:::

Hak Asasi Manusia, Nilai Manusia

Gambar 1: Federasi Muzuim Hak Asashi Manusia Internasional

Gambar 1: Federasi Muzuim Hak Asashi Manusia Internasional

Mengenai Pengarang:

Cik Tracy Puklowski yang kini tinggal di Alice Springs, Australia, bertanggungjawab ke atas pembangunan Galeri Seni Orang Asli Negara yang pertama di negara tersebut. Beliau ialah bekas Pengarah Perkhidmatan Seni Kreatif dan Kebudayaan di Launceston, Tasmania, tanggungjawabnya termasuk berkhidmat sebagai Pengarah Muzium dan Galeri Seni Queen Victoria, institusi kebudayaan serantau terbesar di Australia.

Sebelum Cik Tracy pindah ke Australia, beliau memegang pelbagai jawatan eksekutif senior dalam industri GLAM(galeri seni, perpustakaan, arkib, muzium) di New Zealand. Beliau menamatkan pengajian di Getty's Muzium Institut Kepimpinan (Inggeris: Getty’s Museum Leadership Institute).

Mengenai Galeri Seni Orang Asli Negara:

Galeri Seni Orang Asli Negara Australia yang terletak di Alice Springs (dikenali sebagai ‘Mbantua’, Mparntwe oleh Orang Asli tempatan) akan menjadi satu tempat persiaran ikonik. Ruang baru yang terletak di tengah-tengah Australia ini mempersembahkan budaya yang  masih wujud dan yang tertua di dunia, dan menyediakan ruang paparan untuk Orang Asli Australia supaya mereka boleh menyatakan dan meraikan pencapaian mereka melalui seni.

Galeri seni memainkan peranan penting dalam perjalanan menyatakan kebenaran di Australia, dan ia juga memastikan tadbir urus, pengurusan dan tenaga kerja dikuasai  oleh orang Asli. Oleh itu, galeri seni ini adalah tempat paparan untuk orang Asli Australia untuk menceritakan kisah mereka kepada dunia, memberikan tenaga kepada mereka dan menentukan cara untuk menceritakannya.


Penubuhan Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional-Cawangan Asia Pasifik  pada 2019 merupakan satu saat yang penting dalam kesedaran dunia tentang kepentingan hak asasi manusia terhadap wacana dan amalan muzium. Bahagian serantau yang ditubuhkan oleh Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional memberi tumpuan kepada kawasan ini supaya dapat  menguatkan suara yang sering diabaikan dan menyediakan platform untuk mengenal pasti dan menangani isu hak asasi manusia di kawasan yang tertentu. Dalam artikel ini, saya akan menjejaki asal-usul saya dengan Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional, dan merenungkan mengapa demi semua orang, kita harus berfikir dengan lebih mendalam, dan bergerak dari pinggir ke dasar apabila menangai isu hak asasi manusia.

Apabila Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional ditubuhkan pada tahun 2010, Saya berbesar hati kerana berpeluang menjadi ahli pengasas. Penubuhan federasi ini sangat menggalak- kan dan tepat pada masanya. Komuniti muzium semakin memberi perhatian kepada isu keadilan     sosial. Ini merupakan kali pertama masyarakat antarabangsa berkerjasama memberikan respons terhadap isu hak asasi manusia.

Tetapi dalam hati saya, saya menanyakan diri sendiri. Adakah saya berhak untuk menyatakan bagi pihak Muzium New Zealand Te Papa Tongarewa (juga di panggil sebagai Te Papa) yang saya  berkhidmat pada masa itu bahawa kami adalah “Muzium Hak Asasi Manusia”? Apakah itu muzium hak asasi manusia sebenarnya? Saya berharap bahawa saya tidak secara sengaja menjadikan muzium saya sebagai muzium palsu.

Setelah mengimbas kembali sejarah dan nilai muzium, saya membuat kesimpulan bahawa kami tidak perlu mempunyai misi hak asasi manusia yang jelas untuk menjadi sebuah muzium hak asasi manusia. Muzium Te Papa untuk layak menjadi muzium hak asasi manusia kerana muzium kami menggalakkan kepelbagaian,  toleransi dan rela menangani isu yang sukar.

