seni Kontemporari Taipei(seterusnya dirujuk sebagai MoCA Taipei) secara sedar memberi perhatian kepada pelbagai isu hak asasi manusia semasa merancang pameran dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada 2017, Kehakiman Yuan mengisytiharkan bahawa “Undang-undang Sivil” bercanggah dengan perlembagaan kerana ia gagal melindungi kebebasan dan hak perkahwinan sesama jantina. Oleh demikian, Kehakiman Yuan meminta badan perundangan untuk melengkapkan semakan undang-undang yang berkaitan atau membuat undang-undang khas dalam tempoh dua tahun untuk melindungi hak perkahwinan sesama jantina, menjadikan Taiwan negara Asia pertama yang menghalalkan perkahwinan sesame jantina. Pada masa yang sama, MoCA Taipei melancarkan pameran“Spektrosintesis-Pameran Isu LGBT” yang dirancang oleh kurator bebas yang bernama Hu Chaosheng. Pameran ini merupakan pameran isu LGBT berskala besar pertama di muzium seni rasmi di Taiwan, dan kepentingannya tidak perlu dinyatakan lagi. “Pelangi Dalam Kegelapan”yang dicipta oleh artis Zhuang Zhiwei di dataran depan MoCA Taipei. Para pelawat boleh meluahkan suara mereka kepada orang ramai dengan mengukir pada ciptaan tersebut, mengenai rahsia anda sendiri, jeritan senyap dan ketidakadilan yang tersembunyi di sudut gelap, serta kata-kata berkat dan pujian. Kabinet besar memancarkan kuasa seperti pelangi dengan suara orang ramai, Pameran itu kemudiannya dipamerkan di Bangkok, Thailand, Hong Kong dan lain-lain tempat, dan ini terus menunjukkan kuasa tindakan bagi membincangkan isu sosial dengan seni kontemporari.

Foto dokumentari dari pameran“Spektrosintesis-Pameran Isu LGBT” Sumber foto: MoCA Taipei

Foto dokumentari dari pameran“Spektrosintesis-Pameran Isu LGBT” Sumber foto: MoCA Taipei

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, MoCA Taipei terus memberi tumpuan kepada isu-isu seperti orang asli, pekerja asing dan imigran baru. Tindakan-tindakan khusus yang diambil adalah seperti: merancang pameran bertema, menggalakkan aktiviti pendidikan“Menindik Mencari Ibu”, berkerjasama dengan Radio Taiwan Internasional(seterusnya dirujuk sebagai RTI)untuk melaksanakan Program Panduan Berbilang Bahasa, menggunakan Podcast untuk membuka perbualan tentang penghijrahan, sempadan, pekerja asing dan topik-topik lain yang berkaitan, berkerjasama dengan Australia untuk merancang pameran antarabangsa “BLEED Digital Langsung  Biennale”, yang akan berlangsung pada hujung Ogos tahun ini. Semua ini membawa perbincangan isu hak asasi manusia yang sangat penting kepada di Taiwan yang tidak boleh diabaikan.

MoCA Taipei secara aktif menggalakkan Program Panduan Berbilang Bahasa beberapa tahun kebelakangan ini. Sumber foto: MoCA Taipei.

MoCA Taipei secara aktif menggalakkan Program Panduan Berbilang Bahasa beberapa tahun kebelakangan ini. Sumber foto: MoCA Taipei.

“Feiyouji”

“Feiyouji”

“Feiyouji”menceritakan laluan pembangunan pekerja asing Thailand di Taiwan

Kandungan pameran ini adalah berdasarkan penyelidikan di kerja lapangan dan temu bual yang dijalankan oleh satu pasukan multinasional selama lebih daripada dua tahun. Ia bermula daripada satu pameran yang dipanggil“Nyanyian dan tarian”(Joyful Kaen, Joyful Dance) di Pusat Seni Jim Thompson di Bangkok, Thailand pada tahun 2015. Di sebalik pameran ini, terdapat pasukan berdedikasi yang telah lama mengambil berat tentang hak dan kepentingan etnik minoriti dan semua kumpulan etnik. Pasukan tersebut termasuk: Pengarah Artistik Pusat Seni Kim Thompson, Gridthiya Gaweewong, pengkritik seni, Thanom Chapakdee, dan penyelidik muzik Moran, Arthit Mulsarn, dan kurator Taiwan, Zhong Shifang, Zhang Zheng, Liao Yunzhang dan lain-lain. Kurator pameran penyelidikan Zhong Shifang sentiasa memberi perhatian terhadap penciptaan dan persembahan seni kumpulan berbilang etnik. Beliau mengasaskan syarikat muzik “Trees music and arts”, dan menggalakkan“Pesta Muzik Lagu Kembara”selama lebih daripada 20 tahun. Pesta muzik yang bebas ini memfokuskan pada lagu balada dunia, muzik akar umbi dan isu kontemporari. Dengan mendengar pelbagai lagu dan muzik, anda dapat merasai keunikan dan keindahan kepelbagaian budaya. Zhang Zheng dan Liao Yunzhang mengambil berat tentang situasi pekerja asing Asia Tenggara di Taiwan sepanjang masa ini. Mereka pernah mengambil bahagian dalam penerbitan “Berita Harian Sifang” dalam 6 bahasa termasuk Bahasa Vietnam, Bahasa Thailand, Bahasa Indonesia, Bahasa Filipina, Bahasa Kemboja dan Bahasa Myanmar, membuka “Waktu Cemerlang: Kedai Buku Asia Tenggara”, melancarkan “Projek Jambatan Nenek” dan menubuhkan “Anugerah Sastera Pekerja Asing”. Mereka menjemput orang ramai untuk mengambil bahagian dalam tindakan sosial dari sudut budaya, dan membawa isu hak asasi manusia ke dalam kehidupan seharian.

