:::

Melawan Pelupaan: Muzium dan Gerakan Politik Indonesia

Gambar 1: Cik Suciwati: Pengasas Omah Munir (balu Munir)

Gambar 1: Cik Suciwati: Pengasas Omah Munir (balu Munir)

Gambar 2: Di bahagian dalam muzium lama

Gambar 2: Di bahagian dalam muzium lama

Pengarang: Andi Achdian

Andi Achdian adalah Penolong Profesor di Jabatan Sosiologi, Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Nasional Indonesia. Beliau juga berkhimat sebagai Pengarah Yayasan Omah Munir. 

Mengenai Muzium Hak Asasi Manusia Omah Munir

Muzium Hak Asasi Manusia Omah Munir pada mulanya ditubuhkan oleh Yayasan Hak Asasi Manusia Omah Munir di Batu, Jawa Timur pada tahun 2013.  Tempat ini merupakan tempat lahir Peguam Munir, dan nama asal muzium ini adalah Muzium Hak Asasi Manusia Omah Munir. Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk menggalakkan pendidikan hak asasi manusia dalam kalangan masyarakat Indonesia khususnya golongan orang muda agar menjadi rakyat yang cintakan keamanan, menghormati hak asasi manusia, serta menjunjung prinsip toleransi dan persamaan.


Pendahuluan

Kerajaan Orde Baru Suharto runtuh pada Mei 1998. Jeneral Suharto meletak jawatan selepas lebih 30 tahun berkuasa dan digantikan oleh Naib Presiden B.J. Habibie yang berkomitmen untuk memimpin situasi politik Indonesia ke arah demokrasi. Dengan perpecahan Orde Baru dan kemunculan banyak parti politik di Indonesia, era baru sistem politik pelbagai parti berkembang menjadi asas kepada proses pendemokrasian di Indonesia. Walau bagaimanapun, asas rejim lama tidak hilang, dan beberapa peninggalan masih kekal dalam politik Indonesia kontemporari.

Salah satunya ialah konsep sejarah Indonesia yang menekankan kepentingan peranan tentera, khususnya Tentera Darat sebagai kekuatan utama dalam menyelamatkan Indonesia daripada ancaman komunis pada    tahun 1965. Setelah itu, tentera telah berjaya menguasai politik sehingga tahun 1970-an. Sejak itu, naratif  sejarah sebegini semakin tersebar luas, ia bukan sahaja menceritakan kejayaan tentera dalam perjuangan  antikomunis, malah turut menekankan bahawa ketenteraan merupakan penyumbang besar kepada perjuangan Indonesia menuntut kemerdekaan daripada Belanda.

Peranan aktivis anti-penjajahan seperti Sukarno, Hatta, dan Sjahrir beransur-ansur pudar, dan digantikan  dengan peranan ketenteraan dan usaha kepahlawanan dalam memperjuangkan kemerdekaan. Dalam kajian Katherine McGregor tentang naratif sejarah Indonesia abad ke-20, beliau memanggil naratif sedemikian“Sejarah dalam Pakaian Seragam”. Ini menunjukkan bagaimana sejarah rasmi Indonesia menggembar-gemburkan peranan tentera dalam kerajaan Orde Baru. Kita juga mempunyai petunjuk bahawa selain kemajuan dan gerakan politik pembebasan, kita tahu bahawa kerajaan juga boleh menggunakan muzium untuk memburukkan kesedaran sejarah palsu reaksioner pemerintah autoritarian. Yang merancang semuanya di sebalik tabir adalah Cendekiawan dan Ahli Sejarah Tentera Nugroho Notosusanto, yang kemudiannya menjadi Menteri Pendidikan dalam kerajaan Orde Baru. Di bawah perintahnya, bandar-bandar besar di Indonesia telah mendirikan muzium dan monumen untuk menyokong naratif sejarah ini dengan mengingatkan orang ramai tentang perkhidmatan dan peranan penting angkatan tentera.