Berikut adalah komen saya semasa saya mempengerusikan Persidangan Muzium Hak Asasi Manusia Antarabangsa pada 2015:

“Keadilan sosial, hak asasi manusia dan akses muzium dalam erti kata yang luas bukanlah  sampingan atau satu pilihan bagi Muzium Te Papa. Ini adalah dasar kepada warisan muzium, atau dalam  Bahasa Maori disebut sebagai whakapapa.  Akta Muzium Negara New Zealand pada tahun 1992  menjadi asas yang kukuh untuk muzium mengambil pendekatan yang berbeza…apabila lembaga  muzium mengamalkan dasar dwibudaya…ia menjadikan persembahan muzium ini mestilah dwibudaya dalam semua bidang.

Selain daripada itu, visi Muzium Te Papa adalah“Ubah Hati, Ubah Minda,  Ubah Kehidupan”.  Jadi muzium ini sebenarnya ditubuhkan untuk menangani isu-isu yang sukar dan yang mengganggu. Muzium mestilah bersedia untuk mengambil pendirian jika mereka mahu mencipta pengalaman yang inovatif untuk pelawat ramai, komuniti, dan juga kakitangan mereka.

Seperti yang ditulis dalam kenyataan di laman web Federasi Muzium Hak Asasi Manusia Internasional, muzium hak asasi manusia mesti bersedia untuk mencabar pemikiran dan tingkah  laku muzium tradisional. Jadi saya berasa Te Papa ialah muzium hak asasi manusia, dan saya tidak sabar untuk menyambut kedatangan wakil kami pada bulan September.”1

Dalam artikel yang sama, saya juga menunjukkan bahawa konteks pengendalian muzium berubah  dengan pantas dan cepat. Saya merujuk dari segi budaya dan politik New Zealand pada masa itu.  Mustahil untuk meramalkan pada masa itubetapa cepat dan mendadak perkara akan berubah untuk semua orang dalam beberapa tahun yang berikutnya. “Perkara-perkara” ini adalah anjakan paradigma yang melanda dunia dan mengubah kehidupan kita. Kita manusia terpaksa menanggung akibatnya, dan mengambil tindakan terhadapnya.

Merasakan bahawa definisi muzium sekarang gagal untuk “mencerminkan dan menyatakan dengan sewajarnya kerumitan abad ke-21, tanggungjawab dan penentuan muzium semasa, serta cabaran dan visi masa depan mereka”, pada 2019, Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM) melancarkan projek untuk memberikan definisi baharu kepada muzium. 2 Ramai di antara kita keliru dan seterusnya bergaduh dan pada akhirnya kesal kerana terperangkap dalam jurang ideologi dengan kata-kata dan nilai yang berbeza. Isu ini akan dibahaskan semula di Persidangan Prague pada 2022. Kita berharap apa yang telah berlaku dalam dua tahun yang lalu dapat memupuk perpaduan dalam komuniti museologi.

Agak-agaknya begitu juga. Hal ehwal semasa dunia, para pelawat muzium dan komuniti yang  berkenaan tidak akan menunggu komuniti muzium memutuskan sama ada definisinya adalah betul atau sebaliknya. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perubahan dan cabaran bukan sahaja berada di hadapan pintu, tetapi telah merayau melalui ruang pameran dan penyemakan buku, dan telah mengejutkan kami

Perkara 27-1 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 

Setiap orang berhak untuk turut serta dalam kehidupan kebudayaan masyarakat dengan bebas, untuk menikmati kesenian, dan untuk turut mengecapi kemajuan dan manfaat ilmu pengetahuan

Pandemik dunia masih belum berakhir, dan pandemik ini juga telah mengubah cara hidup kita selama-lamanya. Muzium dan galeri seni bukan sahaja bertindak balas dengan “mengubah arah”, tetapi telah menyesuaikan diri untuk mengatasi kesukaran yang disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan, dengan mengarahkan tenaga kepada pembelajaran dalam talian, percubaan dan penyertaan, ruang dan kumpulan pengurusan. Malangnya ada beberapa muzium terpaksa menghadapi realiti penutupan kekal. Pandemik ini melayan semua orang secara sama rata, dan tiada sesiapa yang dapat terlepas daripada impaknya. Sebaliknya wabak ini juga melayan semua orang dengan  tidak sama rata dengan menjadikan orang miskin lebih miskin, dan orang yang terdedah menjadi lebih terdedah.

Oleh itu, muzium yang paling berkemungkinan menghadapi penutupan kekal adalah muzium kecil yang sentiasa sukar untuk mendapatkan tajaan. Muzium-muzium ini menceritakan kisah-kisah komuniti kecil dan memelihara sejarah serta tradisi individu dan komuniti.