Pameran “Feiyouji” ini menyusun konotasi dan persembahan budaya Isan yang istimewa secara sistematik, berdasarkan lagu Isan“Molam”. Lagu ini menyampaikan naratif tidak rasmi berbanding dengan budaya Thai arus perdana. “Molam” dilihat sebagai jiwa orang Isan, dan perubahan dalam muzik juga membayangkan perubahan dibawah pemerintah sebelum dan selepas perang dingin. Secara kebetulan, “Lagu Lin Bang”berasal daripada lagu-lagu pekerja asli semasa Taiwan di bawah penjajahan Jepun. Sebilangan besar orang asli berpindah beramai-ramai dari kampung halaman mereka ke bandar untuk mencari rezeki. Semasa berhijrah, mereka menggunakan lagu untuk meluahkan fikiran mereka tentang kampung halaman mereka, orang tersayang, dan kesusahan yang mereka alami, dan ia juga merakamkan darah dan air mata mereka ketika mereka memperjuangkan hak dan hak tanah. Dengan kepakaran mendalam dalam muzik belada, kurator Zhong Shifang mencadangkan agar dua petikan budaya“Molam”dan“Lagu Lin Bang” dipamerkan bersama-sama dalam pameran“Feiyouji” untuk mencerminkan perkembangan pesat masyarakat Thai di Taiwan.

Selain itu, pameran "Kami ke sini bukan untuk bermain" yang dikendalikan oleh Zhang Zheng dan Liao Yunzhang, bermula dari kisah hidup pekerja asing Asia Tenggara di Taiwan selama hampir 30 tahun ini, dengan memaparkan buku naratif Berita Harian Sifang dan program nyanyian “chang Sifang”, serta tuduhan dan rakaman video sebenar mengenai nasib pekerja asing yang melarikan diri. Bilik pameran memaparkan semula ruang “Perpustakaan Lantai” di Stesen Keretapi Taipei, dan mengumpulkan karya pemenang "Anugerah Sastera Pekerja Asing", serta membuka semula perkhidmatan Perpustakaan Lantai pada hujung minggu, yang dihentikan sementara akibat wabak. Oleh kerana Muzium Kontemporari berdekat dengan Stesen Utama Taipei dari segi geografi, sejak Luo Lijhen memegang jawatan sebagai Pengarah muzium, beliau sering berfikir tentang cara menggalakkan kesaksamaan budaya muzium dan menjemput pekerja asing yang pergi ke Stesen Keretapi Taipei pada hari cuti untuk melawat dan menikmati pameran yang diadakan di MoCA Taipei. MoCA Taipei bekerjasama dengan RTI dari tahun 2021 dengan menjemput juruhebah untuk menyediakan perkhimatan panduan kepada pelawat pelbagai etnik di setiap pameran. Setakat ini, perkhimatan panduan dalam berbilang bahasa seperti Indonesia, Thai, Jepun, dan Korea telah dilaksanakan, dan secara beransur-ansur mengembangkan interaksi antara pelbagai pelawat dengan MoCA Taipei. Kali ini, kad aktiviti ada disediakan di kaunter hadapan tapak pameran. Pekerja asing dijemput untuk mengisikan kad yang disediakan dalam bahasa mereka, dan mereka dapat melawat pameran secara percuma jika mereka mengisikan kad tersebut. MoCA Taipei cuba melaksanakan konsep kesaksamaan budaya melalui amalan muzium dengan pelbagai strategi, seperti membuat hubungan dengan media, mengadakan perkhidmatan panduan berbilang bahasa, pakatan dengan industri yang berbeza, lawatan percuma dan lain-lain.

Perkhimatan panduan dalam Bahasa Indonesia semasa pameran“Feiyouji”.Sumber foto: MoCA Taipei

Perkhimatan panduan dalam Bahasa Indonesia semasa pameran“Feiyouji”.Sumber foto: MoCA Taipei

Selain itu, Zhong Shifang dan tiga kurator Thailand telah bersama-sama menganjurkan kawasan pameran “Tunggu saya 3 tahun lagi”. 3 tahun ialah tempoh kontrak buruh untuk pekerja asing bekerja ke Taiwan, dan ia juga merupakan harapan pekerja asing untuk mengubah nasib mereka dan memperbaiki persekitaran hidup mereka. Sebelas kumpulan artis/pasukan dari Taiwan dan Thailand memberi respons kepada tema kuratorial dengan pelbagai ciptaan artistik termasuk penciptaan filem, video dan pemasangan skap bunyi. Berdasarkan lagu dan tarian Molam dan Lin Bang, ia menceritakan kepada pelawat tentang nasib pekerja di sebalik pembangunan politik dan ekonomi Taiwan dan Thailand, dan perjuangan dan kehilangan yang tidak diakui di bawah nasionalisme.