Gerakan Melawan Pelupaan

Di bawah kerajaan Orde Baru, muzium bukan lagi tempat menyimpan“barang seni, budaya, sejarah atau saintifik yang bernilai”(Kamus Oxford), seperti yang ditakrifkan secara tradisional. Sebaliknya muzium menjadi alat untuk menunjukkan kuasa kerajaan dan mewajarkan kerajaan dalam sejarah. Selepas                              reformasi pada tahun 1998,  percubaan telah dibuat untuk memberikan muzium satu definasi baharu. Pada  awal 2000-an, ahli sejarah bebas Indonesia menganjurkan naratif yang menjadi tumpuan perbahasan.  Asvi Warman Adam merupakan salah seorang penyokong utama“pembetulan sejarah” (Adam, 2004). Untuk menekankan peranan tentera, beberapa ratus ribu ahli Parti Komunis dan yang didakwa sebagai ahli Parti Komunis telah dibunuh di seluruh Indonesia, naratif sedemikian dipaparkan bersama naratif rasmi peristiwa 1965. Namun, gelombang baru ini masih hanya wacana akademik yang beredar hanya dalam kalangan terhad. Naratif rasmi Orde Baru kekal sebagai versi arus perdana, dan disokong oleh buku-buku sejarah sekolah rendah dan menengah, filem, dan sehingga sekarang masih ada muzium dan monumen Orde Baru yang telah dipelihara khas.

Selain itu, ada juga aktivis hak asasi manusia dan aktivis demokrasi yang mencabar naratif ini. Mereka cuba mengingatkan orang ramai tentang apa yang telah berlaku semasa krisis ekonomi dan politik di Indonesia pada tahun 1988. Semasa Peringatan Hak Asasi Manusia Sedunia pada 10 Disember 2014, aktivis sosial  dan cendekiawan dari Universiti Trisakti melancarkan monumen pembunuhan beramai-ramai pada 12 Mei 1998. Monumen itu diperbuat daripada porselin hitam dan setinggi 3 meter bagi memperingati empat pelajar yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan semasa bantahan pelajar di kampus.

Pada masa yang sama, Komisi Nasional Anti Kekerasan terhadap Perempuan (Komnas Perempuan) menulis inskripsi mengenai pembunuhan beramai-ramai pada Mei 1998 untuk memberi penghormatan kepada wanita Cina yang mengalami keganasan dan serangan seksual. Sukarelawan membawa pengalaman serangan seksual wanita Cina kepada media, menyebabkan kontroversi pada permulaan reformasi. Kerajaan menubuhkan Kumpulan Pencari Fakta Bersama (TPGF) untuk meneliti bukti mengenai isu berkenaan, dan kumpulan itu gagal menemui “bukti” untuk menyokong serangan seksual besar-besaran, dan kerajaan telah menafikan perkara ini secara rasmi. Sebagai respons terhadap kerajaan, seorang sukare- lawan muda, bangsa Cina dan mangsa insiden tersebut yang bernama Ita Martadinata merancang untuk memberi keterangan di hadapan Kongres Amerika Syarikat. Malah, beliau didapati dibunuh sebelum berangkat ke Amerika Syarikat, dan oleh sebab itu, seksual besar-besaran terhadap wanita Cina pun telah dilupakan. Inskripsi mengenai pembunuhan beramai-ramai pada Mei 1998 adalah satu kesaksian, mengingatkan orang ramai tentang sejarah ini.

Sementara itu, beberapa kumpulan NGO dengan beraninya menubuhkan satu muzium kecil yang bernama Muzium Hak Asasi Manusia Aceh pada 2011 di Aceh, wilayah yang paling barat di Indonesia. Kumpulan  ini mendirikan papan di halaman pejabat Komuniti Tikar Pandan, menggambarkan penembakan penduduk Simpang KKA(Simpang KKA), orang hilang dalam pertempuran, dan rumah geudong. Di tempat inilah tentera menyeksa suspek yang bersimpati dengan gerakan Aceh Merdeka. Walaupun ini adalah muzium kecil, ia mempunyai misi yang besar, seperti yang dinyatakan dalam manifestonya:

Kami mempercayai bahawa cahaya malap sentiasa dapat meninggalkan tanda di tempat yang gelap. Jadi kami telah membina satu tempat perlindungan ingatan supaya kami,lelaki dan wanita Aceh, yang hidup dan yang mati, mereka yang diserang secara seksual dan dibunuh,mereka yang diseksa dan dimusnahkan,boleh membuat laungan yang menjangkaui hidup dan mati:Jangan mengulangi kesilapan yang sama! Aceh bek le lagee njan! Aceh jangan mengulangi kesilapan  yang sama!