Kita diingatkan bahawa kita mempunyai tanggungjawab untuk membudayakan komuniti, berkhimat untuk komuniti, mengekalkan kenangan mereka, dan berkongsi cerita mereka. Kita mesti terus menghapuskan halangan untuk mengakses muzium, mencipta bersama-sama dan bukannya menguasai. Muzium telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan komuniti dan individu, merakam-kan detik-detik luar biasa ini untuk generasi yang akan datang, membantu dalam pembinaan semula dan penyembuhan setelah bersama-sama mengalami pengalaman ini. Semua ini merupakan cabaran, dan juga satu kehormatan kepada muzium.

Seni mempunyai kuasa penyembuhan bukanlah satu konsep yang baru. Muzium adalah tempat yang selamat (dan perlu) untuk berkumpul, atau mempersoalkan, dan memperingati peristiwa traumatik juga bukanlah satu idea yang baru. Tetapi kali ini perlu memahami secara lebih mendalam, menjadikan hal ehwal tempatan kepada hal ehwal dunia, atau sebaliknya.

Perkara 3 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia

Setiap orang berhak atas kehidupan, kebebasan dan keselamatan sebagai induvidu. 

Perkara 25-1 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia

Setiap orang berhak mempunyai tahap hidup yang memadai untuk kesihatan dan kesejahteraan dirinya dan keluarganya, termasuk hak atas makanan, pakaian, perumahan dan perubatan serta perkhidmatan sosial yang diperlukan, dan berhak atas jaminan pada saat-saat menganggur, sakit, cacat, menjadi janda/duda, mencapai usia lanjut atau keadaan lainnya yang mengakibatkannya kehilangan nafkah hidup, yang berada di luar kawalannya. 

Krisis iklim global juga merupakan ancaman utama kepada cara kehidupan kita dan juga satu krisis bagi hak asasi manusia. Perubahan iklim mengancam keselamatan makanan, tempat perlindungan  dan kehidupan kita. Walaupun negara pulau kecil melakukan jauh lebih sedikit daripada yang lain untuk menyumbang kepada perubahan iklim, namun secara realitinya, mereka adalah yang paling terdedah apabila menghadapi perubahan iklim. Ini adalah ancaman yang agak khusus di kawasan Asia-Pasifik.

Semua muzium bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran terhadap perubahan iklim dan  mengambil tindakan terhadapnya. Muzium terutamanya bertugas untuk menjadi sebagai penjaga     bukti dalam dunia "pasca kebenaran"(di mana orang ramai bertindak mengikut perasaaan dan ke-   percayaan) di mana ahli-ahli sains mesti mempertahankan fakta saintifik. Semasa saya adalah pengarah Muzium dan Galeri Queen Victoria (Nama ringkas:QVMAG) di Tasmania, Australia, ahli-ahli sains kami mendapati bahawa apabila persekitaran menjadi semakin panas, haiwan (serangga) secara beransur-ansur berpindah ke selatan. Dengan bukti ini dan dengan pengisytiharan pihak berkuasa tempatan bahawa kita sedang berdepan dengan krisis iklim, pihak muzium berjaya menjadikan perubahan iklim sebagai fokus utama muzium.3

Tetapi kuncinya bukan hanya dengan pengetahuan dan bukti berasaskan arkib, tetapi juga berkaitan dengan tingkah laku. Pada awal tahun 2020, Muzium Horniman dan Taman(Nama inggeris:Horniman Museum and Gardens)di London telah meluluskan satu manifesto perubahan iklim yang memberikan pengaruhan yang besar kepada masa depan. Manifesto itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada kerjasama dengan pelawat muzium untuk meningkatkan kesedaran dan mengubah tingkah laku,  malah juga mencabar muzium untuk mengkaji semula tabiat dan aktiviti mereka sendiri.

Muzium mesti mempertimbangkan sumbangan muzium kepada perubahan iklim—memikirkan  bagaimanakah kita menggunakan sumber-sumber kita? Adakah kita mula merancang untuk membina bangunan lestari? Adakah penaja kita berkongsi nilai kita? Perbahasan baru-baru ini mengenai pembiayaan muzium oleh syarikat minyak bukan berlaku di bilik lembaga, tetapi di arena awam. 