Pameran“Feiyouji”mempamerkan karya sastera seperti lagu video dan bahan sejarah“Molam”. Sumber Foto: MoCA Taipei. Fotografi: ANPIS FOTO Wang Shibang

Pameran“Feiyouji”mempamerkan karya sastera seperti lagu video dan bahan sejarah“Molam”. Sumber Foto: MoCA Taipei. Fotografi: ANPIS FOTO Wang Shibang

Semangat penentangan yang tidak akan tamat

Sejarah telah menunjukkan bahawa usaha memperjuangkan hak kesaksamaan sentiasa merupakan satu perjalanan yang penuh dengan kesukaran dan cabaran. Sejak awal mesyuarat kurasi pameran, pasukan telah menilai dan mempertimbangkan kesesuaian untuk mempersembahkan karya Molam Bank(nama samaran artis) dari pelbagai perspektif. Oleh kerana Molam Bank sentiasa menggunakan ciptaan Molam untuk menyanyikan perasaan akar umbi yang menentang kerajaan dan mengkritik keluarga diraja, mereka telah dipenjarakan beberapa kali sejak 2015. Disebabkan pemenjaraan yang lama dan keras, dan banyak kekejaman yang dihadapinya, keadaan fizikal dan mental artis tersebut menjadi tidak stabil. Bagaimanapun, pasukan kuratorial berusaha keras huntuk mencapai persetujuan dengan artis untuk membawa suara-suara penentangan ini ke Taiwan, yang kini telah dilarang daripada penyiaran oleh kerajaan Thailand. Menerusi pameran ini, lebih ramai pelawat dapat mengetahui nasib sebenar kumpulan minoriti ini.

Pameran yang dikendalikan oleh MoCA Taipei sentiasa menimbulkan kontroversi. Pada 2020, MoCA Taipei menjemput kurator Jepun Hiroyuki Arai dan Yuka Okamoto untuk membuat pameran “Pameran Kebebasan Bersuara”di Taiwan. Pameran tersebut menimbulkan kontroversi apabila dipamerkan di Aichi Triennale di Jepun pada 2019. Tiga hari selepas pameran, muzium itu ditutup kerana kecemasan dan dibuka semula seminggu sebelum pameran berakhir. Selepas itu, Pameran itu mengembara ke Taman Keamanan, Pulau Jeju, Korea Selatan dan Taiwan. Sejurus selepas pameran itu diumumkan, MoCA Taipei segera menerima amaran balas daripada media sosial, mengatakan ia akan merosakkan hubungan persahabatan antara Taiwan dan Jepun, dan menggesa pameran itu dibatalkan serta-merta. Pihak muzium juga mendapat banyak permintaan, meminta pihak muzium mempertimbangkan dengan teliti sama ada mahu mengadakan pameran atau tidak. MoCA Taipei berkomunikasi dengan semua pihak selaras dengan pendirian menjaga kebebasan bersuara dan bahawa seni kontemporari harus diekspresikan dalam pelbagai cara, dan pada akhirnya, pameran tersebut berjaya dipamerkan.

Pada peringkat awal perancangan“Feiyouji”, muzium dan pasukan kuratorial telah berulang kali menilai dan membincangkan beberapa karya yang mungkin menimbulkan kebimbangan daripada orang ramai. Melalui pengalaman ini, muzium seni bandar boleh menjadi wadah untuk pameran. Cara mengekalkan negara inklusif dan terus bebas bersuara adalah kebijaksanaan semua yang terlibat.

Kemajuan masyarakat memerlukan kepelbagaian suara. Kami mempercayai bahawa dialog dan konsensus akan terbentuk secara beransur-ansur melalui konflik, komunikasi dan perdamaian yang berterusan. Semasa pameran ini, malangnya kami dimaklumkan bahawa kurator Thai, Thanom telah meninggal dunia. Sepanjang hidupnya, Thanom sentiasa berkeras untuk bersama mereka yang lemah, dan dengan keberanian dan kepercayaannya, dia terus melawan dan menentang penindas tanpa rasa takut. Kepercayaan yang kuat dan berharga ini akan berakar umbi di dalam hati orang ramai sepeninggalannya. Dalam“ Feiyouji ”yang dipamerkan di MoCA Taipei kali ini boleh menunjukkan penyertaan dan pengaruh muzium seni dalam tindakan sosial, tanduk revolusi terus berdering, menyeru lebih ramai orang yang bercita-cita tinggi untuk meneruskan warisan ini pada masa hadapan.”