Pendek kata, reformasi politik telah memberikan peluang kepada naratif sejarah baru bagi aktivis hak asasi manusia dan gerakan demokrasi di Indonesia yang berbeza daripada versi rasmi. Mereka bertindak balas terhadap budaya yang bebas daripada hukuman bagi pelaku pelanggaran hak asasi manusia dengan           slogan "Melawan Pelupaan" di Indonesia. Gerakan melawan pelupaan yang dilancarkan melalui pembina- an muzium dan monumen akhirnya bertukar menjadi satu gerakan melawan kerajaan yang tidak menghukum penjenayah-penjenayah ini. 

Omah Munir

Satu lagi penjelasan tentang bagaimana muzium menjadi tempat kepada gerakan sosial ialah Muzium Hak Asasi Manusia Omah Munir yang sedang dalam pembinaan di Kota Batu, Malang, Jawa Timur. Saya akan menerangkan pandangan saya secara ringkas sebagai ahli kepada Yayasan Omah Munir.

Cerita ini bermula dengan pelanggaran hak asasi manusia yang besar di Indonesia, sama seperti pengalam-an Munir Said Talib (1965-2004), serorang peguam hak asasi manusia terkemuka Indonesia. Beliau  dibunuh  dalam perjalanan melanjutkan pelajaran di Belanda pada 7 September 2004. Selain fakta bahawa reformasi telah menghidupkan semula pendemokrasian Indonesia, kematian Munir juga adalah satu amaran kepada ramai rakyat Indonesia bahawa ideologi kerajaan lama masih masih wujud dalam kehidup-an mereka hingga ke hari ini. Perbicaraan kes ini hanya dapat membawakan hukuman kepada pelaksana, tetapi pegawai-pegawai kanan tentera dan perisikan utama kekal bebas. Dalam kes pembunuhan Munir, didapati bahawa fenomena impunitas telah kembali.

Pada tahun 2013, balu Munir, Cik Suciwati menghubungi saya ketika saya baru menubuhkan Muzium POLRI di Indonesia. Beliau mengatakan bahawa beliau ingin membina satu muzium untuk menperingati suaminya dan perjuangan hak asasi manusia di Indonesia. Saya cukup kenal dengan Munir, beliau adalah rakan sekerja lama saya, dan pernah memimpin saya ketika saya bekerja di sebuah agensi bantuan guaman di Indonesia. Saya bersetuju dengan cadangan Cik Suciwati ​​untuk menekankan kepentingan muzium sebagai asal usul "penyertaan dalam perjuangan," seperti Muzium Kebangsaan Indian Amerika yang ditubuhkan semasa Pergerakan Hak Sivil 1980-an(Kyle Message , 2013).

Persoalannya dari manakah sumber dana untuk projek tersebut? Pembinaan muzium memerlukan dana dan penyertaan arkitek, jurutera awam dan ahli sejarah, dan ini merupakan satu cabaran yang hebat. Cik Suciwati ​​​​menyelesaikan masalah pertama dengan mendermakan rumahnya dengan Allahyarham Peguam Munir di Batu, Jawa Timur, untuk dijadikan muzium. Rumah tersebut adalah sebuah rumah berkeluasan kurang daripada 400 meter persegi, termasuk halaman dan rumah. Walaupun bangunan ini kecil, ia mempunyai nilai sejarah yang signifikan dan merupakan asas yang baik untuk meneruskan projek.

Sehingga pertengahan tahun 2013, Cik Suciwati ​​​​ingin mendapatkan lebih banyak sokongan dengan menubuhkan muzium untuk menceritakan sejarah hidup Munir dan perjuangan hak asasi manusia di Indonesia. Idea ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Aktivis muda, artis dan selebriti media masing-masing memberikan sokongan mereka, termasuk ahli politik dan pegawai kerajaan yang bersimpati dengan Munir. Contohnya termasuk Lukman Hakim Syaifuddin, yang kemudiannya menjadi Menteri Agama, dan Dahlan Iskan, pengendali rangkaian media yang kemudiannya menjadi Menteri Perusahaan. Perkembangan muzium tersebut akhirnya meluaskan rangkaian gerakan demokrasi di Indonesia.