Bagaimana pula dengan keperluan pelarian iklim? Jika anda fikir itu adalah masalah masa depan, anda silap. Masalah ini telah pun berlaku sekarang. Pada tahun 2020, 30.7 juta orang dari seluruh dunia kehilangan tempat tinggal dan lebih daripada 98% daripadanya disebabkan oleh bencana berkaitan iklim.4 Beribu-ribu penduduk Kepulauan Marshall mendapat penempatan semula di Amerika Syarikat, dan mereka hadapi satu cabaran baru, iaitu bagaimana mengekalkan budaya dan tradisi mereka di tempat yang baru.

Perkara 7 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia

Semua orang adalah sama di depan undang-undang dan berhak mendapat perlindungan undang-undang yang sama tanpa sebarang diskriminasi. Semua berhak mendapat perlindungan yang sama supaya tidak dianiaya oleh sebarang tindakan diskriminasi dan segala hasutan yang mengarah kepada diskriminasi semacam ini yang bertentangan dengan Deklarasi ini.   

Pergerakan “Kehidupan orang berkulit hitam penting”  (Inggeris: Black Lives Matter )  kembali semula apabila polis menggunakan kekerasan terhadap orang berwarna mengakibatkan pergerakan penentangan dari seluruh dunia. Pada mulanya pergerakan itu memberi tumpuan kepada keganasan polis, dan dengan sokongan daripada orang di seluruh, pergerakan itu mengembang lagi merangkumi isu-isu yang berkaitan dengan kesan perkauman institusi dan kolonialisme. Perkara ini seterusnya  membawa kepada pemeriksaan yang lebih jelas tentang masa lampau dan tindakan muzium.

Mempersoalkan tindakan muzium dalam setiap aspek bukanlah perkara yang baru. Seruan rasmi kepada Muzium British untuk mengembalikan arca batu Parthenon bermula pada awal 1980-an. Pada tahun 1990, seorang pengkaji seni sejarah Amerika yang bernama Maurice Berger juga mempersoalkan “Adakah muzium seni bersifat perkauman?” Tetapi peristiwa-peristiwa itu tidaklah begitu mengejutkan seperti sekarang.

Kumpulan seperti “Dekolonisasi Tempat Ini”(inggeris: Decolonize This Place) dan “BP atau tidak BP”(inggeris: BP or not BP )telah mengambil alih ruang muzium melalui kaedah persembahan. Perkara ini menimbulkan kebimbangan terhadap hubungan pendanaan muzium, pengembalian peninggalan budaya, cara memperolehi koleksi, aktivisme Orang Asli dan keadaan kerja kakitangan. Program khas “Lawatan Sejarah Tanpa Ditapis”(inggeris: The Unfiltered History Tour), yang diterbitkan oleh Vice Media, membabitkan kisah “artifak kontroversi” Muzium British.5 Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bekas pekerja beberapa institusi kebudayaan juga telah bersuara menentang ketidaksamaan tempat kerja dan perkauman struktur, dan secara sindiran ini merangkumi Muzium Hak Asasi Manusia Kanada. 

Setelah “komuniti sumber” (Inggeris: source communities ) menuntut pemulangan khazanah budaya mereka secara sah, suara mereka telah menjadi semakin kuat. Keturunan puak Rapa Nui dari Pulau Easter telah pergi ke Muzium British pada 2018 untuk menuntut pemulangan nenek moyang (tupuna) mereka, iaitu batu moai yang dipanggil Hoa Hakananai’a.Talita Rapu (Keturunan dan Gabenor Pulau Easter) berterus-terang dalam program khas “Lawatan Sejarah Tanpa Ditapis”mengenai rompakan penjajah: “Rapa Nui mempunyai jasad, tetapi jiwanya berada di tangan anda. Kami berjalan seperti mayat tanpa jiwa. ”6 Ramai yang mengkaji koleksi Orang Asli tahu bahawa semangat  artifak berada dalam bangsa, keluarga dan keturunan. Bukankah ini sepatutnya menjadi norma dan bukannya pengecualian? Jika pemilik tradisional percaya bahawa penyatuan semula“jasad dan jiwa” adalah hasil terbaik, apa lagi yang muzium pertikaikan? Jika kita tidak rela menjauhi kolonialisme, sudah tentu kita bertanggungjawab terhadap keburukan akibatnya.

