:::

Topik Persidangan Tahunan untuk Federasi Muzuim Hak Asashi Manusia Internasional (FIHRM) Oslo 2022

Tujuan persidangan tahunan ini adalah untuk membincangkan autonomi relatif dan ruang tindakan secara kritis untuk muzium hak asasi manusia dan organisasi berkaitan, yang merupakan topik   mendesak untuk muzium di kebanyakan negara pada masa ini. Apakah jenis perhubungan diantara muzium, kerajaan dan pihak yang berkuasa? Bagaimanakah kebergantungan tersebut membentuk peranan muzium dan cara mereka bertindak balas dengan subjek yang dianggap sensitif atau kon- troversi?

Persidangan tahun ini melangkah lebih jauh dengan menggariskan keadaan semasa muzium di seluruh dunia yang mengambil hak asasi manusia sebagai misi mereka dan menangani isu inklusi/pengecualian sosial, budaya dan politik dari pelbagai perspektif. Persidangan tahunan terutamanya mengalu-alukan penyerahan dengan contoh amalan terbaik di mana matlamatnya adalah untuk menangani dan merundingkan inklusi dalam ruang muzium dan dalam masyarakat secara keseluruhan.

Apakah cara atau strategi untuk inklusi yang terbukti sangat relevan untuk muzium  hak asasi manusia? Selama ini, tujuan Persidangan Tahunan FIRHM adalah untuk  berkongsi pengalaman, membangunkan keupayaan, membangunkan kaedah, dan pem-binaan hubungan berasaskan komuniti. 

Penganjur

Persidangan FIHRM 2022 dianjurkan oleh rangkaian muzium Norway untuk demokrasi dan hak asasi manusia (Demokratinettverket). Muzium yang menjadi tuan rumah ialah Pusat Keamanan Nobel, Pusat Kajian Holocaust dan Minoriti Agama Norway, dan Muzium Perlembagaan Eidsvoll 1814.

Museum di bawah tekanan: Kerajaan, Komuniti, Autonomi

Museum di bawah tekanan: Kerajaan, Komuniti, Autonomi