Pembinaan muzium ini akhirnya membuka jalan baru untuk mempromosikan hak asasi manusia di Indonesia. Merekayang berasa isu hak asasi manusia dan pendemokrasian adalah perjalanan yang jauh sebelum ini tiba-tiba boleh meletakkan masa, tenaga dan dana mereka untuk mengusahakan projek ini. Ini juga              mencerminkan pemikiran ahli sosiologi Sidney Tarrow (2011) mengenai tindakan kolektif modular di mana masyarakat sivil menyatukan bahagian-bahagian masa lalu yang terpisah. Menjelang ahkir tahun, bangunan muzium ini telah siap dan dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada 8 Disember 2013                          sebagai Muzium Omah Munir. Pada permulaannya projek ini hanya merupakan mimpi tetapi akhirnya menjadi kenyataan. Kemudian, Yayasan Omah Munir yang dianggotai oleh pengasas muzium ditubuhkan demi operasi dan pengurusan muzium.

Projek Omah Munir ini mencabar naratif sejarah konservatif rasmi yang telah beredar selama beberapa puluh tahun secara langsung. Muzium memberikan pengalaman yang berlawanan dengan naratif sejarah yang wujud.Apabila pelawat mengunjungi muzium, mereka akan disambut oleh patung separuh badan Peguam Munir yang dihadiahkan oleh seorang pengukir semasa pembinaan muzium. Pelawat kemudian dapat melihat satu siri naratif sejarah. Naratif sejarah ini menunjukkan bahawa sejurus selepas penubuhan orde baru, gerakan hak asasi manusia di Indonesia telah dilahirkan melalui penubuhan YPHAM(Yayasan Peduli Hak Asasi Manusia) dan YLBHI (Yayasan Bantuan Hukum Indonesia). YPHAM ialah pertubuhan yang aktif dalam melindungi tahanan politik komunis atau menggalakkan gerakan keadilan, dan fakta ini mencabar teori bahawa tentera kerajaan berjaya menindas gerakan komunis.

Muzium ini juga memaparkan cerita tentang pekerja wanita Cik Masina. Cik Masina terbunuh semasa soal  siasat tentera kerana terlibat dalam mengetuai mogok. Cerita Cik Masina dipaparkan di Omah Munir untuk mengingatkan pelawat bahawa pembangunan Indonesia dibayar dengan peluh dan darah pekerja. Cerita lain menonjolkan pencabulan hak asasi manusia yang besar di Indonesia, seperti kehilangan secara paksa dan pembunuhan beramai-ramai di Papua dan Timor Timur(kini negara merdeka). Di dalam Muzium ini juga mengandungi kehidupan peribadi Munir dan pengalamannya sebagai pembela hak asasi manusia, serta pembunuhan yang dialaminya.

Sejak dibuka secara rasmi pada 8 Disember 2013, Omah Munir telah menyambut pelawat dari semua latar belakang dan peringkat umur. Kebanyakan pelawat adalah pelajar kolej dan pelajar muda. Mereka percaya bahawa melawat muzium adalah sebahagian daripada pendidikan hak asasi manusia di sekolah dan universiti. Melihat balik lima tahun kemudian, memang menarik bahawa muzium boleh menjadi perantara yang berkesan dalam menggalakkan institusi hak asasi manusia, menerapkan norma hak asasi manusia sejagat yang penting ke dalam kehidupan rakyat Indonesia.

Muzium Hak Asasi Manusia Omah Munir

Malah, kita harus mengakui bahawa memang ada batasannya untuk menggantikan naratif sejarah konservatif dengan muzium yang kecil seperti Omah Munir. Pada 2018, Jawatankuasa Pengurusan Omah Munir mula mempertimbangkan kepentingan untuk berkerjasama dengan kerajaan, seperti dalam pembinaan bangunan, infrastruktur, perancangan dan penyelenggaraan sistem dan lain-lain, untuk menjadikan Omah Munir sebagai muzium hak asasi manusia yang besar. Langkah ini amat berjaya sehinggakan kerajaan berjanji untuk membantu membina muzium itu, dengan pembiayaan disediakan oleh kerajaan Provinsi Jawa Timur, manakala tanah disediakan oleh kerajaan Kota Batu.