Artikel 3 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal

Orang Asal mempunyai hak menentukan pilihan sendiri. Berdasarkan hak   tersebut, mereka secara bebas menentukan status politik dan bebas mengejar pembangunan ekonomi, sosial dan budaya mereka.

Walaupun negeri-negeri (Australia) secara beransur-ansur mengambil langkah untuk melindungi  hak asasi manusia warganegara mereka, tetapi ini adalah negara tanpa Akta Hak Asasi Manusia peringkat persekutuan . Sebagai penduduk di sini dan menulis artikel ini, saya mendapati diri saya berada dalam kedudukan yang menggelikan hati. Walaupun keadaan mungkin tidak begitu memuaskan, tetapi keadaan ini menjadikan tanggungjawab untuk mengekal dan memberi makna kepada hak asasi manusia dikembali kepada individu dan organisasi. Saya juga sedang membina entiti budaya baru, iaitu Galeri Orang Asli Negara Australia. Galeri ini berada di Alice Springs di Wilayah Utara. Ini ialah satu tempat yang indah tetapi penuh dengan konflik, dengan budaya dan seni yang unik tetapi juga dengan kelemahan dan trauma antara generasi.

Orang Asli di Australia7 mewakili budaya yang tertua di dunia dan yang masih wujud hingga ke hari ini. Budaya penglihatannya tetap berada dan sentiasa bersemangat. Apabila seni Orang Asli berpindah dari pasir dan batu ke panel dan kanvas, trajektori sejarah seni Australia telah berubah dan tidak akan dapat dipulihkan. Kesemua ini menarik perhatian pelawat dari seluruh dunia. Artis dan komuniti mereka mendapat manfaat dari segi sosial, ekonomi, budaya dan rohani dengan  memperkenalkan cerita dan sejarah Orang Asli kepada pelawat baru dan juga mengukuhkan ikatan budaya. Bagi saya, Wilayah Utara adalah rumah saya pada masa ini, dan ia mempunyai galeri seni terbesar dan paling meriah di dunia. Di sini, daya hidup ciptaan artistik tidak boleh diabaikan.

Pada masa yang sama, Wilayah Utara juga mempunyai peratusan tertinggi Kaum Orang Asli dan Kaum Orang Pulau Selat Torres di Australia. Hampir 45 peratus rumah tetangga Orang Asli hidup di bawah garis  kemiskinan. 8Kadar bunuh diri dalam kalangan orang muda adalah tiga kali ganda purata nasional. Hampir 85% daripada orang di penjara Wilayah Utara adalah Orang Asli.10

Jadi persoalan yang saya tanyakan kepada diri sendiri bukanlah sama ada galeri seperti Galeri Orang Asli Negara (dan dalam hal ini, boleh di mana-mana tempat) harus memperjuangkan hak asasi manusia, tetapi bagaimana kita memperjuangkannya? Jika kita ingin menjadikannya bermakna dan mencipta makna kepadanya, haruslah kita membayangkan semula dan mereka bentuk semula ekosistem kita. Bagi Galeri Seni Orang Asli Negara, ini bermakna ia mestilah mematuhi Prinsip Orang Asli, memastikan bahawa tadbir urus, pengurusan dan tenaga kerja dikuasai oleh Orang Asli. Ia juga bermakna bahawa muzium seni harus komited untuk menggalakkan bersuara,  aktivisme, berkongsi tanggungjawab dan bercakap benar. Ini adalah perlu sekiranya Australia ingin menyembuhkan luka masa lalunya dan bergerak ke arah perdamaian nasional. Paradigma galeri seni/muzium biasa tidak mampu melakukan ini.

Tidak kira saiz, lokasi atau tujuannya, kami terlibat dalam peristiwa dan cabaran hak asasi manusia global yang diterangkan dalam artikel ini. Kebanyakan institusi budaya selama ini telah memberikan tumpuan kepada pelawat, dan pemikiran berpusatkan pelawat membawa faedah yang besar seperti interaksi yang lebih baik, lebih tumpu kepada intinya dan lain-lain. Tetapi sekarang adalah masa untuk mengambil satu langkah ke hadapan. Kita mesti belajar mengutamakan kemanusiaan, bermula dengan menerima hak asasi manusia dan maruah semua orang sebagai tanggungjawab kita.

Gambar 2: Hak Asasi Manusia, Nilai Manusia

Gambar 2: Hak Asasi Manusia, Nilai Manusia