Di samping itu, Jawatankuasa pengurusan memberikan penerangan mengenai kerjasama yang lebih luas dengan ahli masyarakat sivil yang lain, dan terdapat tiga aktiviti utama dalam bahagian ini. Pertama, bekerjasama dengan Persatuan Arkitek Indonesia (AAI) untuk mengadakan pertandingan reka bentuk                 muzium bagi membina kesedaran masyarakat tentang kepentingan muzium hak asasi manusia. Arkitek Achmad Deni Tardiyana (juga dikenali sebagai Apep) menonjol kerana reka bentuknya yang unik dan menarik serta serasi dengan pemuliharaan alam sekitar. Kedua, Yayasan Omah Munir bekerjasama dengan Institut Kesenian Jakarta untuk mengadakan pertandingan ciptaan seni yang di muzium. Ketiga, Omah Munir juga mengatur mesyuarat perundingan dengan aktivis alam sekitar, wartawan, orang asli, orang kurang upaya dan aktivis hak wanita untuk meneroka kemungkinan naratif dan tema untuk muzium.

Tingkat satu direka khas untuk kanak-kanak dan mengajar mereka nilai-nilai penting, seperti toleransi, kebebasan dan kesaksamaan dalam kehidupan awam. Tingkat dua mempamerkan sejarah hak asasi manusia di Indonesia, termasuk pelanggaran hak asasi manusia utama yang dilaporkan oleh kumpulan              masyarakat sivil Indonesia, serta isu-isu seperti alam sekitar, orang asli, wanita, dan kebebasan akhbar.Tingkat tiga mempamerkan kehidupan peguam Munir dan kerja yang dianjurkannya. Sebagai contoh,aktiviti tentang orang hilang adalah di bilik pameran terakhir di tingkat tiga, menjadikan pelawat merenung   tentang isu hak asasi manusia di Indonesia.

Tidak dapat dinafikan bahawa, berkerjasama dengan kerajaan juga menimbulkan persoalan kebebasan merancang pameran, terutamanya dalam isu hak asasi manusia. Dapatkah muzium hak asasi manusia pada masa depan menghadapi kes keganasan hak asasi manusia utama dalam sejarah Indonesia dengan adil dan tidak mememtingkan diri?

Walau bagaimanapun, pasti ada beberapa penyesuaian dan perubahan dalam proses ini. Pertama sekali,nama muzium ditukarkan menjadi Muzium Hak Asasi Manusia Omah Munir. Tetapi ini tidak bermakna bahawa muzium bersetuju dengan pandangan rasmi kerajaan. Muzium bukan sahaja mempamerkan topik   khusus yang berkaitan dengan kehidupan aktivis hak asasi manusia yang pernah dipamerkan di muzium, tetapi juga berharap dapat merangkumi isu hak asasi manusia yang lebih luas di Indonesia. Dari segi kebebasan pameran, bertuah kerana suasana politik di Indonesia masih memberi ruang terbuka untuk               pameran.

Perkara terburuk mungkin berlaku pada masa hadapan, tetapi satu perkara yang pasti daripada pengalaman ini ialah muzium dan monumen bersejarah telah menjadi tapak gerakan sosial yang penting bagi aktivis hak asasi manusia dan gerakan demokrasi di tempoh reformasi. Masa akan membuktikan sama ada ini adalah cara yang berkesan untuk menanamkan kepentingan nilai-nilai hak asasi manusia kepada generasi muda Indonesia.

Gambar 3: Lembaga Pengarah Yayasan Omah Munir dan Datuk Bandar Kerajaan Batu, Provinsi Jawa Timur menandatangani memorandum

Gambar 3: Lembaga Pengarah Yayasan Omah Munir dan Datuk Bandar Kerajaan Batu, Provinsi Jawa Timur menandatangani memorandum

Melawan Pelupaan: Muzium dan Gerakan Politik Indonesia

Melawan Pelupaan: Muzium dan Gerakan Politik Indonesia

Rujukan

Adam, Asvi Warman (2004).Pelurusan Sejarah Indonesia.Yogyakarta, Penerbit Ombak.

McGregor, Katherine (2007).History in Uniform: Military Ideology and the Construction of Indonesia’s Past.ASSA Southeast Asian Publication Series.USA, University of Hawaii Press.

Message, Kyle (2014).Museum and Social Activism.Engaged Protest.Oxon, UK.Routledge.

Tarrow, Sidney G (2011).Power in Movement.Social Movements and Contentious Politics.New York, Cambridge University Press.